Monday, April 29, 2013

ENTRY MACAM-MACAM.. CACA MARBA DI SANA SINI...

Salam sahabat sekalian.

Dah hampir 11:16 malam, barulah dapat pegang keyboard.  Hari panas terik antara penyebab kepala saya sakit.  Allah memberi ujian kepada saya, in sya Allah antara sebab dosa diampunkan.  Wallahualam.

Sabtu, saya "berebut" waktu.  Masa sangat cepat detiknya.  Antara siapkan kek yang kakak saya nak bawak untuk merisik anak dara pujaan sibujang sulong dengan menghantar dan mengambil my precious dari kelas ngaji, tuition dan tae-kwon-do.  Mungkin saya yang tak pandai membahagi masa.  Mungkin juga saya yang tak cekap.  Apapun ini adalah antara sebab kenapa saya tidak lagi aktif mengambil tempahan kek.  

Dua biji kek dam dapat disiapkan dalam keadaan buat, tinggal, buat, tinggal..aaaaaaa...terkejar-kejar sahabat!  Ngaku, kek ni kurang kemas.

Oke lah, nak cerita sikit..sebenarnya nak gather-gather family members dan buat games tak payah nak buang-buang duit sewa tempat tepi laut ke apa ke.  

Kat laman rumah pun boleh!

 Nampak!.. Happening jugak!  Tu untung duduk kampong.  Duduk rumah teres, tak dapat de macam ni.. Syukur kampung pinggir KL.

 Precious Son... menang nih!

 Panas terik!

 Sempat jugak gambar dengan Jua aka Aishah Sofea, penulis novel popular Adam & Hawa tu.  Tak de ke novel nak hadiah kat kita? hehehe... Dulu tak tau Jua boleh menulis dengan bagus, yang kita tau dia cakap orang puteh berabuk.

 Campak kasi masuk itu relung

 Pak Gong, bekerja keras

Minah engine

 Ce teka berapa biji sume

Family Day keluarga abang ipar saya ni habis pukul 4.00 petang tapi selesai pukul 6:00 petang.  Biasalah borak sana borak sini kan..


Alang-alang mixer dah keluar, kita buat donat lah untuk minum petang.  Biasalah saya bangsa tak sabar nak makan kalau buat kuih-kuih cenggini, kasi bulat-bulat je cepat sikit.. hehe.. Yang ni untuk My Precious.

Masa buat donat ni, Family Day tak habih lagi.  My Precious asyik berlari balik dan berlari semula join telematch. 


 Yang lawo sikit ni untuk hubby


 Makan pastu hirup nescafe panas.. sedap!  Migraine so saya minum  air suam je.

 Malam kita makan kat sini je.  Tak larat dah, sakit makin mencucuk walaupun dah mandi, dah makan ubat.

 Precious Son dan hubby makan burger bakar dan chicken chop

Saya makan mushroom soup dan roti je.. tak lalu.. huk! huk!.. esok keje.. hwahwawawa..

Apapun, minggu depan kita akan menjalankan tanggungjawab kita pada negara.  Sebagai rakyat yang sangat tinggi semangat kebangsaan saya amat berharap sahabat semua membuat timbang tara yang serasional mungkin supaya negara kita ini tetap aman dan yang penting  keharmonian setiap bangsa terjaga.

Kalau dulu atok nenek kita mengalir darah dan air mata mempertahankan tanahair tercinta ini dari penjajah, janganlah kita yang hidup senang lenang sekarang ini, mempertaruhkan nasib negara kita.  Jangan sampai kita hidup menumpang di negara sendiri.

Masa depan negara dan bangsa di tangan sahabat semua.  Fikir sedalam-dalamnya.

Dah jam 12:15 am, jumpa lagi semua.  Jangan lupa memaafkan dan mendoakan setiap orang yang kita kenal.  Semoga dengan doa itu, menyebabkan ada rasa pertalian antara kita.  Wallahualam.










Saturday, April 20, 2013

SUKAN DI BAWAH PANAHAN MATAHARI YANG TERIK

Salam.

Berjumpa lagi kita dengan hari Sabtu.  Alhamdulillah, masih diberi peluang Allah swt.  Jangan sia-siakan peluang ini.  Esok lusa tidak tahu lagi.

Sakit kepala lagi hari ini.  Migrain melanda tapi bukan sebab terlalu fikirkan benda yang bukan-bukan tapi perubahan hormon.  Almaklum, umur 4 siri dah.  Macam-macam lah sakit yang datang.

Hari ni juga, cuaca sangat baik.  Panas! MasyaAllah.  Sampai gelap kulit budak-budak bersukan di Sekolah Agama Integrasi Al-Solahiyyah Damai.  Diaorang sukan hari ni.


Suasana dirakam jam 7:30 pagi.  Aman sangat rasanya.

Boleh dikatakan majoriti budak-budak ni tak makan breakfast.  Over excited nak bersukan termasuk my Precious Son.

 Terimakasih Tuan Haji Sohaimi Dzajuli, Pengasas Asrama anak yatim Damai.  Sesiapa yang nak memanjangkan derma ke asrama anak yatim di sini, sangat dialu-alukan.

