Dulu para ibu sering membekalkan anak-anak ke sekolah dengan nasi berlauk. Lauknya pula simple, telur goreng atau ikan goreng memadai dan nasi digaul kicap. Waktu rehat tak sabar-sabar nak makan. Walau sejuk tapi sedap menjilat jari.
Anak-anak sekarang untung. Trend Bento atau dalam Bahasa Melayunya, Bekal la. Bento berasal dari Jepun, bekas yang diisi makanan untuk makan tengahari. Bagi bento sikecil dihias dengan pelbagai aksesori dan disusun cantik untuk menarik anak-anak makan. Saya ada juga menyediakan bekal untuk anak bujang tunggal saya. Nak kata ala-ala Bento laaa.. tapi tak lah secantik bento yang dihias.
Sandwich kepingan ayam, kentang goreng dan limau
Untuk kepingan ayam
Ayam cincang
Bawang besar didadu
Bawang putih
Lada putih dan lada hitam ditumbuk
Serbuk roti
Garam
Telur
Susu Segar
Sedikit tepung gandum
Cara-cara
1. Tumis bawang besar dan putih.
2. Dalam mangkuk yang lain, campur sebati ayam cincang, telur ayam, lada hitam tumbuk dan serbuk lada putih. Campurkan bawang yang telah ditumis. Masukkan serbuk roti dan sedikit tepung gandum
3. Leperkan atau bentuk mengikut kesukaan
4. Goreng dengan minyak sederhana panas
Kalau ada aksesori seperti toothpick berhias dan food divider, makanan tampak lebih cantik
Roti putih buatan sendiri dipotong bulat, diisi tuna dan klim ditepi menggunakan garfu agar mudah
sikecil memegang dan memakannya. Buah belimbing saya letakkan dibahagian atas agar tidak
bercampur bau dengan sandiwich tuna
bercampur bau dengan sandiwich tuna