Thursday, July 19, 2012

KEK PISANG LEMBUT (RESEPI)

Assalamualaikum Dan Salam Ramadan

Hari ni saya nak syer resepi Kek Pisang Lembut (Asli) dan Kek Pisang Lembut (Coklat) yang saya buat waktu jamuan Sarapan Ramai-Ramai pagi tadi.  Sangat lembut sebab tu saya kata Kek Pisang Lembut.  Dahlah lembut, sedap dan mudah pulak tu.


Kek Pisang Lembut (Asli)


RESEPI KEK PISANG LEMBUT
Sumber : Internet (maaflah, lupa dah dari blog mana.  Dah lama sangat.  Apa-apapun terimakasih banyak-banyak resepi yang sedap ini)


Bahan-bahan

150g pisang masak (kalau boleh pisang emas atau rastali)
180g gula
120ml minyak sayuran
10g ovellete
3 biji telur gred B
280g tepung kek
1/2 st soda B (earlier lupa nak letak sini...)


 Panas!

Cara Mengadun

Cuma campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang.  Kemudian bolehlah dimasukkan dalam tin empatsegi bersaiz 8".  Bakar sehingga masak.

Siap potong mudah orang nak makan


Untuk membuat kek pisang versi coklat pula, cuma kurangkan tepung kepada 260g dan ditambah serbuk koko sebanyak 20g.  Kek ini boleh dicampur dengan kekacang seperti walnut, almond dan sebagainya.

Kek Pisang Lembut versi Coklat



Lepas ni bolehlah buat untuk kudapan selepas sembahyang Terawih sambil minum kopi panas.  Penat berpuasa sepanjang hari, nyaman rasanya dihidangkan kek ini.

                                                                                                                                                                                                                                                                                               

No comments:

Post a Comment