 My precious son yang berdiri di depan tu.  Sayang seribu kali sayang, masa dia 'beraski' berlari sambil carry straw dan getah gelang, ibu dia sibuk berborak.  Langsung tak dapat snap gambar dia.  Tengok-tengok dah habis je.. sekian...

Medal untuk budak-budak, pihak sekolah langsung tidak meminta sumbangan ibu-bapa.  Respect sekolah ni.  Tahun depan kalau ada lagi sukan tahunan ni, rasanya nak menyumbanglah takat yang mampu, in syaa Allah

Ada makan tengahari lagi untuk parents.  Korang pernah sekolah belanja makan masa sports day?  Ni lah satu-satunya saya rasa.  Alhamdulillah.  Semoga sekolah ini lebih berjaya dan dapat melahirkan Da'i di masa hadapan.

Menang rupanya anak ibu.. emas.. hehe

Berkenalan dengan these two lovely ladies.  Sangat-sangat seronok berbual dengan lovelies berdua ni.

Kalau masih muda, nak juga kalau dianugerahkan si comel macam ni... 
dah terlambat..huhu..

Sekian untuk kali ini.  Ada umur jumpa lagi.

Ketika kita mengangkat tangan mendoakan orang-orang yang kita kasihi, jangan lupa panjatkan juga doa untuk sahabat-sahabat,insan-insan sekililing dan jiran-jiran. Doakan anak-anak jiran agar mereka menjadi insan sesempurna mungkin kerana merekalah yang berdamping dengan anak kita. Kita tak mahu anak kita berkawan dengan mereka yang tidak baik, maka doakan kesejahteraan, kejayaan mereka demi kebaikan anak kita juga.

Wallahualam

Tuesday, April 16, 2013

PALING ASAS UNTUK YANG ADA DSLR..

Salam Tengahari

Selingan di waktu makan khas untuk yang ada DSLR tapi tak berapa nak tau pakai.  At least bolehlah gerodek kamera berdasarkan ilmu di bawah.


Selamat mencuba lah ye.


Saturday, April 13, 2013

UNDI SAYA RAHSIA

Salam Sabtu

Apa khabar sahabat semua hari ini?

Hari ni rasa sangat malas.  Malas segala-galanya.  Nak kemas katil pun malas.  Tekak dah mula gatal.  Tanda-tanda nak batuk.  Saya jarang sakit, alhamdulillah.  Dapat batuk ni pun alhamdulillah.  Tanda Allah ingat kat kita.

Sejak Dato' Seri Najib umum pembubaran, sana-sini kita dengar orang bercakap pasal parti.  Kutuk mengutuk, maki memaki, salah menyalah macam dah jadi ruji, macam makan nasi.  Sudah-sudahlah tu, sakit telinga dengar.  Yang dah layak mengundi semuanya dah dewasa.  Boleh timbang dah mana yang elok mana yang buruk.  Tok sahla cakap benda-benda yang tak elok.  Kena yang dicakap tu benda tak betul.  Dapat DOSA.  Tak mau dosa..tak mau... 

Korang pilih apa?  Korang je yang tahu.

Aduh! penatnya bila tengah makan pun ada orang datang duduk kat meja kita, dok cerita yang buruk pasal tu pasal ni..  Siap bagitahu kalau undi fulan ni nanti jadi macam ni macam tu...Sudah! Sudah! aku nak makan bukan nak dengar ko bersyarah!


Apapun, masa depan di tangan kita, makanya BERFIKIRlah secara waras untuk menentukannya.  

Timbang-tara serational boleh sebelum memangkah.  

Oklah, dah lama tak masak. Lama dah tak baking.  Hari ni pun rasanya tak masak juga. Baking jauh sekali.  Suami saya dah dua minggu tak balik.  Duduk berkubang kat ofis.  Demi election yang tak lama lagi ni.. saya redho je lah.

Kalaulah dapat kembali semula menjadi kanak-kanak, segalanya indah dan seronokkan.  Tak de masalah.. sentiasa energetic.


Jumpa lagi!



Wednesday, April 10, 2013

KEMARUK AMBIK GAMBAR

Salam semua!

Dah makan lunch ke?  Saya makan asam je.  Perut tak berapa sedap.  Kat balkoni riuh rendah Jabatan Hiburan buat makan-makan.  Bawak industrial oven bagai. Nak bakar kek la gamaknya. Tapi macam biasalah, jiran diaorang tak jemput.  "Terlupa" kot.

Sejak dua menjak ni kemaruk ambik gambar.  Bukan cantik pon... SYOK SENDIRI jek... Macam "beruk" dapat bunga, habis lunyai kena kerjakan.  Teruja, tak pernah jumpa kamera compact yang boleh buat banyak benda.  JAKUN! (kesian suku kaum Jakun yang dapat namakan).  

Masa balik kerja tu ari, kat trafik lite berenti lama .. nampak kereta Honda tu macam cantik je nak di One Color kan.

Korang mesti kata, korang pakai kamera mahal pun tak J_K_N macam saya kan.. 

