Sunday, March 31, 2013

PANAS...SEJUK.. DENGKOT-DENGKOT SAMPAI JUGA

Salam

Cuti sekolah dah sampai ke penghujung.  Seminggu bukan lama pun.  Kerja sekolah dah siap ke?  Kasut dah basuh ke?  Baik siapkan semua sebelum balik ke sekolah.

Untuk ibu-ibu pulak, siapkan diri semula sebab rutin sibuk waktu pagi bakal bermula.  Saya bercakap untuk diri saya sendiri juga sebenarnya.

Cuti sekolah ramai yang mendirikan masjid, tak kurang juga yang pergi menghadap Ilahi.  Al-fatihah untuk sepupu sebelah suami yang menemui Pencipta petang semalam akibat kemalangan motorsikal.  Al-Fatihah.

Kalau baca tajuk entry, yang saya maksudkan ialah dua orang warga emas yang precious ni, Hajah Cik Wok dan makcik Kamariah, dua orang sepupu yang sangat rapat.

Nota : bawa dua orang warga emas bertongkat berjalan ke tanah tinggi Cameron satu pengalaman yang mencabar tau!



Semangat!  Dengkot-dengkot usaha juga untuk berjalan menikmati keindahan Tanah Tinggi Cameron tetap tinggi especially Makcik Kamariah, tak pernah ngadu penat atau sakit walaupun sebenarnya dia sangat-sangat penat.

Mencuba LX7 di Pasar Malam Brinchang.  F1.4/80 ISO125.  Tak dapat nak bermain berkreatif sangat sebab ada banyak gendongan makanan dan bersama Precious emas.

 Bersama Precious No 6.  Decide untuk beli je makan malam di sini memandangkan Precious Emas tak larat nak ke restoran.  Ayam golek 1 ekor masuk bakul. Ke ching!

Beli-beli....tengok Precious Makcik Kamariah dah hilang.  Carik-carik, nasib baik jumpa dia dah terduduk kecapekan, jauh dari tempat kami berada.  "Makcik Kamariah..tolong jangan buat macam ni lagi ye.. jatuh jantung kami".

Lepas makan di apartment, kami keluar melihat suasana malam di Pekan Tanah Rata kemudian naik semula ke Brinchang.  Hajat hati nak minum kopi je, lepas tu order ikan stim halia tu konon nak ratah je, alih-alih satu-satu lauk di order, maka jadilah makan malam ke dua di situ...hahaha... 

Sedap!  Tapi lupalah nama kedai ni..

Ratah ikan, orang tua-tua kata nanti kecacingan.. yeke?

Sedap sangat ke Precious no 5, Muaz panggil Ibu Andak..

 Suasana di pagi hari, luar apartment.  Tak sejuk sangat, tapi nyaman.  

Apartment tiga bilik ni sesuai untuk yang bekeluarga ramai.  Ada extra blanket dan tilam.  Agak selesa dan cukup peralatan untuk yang mahu memasak untuk keluarga.  Homestay ini untuk muslim sahaja.  So, tak de was-was untuk guna barangan di situ.  

Bagi kami pula hajat untuk ke sana sangat-sangat last minute dan untuk accommodate 3 family dan 2 orang precious emas, hotel apartment dah penuh sebab cuti sekolahkan.  So, pilihan kami Homestay. Kami sewa dua apartment. Rating saya bagi untuk Desa Anthurium ni cuma 2 star.  

 Hammock

Bunga-bunga segar, ladang teh dan ladang strawberri sangat sinonim dengan Tanah Tinggi Cameron.  Selain dari membeli sayuran, ubi keledek biru yang manis dan jagung segar, tak dapat tidak mesti pergi ke ladang-ladang ini.

 Saya sangat meminati rose buds.  Masa aktif mendeko kek dulu, salah satu pilihan deko saya ialah rose buds.  


 Kekwa



 Precious menikmati aiskrim dengan strawberri.  Lupakan penyakit, rasai kesedapan aiskrim..heheh..


 Petik strawberri sendiri.  RM25.00 untuk satu bekas


Akhir cuti sekolah, buah dah tak cantik dan kecil-kecil

 Pagong dan Ibu Andak...tengok je ke?

 Hurray!!
 Precious emas cuma dapat menikmati pemandangan ini dari cafe, kepenatan dan sangat susah untuk mendaki tangga ke cafe.  Mungkin pihak Bharat Tea perlu menimbangkan untuk jadikan cafe itu lebih friendly kepada disable people dan warga emas.

