Monday, June 13, 2011

ORCHID - HAPPY FATHER'S DAY







2 tier stacked cake

Atas 6" kek bulat, kek span perisa pandan

Bawah 8" kek bulat, kek span perisa vanilla

Salutan steamed buttercream

Assalamualaikum. Minggu disamping sibuk dengan permulaan persekolahan anak-anak, ramai juga yang sibuk meraikan insan yang banyak berjasa dalam kehidupan kita. Samada kita memanggilnya dengan panggilan Abah, Babah, Bapak, Ayah, Walid dan sebagainya, insan ini memang patut diraikan, bukan setakat pada Hari Bapa, tetapi setiap saat kita patut menghargai, menyayangi dan menghormati insan ini.


Kalau nak tau, bunga-bunga orkid yang diletakkan di atas kek di atas, diinspirasi dari bunga-bunga orkid di laman mak saya. Bila mak tengok, '' wah! dragon fly orkid aku kat kek kau"!! Nak ketawa pun ada jugak bila mak meneliti bunga-bunga tu dengan kacamatanya.


Apa-apa pun, Selamat Hari Bapa kepada semua abah-abah di seluruh dunia dan Al-Fatihah serta Yassin untuk arwah abah saya, Osman bin Kasad. Alfatihah.....




No comments:

Post a Comment