Tak pe lah.. janji mengata diri sendiri je dan tak usik hak orang kan..

Gambar asal

Di One Color kan...

Clown ni duduknya atas belebas cubicle working area saya.  Cuba macro setting, tapi gambar agak blurrrrr..

Saya tanya AhWin di kedai gambar kat One Utama, tapi bila dia buat cantik je macro manual setting dia.  Apa da... maknanya apa.. maknyanya aku tak pandai snap..hahaha..

Tu jelah selingan di waktu makan tenghari

Bye semua semoga kita sentiasa dilimpahi rahmah dan kasih sayang Allah swt.  

Wassalam


Monday, April 8, 2013

KEHENDAKNYA...KAULAH YA MAHA MENGETAHUI YA RABB..






JARINGAN KASIH-SAYANG

Salam Ahad!

Pastinya kita semua cuba menghabiskan waktu kualiti hari ini bersama yang tersayang.  Siapalah kita kalau tiada kasih sayang kan.  Juga rugilah kita tanpa kasih-sayang Allah swt dan kekasihNya.


Hari ni keluarga kami dikunjungi keluarga Mak Ngah sebelah arwah abah. Maka sibuklah kami menyediakan juadah tengahari.  Terimakasih Mak Ngah walau uzur demi menguatkan jaringan kasih sayang, tetap datang melawat emak di sini.  

Inilah bunga Jermin / Jasmine.  Baunya wangi semerbak di kala senja

Atas sebab jaringan kasih-sayang juga pada petangnya kami angkut Precious Mak dan Along ke Jeram untuk meraikan ulangtahun kelahiran yang 61 tahun.  Terimakasih atas pengorbanan Along yang tak terhingga, sehingga terabai kehendak sendiri kerana kami, adik-adikmu.

Kami menaiki tiga buah kereta menuju ke Medan Ikan Bakar
Aroma, Jeram yang terakhir kali ke sana 2 tahun lepas.  Banyak perubahan.  Lebih cantik, lebih teratur dan surau yang dulu boleh kita katakan 'dhaif' dah cantik dan selesa.  Walau macam tu harga makanan tetap tidak mahal, masih dalam kemampuan ramai rakyat Malaysia.

Jalan nak ke sana juga lebih selesa berbanding jalan lama yang berlengkuk-lengkuk.  Kami melalui lebuhraya Guthrie kemudiannya masuk ke lebuhraya LATAR mengambil masa cuma 45 minit dari Sungai Buloh.


 Kami tiba di pantai Jeram, tatkala matahari akan melabuhkan tirainya.  (teringin nak test LX7, bateri pulak tengok-tengok dah tinggal 1 bar je)

Precious son dan BFF, Nur Nilam Sari


Bermain di gigi pantai

Nyaman

Dengan hanya menggunakan auto mode saya rakamkan sang matahari yang hampir tenggelam (jadila... dengan bateri yang dah agak-agak je kan..)


Untuk 'save' bateri, tak dapat mencuba keupayaan LX7 merakam sunset

Ini je la yang dapat..


Pilih yang beso-beso je ye..


 Dah azan dan masing-masing dah menunaikan tanggungjawab utama kepada Allah swt, dan makanan pun dah sampai, apa lagi.... makan laaaa... oopssss HAPPY BIRTHDAY ALONG!!!

 Tak ramai yang datang, masing-masing sibuk

Semoga jaringan persahabatan berpanjangan sehingga bila-bila...

dan jaringan kasih-sayang kekeluargaan antara kita semua berpanjangan sehingga ke akhirnya.. amin...


Sampai jumpa lagi, In shaa Allah

Selamat malam dan jangan lupa memaafkan orang keliling kita.  Sayang semua



Saturday, April 6, 2013

HU LA HULALA...

Salam Sabtu semua!...

Gembira dalam hati......

Bukan sebab beristeri dua... 

tapi Sabtu kan OFF DAY untuk yang bekerja.  Alhamdulillah, seronok sangat walaupun masih berlari-lari anak ke sana sini menghantar mengambil Precious Son.

Apa plan nak buat hari ni?

Nampak pokok-pokok cili my Precious Son dah ada yang masak.  Merah nyala kaler nyer.  Kemain excited nak petik. 

Kadang kelakar gak ek.. tanam pokok cili pun nak tunjuk kat blog.  Orang lain tanam macam-macam pun tak de la tunjuk-tunjuk.... Ngeeee.. 



Ada 3 pasu semuanya gemok-gemok!

Huh! rumput dah panjang... bila la nak merumput agaknya.

Menerai LX7 intelligent auto (ia) one colour effect

Menerai manual focus, tapi tak ingatla bacaannya.  Main hentam je..

Orang kata "Siapa makan cili, dialah terasa pedasnya".  

Macamana pulak 

"Siapa petik cili-cili tu, tangan dia terasa pijarnye".

Baiklah, dalam apa situasipun lebih baik kita berdiam dari bercakap benda-benda yang buat orang cili mulut kita. 

Selamat Berhari Minggu semua!