Hide and seek

 ooooooo... sini rupanya nyorok ye.. Precious son and Pagong 

Bye Cameron!.  Ibu sangat sedih sebab tak dapat naik ke Gunung Brinchang dan ke Ladang Bunga Rose.  Lain kali lah kita ke sana ye.


Marilah kita sama-sama bersihkan hati, reset minda (seperti Prof Muhaya selalu katakan).  Buang sifat negatif, ego, cepat marah, sombong kerana kita tiada apa, yang berkuasa cuma Allah swt. Mencari keredhaanNya punca kebahagiaan di dunia dan akhirat, in shaa Allah.

Jumpa lagi precious semua...!!!

Sunday, March 24, 2013

AKHIRNYA BERTEMU JUGA JODOH KITA..

Salam semua.

Semoga semua sahabat-sahabat berada di dalam rahmat Allah swt dan syukur dapat menghabiskan masa yang sangat berkualiti di hari minggu bersama anak-anak dan keluarga.

Hari ni saya menulis di beranda rumah dengan perasaan yang sangat-sangat gembira.  Suasana sangat damai dengan cuaca yang cukup baik.  Burung berterbangan ke sana-sini, dengan bunyi kicauan yang sangat sedap di telinga saya.  Nampak ulat-ulat bunga rakus memamah bilahan bunga orkid mak yang tengah lebat berbunga.  Kehijauan pokok di persekitaran sangat menyejukkan. di sana-sini.

Syukur Ya Allah kurniaanmu yang tidak terhingga ini.

Pepatung lagi..hehe.. banyak pepatung kat sini

Guna bahasa novel hari ni.  Hehe.  Oh ya, satu perkara yang menggembirakan saya juga ialah saya sudah bertemu jodoh.  Mesti korang sume ingat saya ni ibu tunggal ke, sekarang baru jumpa pengganti.. hahaha.. 

Bukan! bukan!.

Hari Jumaat lepas saya melamar sebuah kamera.  Ya Allah.. leganya hati dah ada pengganti Canon saya.  Kali ini selepas mendapat nasihat dari sahabat-sahabat photographer, saya memilih Panasonic Lumix DMC LX 7.  Cukup memenuhi kriteria yang saya nak, Compact Camera berkualiti DSLR.  

Buah hati yang baru

Nak tahu kelebihan kamera yang saya kira sangat berbaloi ni bolehla google ye.


 Test drive Lumix DMC LX7, pokok cili My Precious

Daun pisang keringpun jadilah... mak kena bukak buku photography semula la lepas ni.  Mula-mula ni guna auto mode dulu lah, nak refresh memori esok boleh la guna manual mode dia.  (berlagak ek..ceh!) hahaha


Orkid

Oh ye, minggu ini cuti sekolah juga bermula.  Mak-mak mulala sibuk buat tu ini nak memenuhi kehendak anak-anak.  Apa pun, biarlah waktu cuti ni habis dengan aktiviti berfaedah.

Saya nak syer tentang sekolah mengaji yang sangat terkenal sekarang ini, Al-Baghdadi.  Bukan nak promote tetapi ianya nyata berkesan kepada My Precious.  

Ustazah Nurfaezah berkata dalam ceramah beliau, berilah pendidikan al-quran kepada anak-anak tika mereka didalam usia emas iaitu bawah 7 tahun.  Sangat penting untuk membentuk personaliti mereka apabila mereka meningkat dewasa kelak.  Atas sebab ini saya hantar My Precious mengaji pada umur 6 tahun.  Malangnya tak tau mana silapnya proses pengajian biasa Qiraati, susah untuk dia fahami.  

Alhamdulillah pengajian alquran Teknik Al-Baghdadi banyak membantu My Precious setakat ini.

Yang berada di daerah ini, bolehlah hantar si cilik mengaji di sini.  In sya Allah berbaloi


 Saya tak pasti sessi apa, tetapi anak-anak ini sedang menghafaz doa dan memuji-muji Allah swt.


 Pembelajaran dalam permainanan


Antara kitab-kitab yang digunakan dalam pembelajaran


Tools yang digunakan dalam teknik pembelajaran melalui permainan


 Alat utama.  Alat ini termasuk dalam kits yang dibekalkan ketika pendaftaran


Ruang belajar yang selesa

Baiklah, sampai di sini dulu.  Semoga kita dipanjangkan usia untuk berjumpa lagi, in sya Allah.

Nota :-  Sila ke blog sahabat saya Mazidul, untuk membaca kes penipuan kanak-kanak Tahfiz.  Hati-hati menghantar anak-anak ke Sekolah Tahfiz.  Pastikan yang berdaftar supaya anak kita tidak menjadi hamba suruhan.

