Salam.
Selagi kita hidup di bumi Allah ini, kita tidak akan dapat lari dari pelbagai masalah yang mungkin datang dari arah kiri, kanan, depan atau belakang. Ujian, itulah cara Allah mengukur aras kesabaran kita sebagai insan.
Fitnah, mengata memang permainan manusia yang tidak takut atau lupa dengan hukum Allah. Tak kira lelaki ataupun perempuan, mulut manusia memang susah ditutup. Saya sentiasa ingat pesanan Prof Muhaya, orang yang menang adalah orang yang boleh menahan kemarahan. Selagi boleh marilah kita bersangka baik.
Minggu ini sememangnya minggu yang tegang. Allah beri kesakitan; tegang urat kepala hingga ke leher, alhamdulillah, saya redha.
Okelah, Jumaat, hari terakhir bulan Syawal. Sabtu masih ada yang mengadakan jamuan. Antaranya Pro Sport Taekwondo, jamuan potluck untuk anak-anak hebat ini.
Dalam hidung yang tak berhenti turunnya air, macam air hujan, kepala berdenyut sebab demam, saya cuma sempat sediakan makaroni goreng dan kek coklat lembab saja untuk my Precious bawa ke jamuan potluck Pro Sport.
Gambar dibidik oleh Kak Ngah aka Sir Farah.
Team mates, junior
Sir Vijay, ramai dah anak didiknya menjadi juara dalam sukan Tae-Kwon-do Malaysia
Kak Ngah dan Sir Jack. Sir Jack antara orang yang bertanggungjawab melahirkan ramai athlete muda Pro Sport Tae-Kwon-Do
Pelapis, seniors.
Antara snack yang dibawa... mulanya teringin juga nak buat tartlets, tapi memandangkan hidung bak air sungai, terpaksalah dibatalkan.
Ini tak taulah kuih apa, nampak sedapkan.
Lengkok kaler-kaler. Nampak menarik.
Saya sukakan semangat anak-anak ini kalau berjumpa. Saling bantu membantu, saling menyokong dan bersemangat.
Kalau boleh biarlah sifat seperti ini juga ada ketika di pejabat. Malangnya susah manusia sekarang ramai yang pentingkan diri sendiri.
Ahad petang, alhamdulillah ada frozen pizza, hidangan my precious sebelum pergi training sebelah petang.
Janganlah kita asyik bercerita mengenai orang lain, membuka aib mereka kerana lebih banyak kita bercerita, lebih banyak pula aib kita dibuka Allah swt. Wallahualam.
Jumpa lagi!
zana tak blajar tae kwan do sekali ke? ke dah terer? :)
ReplyDelete