Salam.
Alhamdulillah. Langit biru hari ni. Awan bertapuk-tapuk putih walau tidak mengandung air.
Berita yang dibawa YAB Perdana Menteri mengenai kehilangan misteri pesawat Boeing 777-200 milik MAS juga sedikit sebanyak melegakan hati apatah lagi kepada waris-waris yang sedang menunggu penuh harapan. Apapun pinta kita pada Pencipta Yang Maha Agong dipermudahkan pencarian saudara-saudara yang hilang dan sejukkanlah bumi gersang ini dengan hujanMu. Segalanya milikMu tiada satupun milik kami ya Rabb.
Panas dan kering, itulah yang dapat saya katakan keadaan sekarang ini membawa saya mengetuk papan kekunci komputer di beranda rumah. Angin sepoi-sepoi meniup helaian daun pokok rambutan, belinjau, manggis dan pisang. Pokok orkid banyak berbunga tapi bunganya cepat rosak. Bunga-bunga kertas juga lebat mekar berbunga sampaikan hilang daunnya.
Sebetulnya saya sangat rindukan sang hujan..
Ahad lepas, saya meraikan hari lahir Precious.
Selamat hari lahir Precious. Semoga kamu sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt, dirahmati dan diberkati sehingga ke akhir hayatmu.
Apapun, tahun ni Precious celebrate birthday tanpa 2 batang gigi depannya. Sebatang tanggal masa training taekwondo ditendang oleh senior yang nak tunjuk lagak, nak tunjuk kuat. Tak pelah, lepas ni jangan tunjuk lemah especially di depan kaum seperti ini ye.
Babah dan Pagong bertungkus lumus mengisi angin dalam belon pelbagai warna. Terimakasih.
Hampir dua minggu menyiapkan popcorn, label untuk goody bags
DIY loot bags yang saya buat dari kertas pembungkus nasi lemak. Sticker saya print dari internet
Meja gula-gula, lollipop (suka sebab warnanya), strawberry cupcakes (toppers tak sempat letak), birthday cakes dan congo bars. Yummy!!!
Dalamnya atas permintaan kakak-kakak, checkerboard butter cake, size 10" tinggi 6", orange flavored butter-cream. Lama tak buat kek harijadi. Color pun tak de, yang ada cuma color color buat kek pelangi je. Dah tengah malam, guna apa yang ada saja.
Strawberry chocchip cupcakes. Deko cuma swirl. Beads tu cucu saya yang tabur. Akilah namanya.
Happy Birthday to you, happy birthday to you, happy birthday dear precious, happy birthday to you.. Ummuahh!!
Games... 5 semuanya. Ada hadiah untuk semua yang menang.
Makanan kali ni gotong royong. Nasi lemak, marcaroni goreng, mi rebus, nugget dan dadih. Yummy!! So nice!!
Game lagi... seronok!
Game master, Prof. Liza.. terimakasih buat anak-anak ini gembira
Menang game, dapat hadiah lagi. Best kan!!
Akhir sekali, sebelum balik, anak-anak diberi loot bag yang isinya cukup menarik.
Tahun depan Precious sudah 10 tahun. Tak tahu lagi majlis seperti ini akan dibuat lagi. Precious dah jadi big boy.
Apapun terimakasih semua memeriahkan majlis dan menggembirakan Precious. Terimakasih Allah kerana mengizinkan semua ini berlaku dengan lancar.
Hampir usai menulis blog, akhirnya hujan turun mencurah-curah. Syukur Ya Allah.
Happy belated birthday budak-tak-dak-gigi-dua-batang :)).
ReplyDeleteZana, love that loot bags...creativenya.