Wassalam


Thursday, March 21, 2013

AHOIIII...LANUN-LANUN (BHG 2)

Salam

Budak-budak sekarang pandai minta kita buat theme party untuk birthday diaorang.  Mulanya My Precious minta Indiana Jones..uiihhh.. mana nak gagau nak oiii.. Tak pandai ibu.

Diskus punya diskus akhirnya Pirate Theme.  Senang sikit.  Senang-senang pun pening kepala mikirkan mana nak dapat barang-barang pirate ni.  Akhirnya lepas survey sana survey sini, ada yang beli dan  banyak yang D.I.Y saja.


Lagi gambar-gambar

NO ENTRY!  PIRATE ONLY!.. 

Hampir 2 minggu untuk buat preparation.  Dari goodies bag, eye patch, bendera sampai ke banner semuanya DIY.  Tapi sayangnya tak de gambar proses pembuatan semua tu. Banyak gambar tak de.  Menyesal saya tak grab je kamera-kamera yang ada berderetan dalam kedai kamera.  He..hehe... 

Pirate Key (black & red) dan eye patch (tiada dalam gambar) untuk pirate-pirate kecil ni pakai waktu pendaftaran.

Si "Lanun Sepet" ni.. sangat suka memadam apa yang ditulis.. Hahaha!!.. Comel.

Pop! Pop!

Treasure Hunting. Mengumpul clue untuk mencari duit emas.  Sangat fun lanun-lanun ni. 

Emak-emak yang stay teruskan makan-makan.



Treasure Hunting lagi.. Dah cukup clue kutip pula clue ke 2 untuk sampai ke Wang Emas.


2 orang "Lanun" veteren.  Eye patch "Lanun" veteren in D.I.Y.


Haa... dahla dapat wang emas.. dapat lagi hadiah.  Congrates Matey!..


"apa binatang kawan baik lanun"?... Ha jawab.. "Kita tak mau Parrot, kita nak yang lagi satu".. apa dia?  Jawab!

Poison Chair!  Fun habis..


Bukak hadiah!  Tak sabar dah!.  Tapi kenit yang gambar bawah sekali tu, heran pun tidak..hahah..

Banyak hadiah yang My Precious dapat selepas party.  Maaf kepada yang gambar hadiahnya tiada di sini.  Terimakasih sangat-sangat membahagiakan hidup My Precious.

Party di akhiri dengan membuka Treasure Chest yang dalamnya ada Goodies Bags (gambar tak de sebab photographer dah balik masa tu).  Walaupun penat tapi saya sangat puas hati.

Banyak lagi gambar-gambar yang tak larat saya nak upload di sini.  Apa pun terimakasih kepada yang sudi datang, terimakasih yang bagi hadiah, sangat-sangat puas bila tengok anak-anak ni happy dan fun.  



Bye-bye semua.  Ada umur jumpa lagi di tahun depan.  

Wednesday, March 20, 2013

OHOIIII...LANUN-LANUN! (BHG 1)

Salam!

Lama betul tunggu nak upload gambar-gambar ni.  Al-maklum kamera kepunyaan anak buah.  Dia juga jadi photographernya.  Kalaulah kamera saya sendiri tentu segala DIY untuk parti ini akan saya dokumentasikan. 

Seperti dijanjikan, sekitar gambar-gambar harijadi my precious!.  Banyak sangat gambar.  Ni first part.

Vanilla & Chocolate Cupcakes.  Toppers from http://tattered and inked.blogspot.com.  

 Birthday cake my precious.  Atas chocolate cake, bawah Craze Horlicks Cake

Orang ada Candy Table, kita pun nak.. hehe..

Tier Cake.  My precious kata, deko atas cake bukan macam muka pirate tapi macam muka kucing... hahaha..

 Ye gift mateys.  Grab 'em..

 BFF.. Afzar and Tae-kwon-do partner Afrizal

Lanun-lanun mendaftar diri.  Yang kanan atas tu comey ek.. Yaya namanya

First present arrived.. agaknya.  Yang ni dari Hazim rasanya..  Terimakasih Hazim


 Mak Yong berenang atas meja..

 
Yeay! Potong kek!..

Happy Birthday Capta'in! 


Serious discussion atas Black Pearl! 

On Board Chef, Pirate Chef Oloi
 
Pengembaraan seterusnya, Treasure Hunting!..


Jumpa lagi ye kesayangan semua...