Wednesday, July 27, 2011

RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum. Ramadan Al-Mubarak semakin dekat menghampiri kita. Dengan adanya peningkatan ilmu, diharap amalan puasa kita juga dapat dipertingkatkan. Di sini saya syer ilmu yang saya dapat ketika menghadiri majlis ilmu di Surau Sri Pentas pada hari Rabu, 17hb Julai 2011 bersamaan 25 Syaaban 1432H, disampaikan oleh penceramah yang cukup saya gemar, Ustaz Ishak Din.

Menurut Ustaz Ishak Din tadi, bulan Ramadhan juga dikenali sebagai :-

1. Shahrun Karim atau bulan yang mulia ;
2. Shahrun Rahmah;
3. Shahrun Mubarakun iaitu bulan yang dirahmati;
4. Shahrun Maghfirrah (bulan yang pengampunan);
Di bulan ini, pintu syurga seluas langit dan bumi dibuka 24 jam
5. Ummu Shahri (ibu segala bulan)

Pendekata, bulan ini adalah pengumpulan segala pahala dan pengampunan. Orang yang tidak merebut peluang di bulan ini, diibaratkan sebagai orang yang rugi.

Antara persoalan yang kerap timbul mengenai bulan yang mulia ini ialah :-

1. Siapakah orang yang wajib berpuasa?
Jawapannya ialah orang Muslim, Mukin yang mencukup syarat-syaratnya.

2. Golongan manakah yang tidak wajib berpuasa?
Orang yang tidak wajib berpuasa ada 3 golongan :-
(i) Kanak-kanak yang belum baligh;
(ii) Orang gila ;
(iii) Orang tua yang tidak kuasa berpuasa

3. Siapakah yang haram berpuasa?
Perempuan didalam haid / nipas

4. Siapakah yang tidak perlu berpuasa dan sekiranya ia berpuasa orang itu harus berbuka?
3 golongan iaitu :-
(i) Orang yang sakit teruk
(ii) Orang dalam musafir
(iii) Ibu mengandung / menyusukan

5. Siapakah yang tidak wajib berpuasa dan tidak wajib membayar fidyah?
(i) Orang tua yang tiada kuasa berpuasa
(ii) Orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh
(iii) Orang mati yang tidak sempat mengqada puasanya

6. Siapakah orang yang wajib membayar puasa dan mengqada puasanya?
Soalan ini tidak sempat diterangkan oleh ustaz memandangkan waktu rehat sudah habis. Semoga ianya dapat dijawab didalam pertemuan akan datang.

Diharap dengan ilmu yang sedikit ini, dapat meningkatkan pahala puasa kita semua, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment