Friday, November 16, 2012

SI IDAMAN KALBU, SI HITAM LEMBAB (RESEPI)

Salam Maal Hijrah

Nak bagitau, hari Rabu kelmarin saya dah dapat ini....

 
Ni gambar internet, saya punya belum keluar kotak.  Sayang nak pakai...
 
 
Cantik betul idaman kalbu ni. Kotak dia je pun dah cantik..hehe.. Inikan isi dalamnya kan..
 
Dah tercapai, sangat-sangat happy dan syukur ke hadrat Ilahi.  So, tahun baru saya sambut dengan kehadiran kitchen helper yang baru ni lah. 
 
Semalam cuti Maal Hijrah.  Seronok betul cuti-cuti ni tambah cuaca ala-ala Eropah.. hehe.. Syukur masih dipanjangkan usia untuk bersama-sama di tahun hijrah 1434 ini.  Syukur juga dikurnia rezeki melimpah-ruah.  Alhamdulillah
 
Sejak buah-buah rambutan yang meluyut buahnya di belakang rumah, ramai pula orang datang bertanya nak jual tak buah-buah tu. 
 
Alahai!  Maaflah, mak memang suka buat main buah-buah tu.  Maksudnya dia nak tengok semuanya masak, kuning, merah.  Bila dah masak betul baru kami boleh petik buahnya.  Kali ni buahnya tidak begitu besar seperti tahun-tahun sebelumnya.  Mungkin sebab masa baru nak berputik, asyik disiram hujan.  Buahnya agak kecil berbanding sebelum.  Kepada peraih buah, nanti datang lagi ye. Datang lepas buah-buah ni semua meranum.  Kami pun tak termakan.  Banyak. 
 
Ramai juga yang bertandang ke rumah cuti ni.  Selain keluarga yang saban minggu ke sini, rumah dikunjungi bakal cucu menantu mak.  Kecil molek cantik orangnya.  Kebetulan petang di rumah Along masak pengat pisang, dan saya buat kek coklat, maka itulah yang kami jamu.  Kek tu baru je masak tengahari tadi, masih suam kuku saya dah siram coklat toppingnya.  Saja nak habiskan stok untuk ganti dengan stok baru.
 
Resepi pernah saya upload sebelum ini. http://dlittleoven.blogspot.com/search/label/Resepi
 
Chocolate Moist Cake

Dap! dap!
 
nota :  Kepada yang nak buat sendiri, silakan, kepada yang nak order, kek ini didatangkan bersama aksesorinya (buah-buahan segar) atau kosong saja pun boleh.  
 

Wednesday, November 14, 2012

SEGALA-GALANYA NOVEMBER

Salam

Semalam cuti umum sempena Deepavali. 
 
Esok cuti umum lagi sempena Maal Hijrah. 
 
Hijrah Nabi Muhammad saw dari Kota Mekah ke Kota Madinah.  Peristiwa ini menyaksikan hubungan baik terjalin antara Kaum Muhajirin dan Kaum Ansar.  Kedatangan rombongan dari Mekah ini disambut dengan salawat memuji-muji Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad saw.  Berlaku pada 1 Muharam yang juga menandakan permulaan bulan Takwim Hijrah.  Menarik bila kaum Ansar penduduk Madinah tidak tahu bagaimana nak kenal yang mana satu Nabi Muhammad dan Saidina Umar sehinggalah matahari tegak menggalah, Saidina Umar menanggalkan serbannya dan memayungi Nabi Muhammad saw.  Ketika itu barulah mereka tahu yang mana satu insan yang diibarat bulan purnama yang menerangi seluruh alam. 
 
 
 
Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun selepas solat Maghrib ye.
 
 

 
 

Bulan November dan Disember memang bulan-bulan seronok untuk budak-budak sekolah sebab cuti panjang.  Bagi ibu bapa budak sekolah pulak, bulan-bulan yang poket kena penuh.  Maklumlah, bila cuti-cuti ni mesti anak-anak yang hampir setahun berhempas pulas dengan buku dan persekolahan merengek minta pergi berjalan.  Destinasi jauh atau dekat, tak jadi masalah, janji berjalan.  Yang ada kampung bolehlah pas anak-anak ke kampung.  Kalau macam saya yang sememangnya anak jati Selangor dan suami juga orang Selangor nak pas ke mana?  Makanya, kena lah plan bercuti.  Bila fikirkan sekarang cuaca lembab dan hujan, ke mana kita nak bawa anak berjalan ye?  Ke pulau, takut ombak besar, ke tanah tinggi, takutkan tanah runtuh pulak.  Ermmm!!! Silap haribulan duduk di rumah saje lah..

