Sunday, March 27, 2016

MEMORI SECEBIS INGATAN YANG MANIS

Assalamualaikum wbt

Saya disambut dengan pelukan dan kemesraan. Iya memori hanya secebis tapi ingatan selamanya. Ya Allah inilah rahmatMu. Pertalian itu sebentar cuma tapi silaturrahim yang terbina berpanjangan rupanya.



Bermula dari pertemuan di halaman muka buku, perjumpaan ini pula dirancang. Pagi 26hb Mac 2016 saya kembali mendengar hilai tawa dan kemesraan mereka. 1986 ditinggalkan, 2016 bertemu semula.


Mulanya ragu-ragu, tidak tahu bagaimana hendak beriaksi dan bagaimana riaksi mereka. Berdebar bagai menunggu diijabkabul.



Allah kurniakan saya sahabat-sahabat yang hebat memegang tangan dan mengajar saya bertatih semula menyelusuri kembali jalan-jalan kenangan. Mengisi minda saya  dengan cerita-cerita suka duka di sana sepanjang ditinggalkan. Apalah yang ada sekadar 2 bulan bersama tapi kemesraan seolah saya bersama mereka selamanya di Suragate. Terimakasih semua.



Ada antara wajah-wajah ini yang saya masih ingat. Cuma nama sedikit tertiris dari ingatan.


Tengku Jie juga penaja lokasi dan Kak Ina, tenaga kuat di belakang perjumpaan ini.  Semoga Allah swt berikan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah pada you berdua. Aamin. Terimakasih Tengku Jie juadah disediakan cukup hebat dan Kak Ina buah tanganmu cantik dan manis.



Manisan sumbangan sahabat-sahabat.



Set mi kari. Sedapnya lahai. My always favourite food ni. 


Set nasi dagang dan laksa. Pun sedap semuanya. Terimakasih pada yang menyumbang dan cik puan yang sponsor food semoga diberi keberkatan berpanjangan. Aamin.



Meriah sangat suasananya penuh dengan hilai ketawa, gurau senda dan aksi manja persis remaja di alam Suragate.

Kepada Ain yang mula berhijab semoga istiqomah menjadi muslimah berhijab yang sejati. Idea menghadiahkan tudung jahitan sendiri oleh Yati memang superb. 



Bertukar hadiah. Siapa ambil aku punya? Nombor 17. Masih nakal rupanya. Takpe, yang penting dapat bersama meraikan pertemuan yang manis ini.


At this age, you all masih nampak gorgeous. Nakalnya tetap sama.



Yang bertudung merah itu membawa saya kepada pertemuan dengan mereka ini semua. Katanya nama dan wajah saya tersemat rapi dalam memorinya. Pasal apa eh? Anyway terimakasih ratu rock, Animah atau nama komersilnya Penyu Lawa.



One great home baker. Ila sanggup datang dari Trengganu untuk meraikan hari persahabatan ini. Juga Maznah dari Johor dan Kak Zu dari Melaka. Terimakasih banyak-banyak. To Kak Zu terimakasih cencalok dan belacan Masjid Tanah yang sedap tu. Syukran.

Nota kaki : Ila kalau baca coretan ini, sorry ai guna gambar ni sebab rare, takde yang snap gambar ni.



Sessi melimau ais asam boy dua butir selepas ramai yang beredar. Seronok dengar cerita seram dan cerita kena bully dengan seniors. Ada la sikit yang saya masih ingat especially sessi bully tu.



Ngam! Masam, manis, lemak.


Harumnya pagi semalam. Manisnya pertemuan. Tapi perpisahan tetap tiba. Semoga kita akan terus berjumpa selepas ini. 


Kalau nak makan nasi dagang Trengganu yang asli, sila berkunjung ke Restoran Gamelan, lokasi kami menghabiskan pagi bersama. Saya dah rasa dan suka, mungkin sahabat juga akan suka.

Sampai disini dulu. Wassalam.

Sunday, March 20, 2016

JALAN-JALAN CARI BUNGA (JJCB)

Assalamualaikum wbt

20 Mac diwar-warkan hari paling panas di Malaysia terutama utara tanahair. Matahari betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa.

 Tapi rasanya di sini panas dan bahangnya macam biasa je. Ada sedikit mendung. Apapun minumlah banyak air kosong, stay indoor, pakai baju dari kain kapas dan longgar. 


Tengah membahang ni tengok bunga kertas besar kat tepi beranda rumah sejuk sikit rasanya.


Hari ni saya pergi ke Exporia Jabatan Pertanian di Kampung Melayu Sg Buluh. Mencari stepping stone dan kerusi taman untuk projek backyard. Hari ni hari terakhir ekspo.  Macam-macam ada dari pokok bunga, pokok herba hinggalah ke hiasan taman. 


Pandai-pandailah memilih ye, sebab ada yang mahal dari harga nursery dan ada yang murah.


