Kebetulan di kaca tv, program terbitan seorang sahabat di Jabatan Hiburan, Saudara Zaini, sedang ke udara, program JANGAN TIDUR LAGI... Jadi.. jangan lah tidur lagi, baca lah dulu entry saya ni. Tapi, esok kerja ek, kalau takut terbabas, silalah beradu. Saya pun bakal beradu kejap lagi.
Sebelum tu, nak bagitau syer sikit di sini. Saya beli buku masakan ni, tulisan Chef Norzailina, Chef yang aktif menulis novel tu. Minat dia ni. Buku ni bes bagus, banyak resepi menarik. Sesape yang nak belajar buat keropok lekor atau yang baru jinak-jinak nak buat kudapan untuk keluarga bolehlah beli di Popular Book Store.
Wah! wah! Cantik Chef dalam gambar ni, kurus
Lanjutan dari cerita saya pasal Hari Guru dan hadiah chocolate chip cookies untuk para pendidik anak saya, tak sangka berlanjutan pulak saya membakar biskut chocolate chip. Bakar untuk makan sendiri tapi akhirnya masuk balang dan beralih tangan.
Eh! Tiba-tiba saya berniaga semula. Kertas RM pertama saya dapat, Ya Allah! tak dapat saya gambarkan perasaan saya (sama macam perasaan saya masa mula-mula niaga dulu).
Wah, wah!. Bolehlah jadi pembuat chocolate chip cookies hebat macam Kak Sarimah, Hidayah Cookies ye. Tak pun jadi Rozita, Ita's Delight. Berangan! Berangan! Berangan!
Nota : Berangan tu penting, tapi pastikan ditukar jadi cita-cita
Chocolate Chip Cookies yang baru masak
Saya tak de cita-cita ke arah itu. Saya bukan insan hebat.
Tak sangka ada juga peminat cookies saya. Terimakasihlah. Ada lagi ke yang sudi nak merasa cookies saya? Kalau ada, contact lah saya di email saya, rozanothman@yahoo.com. Kepada yang nak buat sendiri, resepi saya pernah uploadkan.
Dah transfer masuk balang
Dah pukul 11:30 pm. Eloklah saya merehatkan diri saya. Esok kerja. Selamat berpuasa (tak kiralah berpuasa sunat Rejab atau qada Ramadan), saya ucapkan selamat berpuasa dan berpuasalah sehabis perfect kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil mengadap Yang Maha Kuasa. Semoga semua amalan kita diterima Allah swt. Amin...
terima kasih kerana entri tersebut .. tak perasan pun. minta maaf banyak-banyak.
ReplyDeletesaya pun minat sama julie .. salah satu lagunya ialah "jerat percintaan" tapi liriknya ada sikit silap.
entrinya di sini ..
http://al-lavendari.blogspot.com/2011/10/sonyum-sokojap-34-la-la-la_06.html
saya suka jugak lagu tu... kadang-kadang memang ada yang silap.
Delete