Monday, May 30, 2011

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS




Titipan kecil dari DLO untuk regular customers dan kawan-kawan rapat sempena beringsot setahun lagi umur saya. Tua setahun lagi nampaknya. Sejajar dengan kerangupan dan kemanisan coklat chip almond cookies ini, diharap bertambah rangup dan manis lagi perjalanan hidup saya dalam bidang ini.. Amin..

FATHER'S DAY - CIKGU SKK



Kek Lobak Merah Berwalnut disalut cream cheese... lagi dan lagi dan lagi... terimakasih cikgu..

Friday, May 27, 2011

Tuesday, May 24, 2011

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN





Assalamualaikum. Minggu lepas anak saya tidak sihat. Jadi aktiviti baking terhenti sekejap. Dalam terhenti tu.. sempat jugak buat kek ini. Ada yang bertanya mcamana rupanya kek kukus buah-buahan satu kg. Haa.. macam ni la rupa bentuk kek buah-buahan kukus 1 kg. Kalau kek 2 kg bersaiz 10" dikerat dua, jadilah yang 1 kg punya. Yang ini Sahiza punya. Thanks Sahiza.

KEK LOBAK MERAH BERWALNUT - CIKGU SKK



Terimakasih sokongan cikgu...

Wednesday, May 18, 2011

DOOR GIFT PERKAHWINAN











Orang berbudi kita berbahasa. Alangkah manisnya sekiranya tuan rumah membekalkan tetamu dengan buah tangan yang cantik dan sedap. Coklat Cip DLO dibuat dengan teliti. Ianya rangup, ringan serta kaya dengan coklat cip dan almond nib. Silalah hubungi saya untuk quotation.


Monday, May 16, 2011

MENGHARGAI GURU - FANCY COOKIES










16hb Mei 2011, Selamat Menyambut Hari Guru kepada insan yang banyak melahirkan insan-insan hebat.

CARROT CAKE FOR PWS TOWNHALL














Assalamualaikum semoga semuanya sihat. Hari ini, Isnin, 16hb Mei 2011...esok cuti hari Wesak. Boleh pergi jalan-jalan ya atau rehat je kat rumah. Semalam disamping bergelumang dengan royal icing untuk fancy cookies, berkesempatan membuat kek lobak merah kosong dan kek lobak merah yang disalut cream cheese. Mencabar sungguh membuat kek dalam keadaan cuaca yang buruk. Adunan terperap hampir 3 jam sementara nak tunggu guruh lentang lentung berhenti. Ingatkan tak jadi dah karot kek ini. Almondnya jadi lemau ke. Syukur alhamdullillah, selamat juga kek-kek ini dibakar.



Selamat menjamu seleralah kepada warga Primeworks Studios.

Monday, May 9, 2011

CUPCAKES FOR MOM'S DAY



CHOCOLATE CUPCAKES FOR YAYA



FRESH FRUIT CREAM FOR HAJAH ZALIFAH











Hajah Zalifah memotong kek. Selamat Hari Ibu mak..


Assalamualaikum.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt, hari ini kita masih diberi peluang menyusuri kehidupan. Syukur juga kepadaNya, hari ini masih berpeluang menyambut Hari Ibu bersama mak yang pengorbanan dan jasanya tidak terbayar dengan wang ringgit. Untuk sambutan ini saya buatkan mak kek Fresh Fruit Cream. Kek ini menggunakan kek span vanilla dilapisi buah-buahan segar dan diliputi cream segar yang tidak muak dimakan.



Selamat Hari Ibu Mak dan kepada semua ibu-ibu di luar sana... Selamat Menyambut Hari Ibu. Hargailah ibu kita selagi mereka masih berada bersama kita.

Friday, May 6, 2011

KENAIKAN HARGA BARANG MENTAH DAN HARGA MENU DLO

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat.

Sebenarnya kenaikan harga barang mentah sudah bermula Januari lalu. Disebabkan tidak sampai hati untuk menaikkan harga kek, saya telah mengurangkan nilai servis yang saya tawarkan ke atas semua kek dan menu buatan saya dengan kualiti dan bahan sama yang saya gunakan. Tidak sedikitpun dikurangkan.

Baru-baru ini, saya mengunjungi lagi beberapa kedai menjual bahan mentah, aduhai.. harganya naik lagi. Boleh dikatakan semua bahan mengalami kenaikan harga yang banyak. Setelah membuat pengiraan semula kos saya tidak lagi dapat 'adjust' harga yang saya tawarkan.

Dengan berat hati, saya terpaksa menaikkan harga kek dan menu DLO. Bermula 1hb Mei 2011, harga baru DLO akan berkuatkuasa.

Selamat berhari minggu.

Wednesday, May 4, 2011

KEK LOBAK MERAH BERWALNUT - PD







Cake : Kek Lobak Merah Berwalnut


Frosting : Cream Cheese


Size : 9" square tin


Price : RM55.00 Revised price : RM60.00