Produk IKS pun ada. Saya beli satu kotak teh daun rama-rama ni 30 uncang rm45.00 dijual terus oleh pengilang. Saya tak tau harga kat luar, jadi taktaulah murah atau mahal harganya.


Ini contact personnya kalau nak beli terus dari pengilang. Dah tentu harganya lain kalau beli dari pengedar.


Ada juga booth mebuat baja kompos.  Baru saya tahu baja boleh diproses sendiri di rumah. Tong biru di belakang tu antara alat yang boleh diguna. 


Takde boleh letak dalam tong biasa je. Daun, kertas, pokok2 kayu diletak berlapis-lapis dan dibiarkan reput sendiri. Dan jadilah baja. Itu yang saya fahamlah penerangan oleh pegawai Mardi dalam panas terik ding ding tadi.


Ini yang saya cari, stepping stone. Tapi yang ini agak mahal harganya. Ada beberapa supplier stepping stone dan yang kat bawah ni harga murah sedikit dan banyak pilihan.


Garden table pun lain designnya dari yang selalu kita nampak. So yang ini, kaa ching!... beli.. ambil kat nurseri bulan depan.


Tanah untuk bunga pun ada. Harganya sedikit rendah dari nursery. Tapi saya tak beli sebab takde tangan nak bawak.


Pokok hiasan berdaun keriting ni saya beli rm3.00 sepokok. Rasanya kalau di nursery rm5.00 sepokok. So, kaa ching! 2 pokok.


Pokok herba, mint dan parsley rm5.00 sepokok dan pokok hiasan tu boy punya rm1.50 sepokok. Pokok tu jadi adik angkat boy, assignment kena jaga pokok tu sampai besar, ok boy.

Sebelum matahari tegak menggalah atas kepala jomlah kita balik. Itupun baju dan tudung dah lencun dek peluh. 


Panasnya cuaca pada hari ini, bayangkan panasnya matahari sejengkal dari kepala di akhirat kelak. Renungkan.

Jumpa lagi.

Wednesday, March 16, 2016

MOMEN BERHARGA

Assalamualaikum wbt

Ingin saya kongsikan momen indah pagi terakhir di Cherating. Sahabat yang berkunjung ke sini juga jika ada kesempatan jangan lepas peluang melihat momen ini. Bagi saya ianya tak ternilai.

Saya menunggu di tepi pantai seawal 6.45 pagi. Mundar-mandir sendirian di pantai yang sepi sambil menghirup udara segar. Sedut nafas dalam-dalam, tahan nafas selama mungkin dan lepaskan. Ulang beberapa kali. Elok untuk paru-paru, petua ni saya dapat masa kursus OSH di pejabat.


Akhirnya penantian berakhir. Matahari naik di pantai Cherating tepat jam 7.05 pagi dan naik sepenuhnya jam 7.10 atau 7.15 pagi kalau saya tak silap. Subhanallah... cukup indah.




Disebabkan terlalu teruja dan mahu merakam momen demi momen saya zoom subjek. Hasilnya gambar terlalu banyak noise. Snap pula guna kamera fon saja. Apapun saya happy sebab dapat melihat momen emas ini.


Damai. Sayang nak tinggalkan.


Dari usia remaja tempat ini memang menambat hati saya. Walaupun pernah ke destinasi pantai yang lain dan pulau sekitar Malaysia, pantai ini tetap dekat di hati. Banyak memori di sini terutama bersama suami.



Ok, cukuplah bercerita pasal pantai. Buat boy ibu harap lepas ni fokus dalam semua perkara. Jangan main-main lagi. 


Sahabat yang datang bercuti ke Cherating boleh singgah kedai ini, keropok lekornya sedap, penuh isi ikan. Sebungkus berisi 10 keping cuma rm5.00. Gerai Keropok Kak Long letaknya di tepi jalan antara Kemaman dan Cherating. Banyak gerai menjual produk yang sama di sini. Promosi percuma saya tak dapat apapun. Cuma berkongsi yang terbaik.


Perjalanan balik diiringi cuaca yang sangat terik. Mencabar memandu cuaca begini kerana mudah rasa mengantuk. Jadi kami singgah di Gohtong Jaya Genting Highland pekena teh tarik, roti canai dan roti cheese nan untu boy. Dah sejuk rasa badan, barulah kami balik.

Saya berhenti dulu di sini. Lepas ini tak tahulah bila pula dapat bercuti. Cuti kali ini sepatutnya seminggupun dah dipotong jadi tiga hari saja. Apapun saya redha. 


Sesuatu yang berharga pada hari ini mungkin tiada pada masa akan datang. Hargailah sementara ianya masih ada.

Jumpa lagi di lain kali, in sha Allah.

Monday, March 14, 2016

CHERATING KAMI KEMBALI

Assalamualaikum wbt

Wah! Pagi ini saya update blog di tepi pantai ditemani deruan ombak dan angin yang nyaman.

