Salam semua.
Semoga semua sahabat-sahabat berada di dalam rahmat Allah swt dan syukur dapat menghabiskan masa yang sangat berkualiti di hari minggu bersama anak-anak dan keluarga.
Hari ni saya menulis di beranda rumah dengan perasaan yang sangat-sangat gembira. Suasana sangat damai dengan cuaca yang cukup baik. Burung berterbangan ke sana-sini, dengan bunyi kicauan yang sangat sedap di telinga saya. Nampak ulat-ulat bunga rakus memamah bilahan bunga orkid mak yang tengah lebat berbunga. Kehijauan pokok di persekitaran sangat menyejukkan. di sana-sini.
Syukur Ya Allah kurniaanmu yang tidak terhingga ini.
Pepatung lagi..hehe.. banyak pepatung kat sini
Guna bahasa novel hari ni. Hehe. Oh ya, satu perkara yang menggembirakan saya juga ialah saya sudah bertemu jodoh. Mesti korang sume ingat saya ni ibu tunggal ke, sekarang baru jumpa pengganti.. hahaha..
Bukan! bukan!.
Hari Jumaat lepas saya melamar sebuah kamera. Ya Allah.. leganya hati dah ada pengganti Canon saya. Kali ini selepas mendapat nasihat dari sahabat-sahabat photographer, saya memilih Panasonic Lumix DMC LX 7. Cukup memenuhi kriteria yang saya nak, Compact Camera berkualiti DSLR.
Buah hati yang baru
Nak tahu kelebihan kamera yang saya kira sangat berbaloi ni bolehla google ye.
Test drive Lumix DMC LX7, pokok cili My Precious
Daun pisang keringpun jadilah... mak kena bukak buku photography semula la lepas ni. Mula-mula ni guna auto mode dulu lah, nak refresh memori esok boleh la guna manual mode dia. (berlagak ek..ceh!) hahaha
Orkid

Oh ye, minggu ini cuti sekolah juga bermula. Mak-mak mulala sibuk buat tu ini nak memenuhi kehendak anak-anak. Apa pun, biarlah waktu cuti ni habis dengan aktiviti berfaedah.
Saya nak syer tentang sekolah mengaji yang sangat terkenal sekarang ini, Al-Baghdadi. Bukan nak promote tetapi ianya nyata berkesan kepada My Precious.
Ustazah Nurfaezah berkata dalam ceramah beliau, berilah pendidikan al-quran kepada anak-anak tika mereka didalam usia emas iaitu bawah 7 tahun. Sangat penting untuk membentuk personaliti mereka apabila mereka meningkat dewasa kelak. Atas sebab ini saya hantar My Precious mengaji pada umur 6 tahun. Malangnya tak tau mana silapnya proses pengajian biasa Qiraati, susah untuk dia fahami.
Alhamdulillah pengajian alquran Teknik Al-Baghdadi banyak membantu My Precious setakat ini.
Yang berada di daerah ini, bolehlah hantar si cilik mengaji di sini. In sya Allah berbaloi
Saya tak pasti sessi apa, tetapi anak-anak ini sedang menghafaz doa dan memuji-muji Allah swt.
Pembelajaran dalam permainanan
Antara kitab-kitab yang digunakan dalam pembelajaran
Tools yang digunakan dalam teknik pembelajaran melalui permainan
Alat utama. Alat ini termasuk dalam kits yang dibekalkan ketika pendaftaran
Ruang belajar yang selesa
Baiklah, sampai di sini dulu. Semoga kita dipanjangkan usia untuk berjumpa lagi, in sya Allah.
Nota :- Sila ke blog sahabat saya Mazidul, untuk membaca kes penipuan kanak-kanak Tahfiz. Hati-hati menghantar anak-anak ke Sekolah Tahfiz. Pastikan yang berdaftar supaya anak kita tidak menjadi hamba suruhan.
Wassalam

wah cantik2nyer pic ni. terbaik. BAgus sagt cara pengakian sebegini kan untuk kanak2
ReplyDeleteSalam Kesuma Angsana. Terimakasih singgah.
DeleteSalam ukhwah jugak dari makchaq....Terima kasih singgah blog makchaq...
ReplyDeleteMesti seronok ada kamera baru.. Best jugak lumix ni.. Kecik, ringan, gambaq pun cantik..
Anak makchaq yg kecik belajaq Iqra', silibus tadika depa.. setakat ni nampak ok la...elok jugak Zana tukarkan kaedah belajar kepada yg kita rasa lebih berkesan..
Terimakasih makchaq. Kamera lumix tu memang bes. Patutla kawan2 pro photographer kata. Memang kena pi carik kaedah laen sampai depa pandai. Alquran tu sampai nak matipun tetap kena baca. Penting.
Delete