Cuti-cuti adala aktiviti menajamkan skill membuat kek (kononnye..). Kek birthday hubby jugak yang tak tertunai lagi.  Dah lewat sangat belatednya.  Kek karot untuk cikgu bersara, red velvet dan tiramisu untuk Kak Neni, dan kek coklat untuk cikgu SKK.  Harap semua berpuashatilah.  Nak gak selit gambar-gambarnya walau tak de la cantik macam food photos dari blog lain.. kamera tak de, anak buah pinjam, so guna handphone jelah.
 
 
Kek Lobak Merah dan Krim Cis..putih sume.. apa yang nampak?
 
Sume orang tau kek ni, Kek Coklat dengan Coklat Ganache
 
Red Velvet dan Krim Cis

Akhir kata, Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434 kepada semua umat Islam.  Sama-samalah kita mengambil iktibar yang terlalu banyak melalui peristiwa ini. 
 
Selamat bercuti juga kepada anak-anak. Buku jangaan dilupa langsung.  Isi waktu cuti ini dengan melakukan perkara-perkara berfaedah.  Ada banyak kem-kem pengisian jiwa yang dianjurkan oleh banyak pihak.  Kalau ada duit pilih saja, yang kurang berkemampuan bolehlah melakukan perkara-perkara lain yang mendatangkan kebaikan.
 
Amin...

Selingan

Kreatif betul abang ni, lukis kolam sempena Deepavali, freehand tanpa outline...

Tengah tabur beras buat daun

Hampir siap lukisan kolamnya..
 

Wednesday, November 7, 2012

SUATU HARI YANG SEJUK

Assalamualaikum.

Lembab je hari-hari cuti ni.  Sabtu dan Ahad.. Hujan! Hujan! Hujan!.  Kasut sekolah tak kering, baju basuhan lembab.  Matapun kuyu semacam je...

Alhamdulillah!

Saya suka.  Macam duduk kat negara bermusim pulak (macamlah pernah duduk kat luar negara kan).  Sejuk. Basah. Lagipun hujan tu kan rahmat. 
 
Kalaulah ada keizinan dan rezeki Allah swt......

Duduk di luar, kat beranda rumah, hirup sup tulang lembu qurban. Suam je masuk ke perut.  Sambil tu siap jugak chocolate chip cookies orang tempah untuk raya Deewali.  Marble Cheese Cake dua biji pun dah siap dibakar malam tadi.  Ada dalam petiais. Semua untuk cikgu-cikgu SKK.  Bekas sekolah saya juga tu.

Kek Dam berlapis jem blueberri, buat buah tangan bakal keluarga mertua anak buah sulong yang akan mendirikan masjid tak lama lagi. Hish! Berbelit-belit bahasa.  Mungkin tahun depan majlisnya, insyaAllah.  Semuanya siap.  Senang hati bila semua dah selesai. 

Oh ya.  Teringin nak buat Chocolate Cake Russian Black and White (Ada sesiapa ada resepi kek ni yang sebenar tak).  Resepi tak de, jengok sana jengok sini, jadi agak-agak je la membuatnya.  Semua dah siap ditulis.  Kek ni hajat untuk belated birthday husband.

Lepas tu....

dapat sms, husband saya tak balik minggu ni.  Demam.  So dia stay kat rumah di Kuala Lumpur.  Tak pelah, minggu depan je lah kita kerjakan kek ni.

Kemudian hingga ke malam...

Menunggu tuan punya kek ini datang....................... dan akhirnya......

Marble Cheesecake, base biskut rangup bersama oat

Kek ini dikendurikan oleh warga Malaysia Hari Ini pada hari Isnin.  Kalaulah kek ini didatangkan dengan segala topping coklat dan buah-buahan, dan didalamnya juga ada inti-intinya bagai..aduhai!... Takpelah rezeki budak-budak MHI rupanya..

Sekian.