Minggu yang cukup sibuk sebelum bercuti. Bermacam-macam isu dan masalah timbul. Semoga team Dunia Tersembunyi selamat sampai ke destinasi tugasan mereka dan isu-isu memutarkan kepala sebelum berangkat tidak timbul di sana nanti, in sha Allah.


Saya tiba di sini lagi. Nyaman udaranya dengan angin yang sepoi dan deru ombaknya yang kuat menghentam pantai. Memang ini yang saya cari, ketenangan.



Santai sangat rasanya bersama boy menghabiskan petang di pantai, bermain ombak.

Perjalanan ke Cherating ini, kami terpaksa mengharung sesak dari Karak sehingga ke Genting. Alhamdulillah perjalanan lancar selepas itu sehinggalah kami check in di hotel. Selepas empat tahun, kali terakhir berkunjung di sini pada tahun 2012, tak banyak yang berubah. Kecuali bandar Kemaman yang saya lihat bertambah maju.



Di penghujung pantai yang landai ini saya pernah diberi rezeki Allah swt berjumpa dengan sang penyu yang naik untuk bertelur. Susah payah dia menggali pasir pantai. Insaf pulak melihatnya. 

Kalau ikut fakta pegawai di Santuari Penyu kali terakhir penyu belimbing di rekodkan bertelur di pantai Cherating pada tahun 2008. Saya rasa yang saya lihat itu adalah penyu belimbing berdasarkan kepada garisan di cengkerang belakangnya. Wallahualam.


Ini adalah antara yang saya cari. Duduk bersendirian di tepi pantai seawal pagi melihat kecantikan alam kurniaan Allah swt dan melihat kembali diri kita. Teringat surah Al-Rahman. 

"Maka yang mana satukah diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan". 

Allahuakbar!


Saat keemasan, selepas subuh, pantai kosong, yang ada cuma keindahan warna warni alam dari emas kekuningan hingga merah jingga yang cukup indah. 


Boy saya minta menulis jurnal percutian kali ini. Nak lihat sejauh mana dia observe suasana sekeliling sepanjang percutian.

Saya bawa dia ke Turtle Conservation and Information Centre ini. Kita lihat hasil jurnal bergambar dia nanti.


 Ini adalah anak-anak penyu di santuari penyu. Tak banyak yang boleh dilihat di sini tapi bolehlah untuk mengenal anak-anak dengan haiwan ini.


Rindunya saya dengan makanan tempatan Terengganu ini, makanan campuran ikan segar, kelapa dan cili padi yang dinamakan Satar. Sedap sungguh. Saya tetap memilih warung Aziz Satar yang popular terletak di Geliga Kemaman, Terengganu. Kalau bercuti ke sini jangan lupa singgah ke warung Aziz Satar. Sedap-sedap makanannya.


Nak lagi best dari makan di warung yang penuh sesak dengan pelanggan dan panas, saya bungkus, takeaway.


Dan makan di Pantai Mak Nik atau Monica Bay. Cantik sangat tempat ni cuma kebersihan kurang terjaga.


Pada malamnya, saya juga kembali di sini. Masakan makanan laut di Warung Awang Ikan Bakar atau WAIB singkatannya.


Keadaan kedainya masih sama tidak berubah dari 4 tahun lepas. Lama menunggu untuk mendapatkan makanan pun masih seperti dulu. Perlu kesabaran yang mahu menikmati makanan di sini.



Cuma saya kira harganya saja yang jauh berbeza. Mungkin seiring dengan kenaikan harga barang. Apapun alhamdulillah. Masakannya tetap sedap seperti dulu, berbaloi menunggu lama.



Lepas 3 hari di sini, nampaknya saya terpaksa menamatkan percutian lebih awal selepas terima wassap dari pejabat mengatakan cuti saya dipendekkan atas alasan bebanan tugas yang banyak. Esok terpaksalah berkemas balik.

Bagaimanapun, hari ini saya sempat menjengah Kg Cerating Lama, terletaknya rumah-rumah rehat kecil yang diusahakan oleh orang Melayu. Berpuluh tahun dulu di usia remaja saya selalu ke sini.

Dulu tempat ini penuh dengan pelancong asing. Anak-anak muda tempatan juga bergaya ala-ala beach boy berkepit dengan minah-minah saleh. Ramai juga kelihatan kanak-kanak kacukan, berkulit putih merah, bermata hazel atau biru tapi bercakap loghat Pahang. Paling happening masa malam Krismas. Pantai ini seakan berpesta.

Hari ini kampung ini sunyi, tidak kelihatan langsung kelibat pelancong asing. Mungkin bukan musim.



 Sayangnya saya hendak meninggalkan pantai Cherating. 4 hari 3 malam tak cukup untuk saya recharge sepenuhnya lepas lama tak bercuti.




Esok hari terakhir saya dapat melihat warna emas dan suasana warna warni yang sangat indah selepas subuh. Saya pasti rindu dengan ombak dan deruannya.

In sha Allah, saya akan kembali.

Sampai di sini dulu. Jumpa lagi.

Wassalam.