Assalamualaikum. Minggu ini minggu cuti sekolah, minggu cuti DLO juga. Tempahan ditutup buat sementara... seminggu je.. lepas ni niaga balik. Cuti di pulau memang dirancang dari bulan januari lagi. Mulanya rasa takut lantaran tsunami dan gempa bumi di Jepun baru sehari berlalu. Cepat menghubungi Jabatan Meteorologi yang memberi maklumat mengenai tsunami dan ramalan cuaca meyakinkan kami untuk meneruskan perjalanan. Perjalanan dimulakan dari Sg. Buluh ke Kepong untuk berkumpul dengan famili kakak yang turut sama bercuti ke pulau. Bismillahirahmanirrahim dan doa memulakan perjalanan... kami bertolak ke terengganu jam 11:45 pm.
Bismillahirahmanirrahim... mula perjalanan
Jam 7:15 pagi kami tiba di jeti Merang, Terengganu. Cuaca baik. Laporan Jabatan Meteorologi selepas dihubungi mengatakan ombak setinggi 4-5 meter di perairan Kelantan dan Terengganu dan berbahaya kepada bot-bot kecil. Kecut jugak perut. Tawakkal kami menaiki bot.
Di jeti Kuala Merang, Terengganu, menunggu bot yang membawa kami ke destinasi percutian...
Hah!! Bot berayun ke kiri ke kanan... melambung ke atas dan terhempas semula ke bawah. Ombak memang tinggi. Betul laporan Jabatan kajicuaca. Masing-masing muka pucat, mabuk, pening... muaz muntah. Perjalanan agak menakutkan.
Muaz dan Dzulfiqar mabuk laut
Lebih kurang jam 11:15 am bot selamat berlabuh di jeti Laguna Beach Resort, Redang.. tempat kami menghabiskan cuti 3 hari 2. Alhamdulillah. Tempatnya indah, airnya bersih, makanannya pelbagai dan sedap belaka, snorkeling di marine park cukup menarik dan melihat ikan dan hidupan laut di laut lepas pengalaman yang sukar dilupa.
Free promo... aku dapat apa weh!..
Berehat sebaik turun dari bot
Muaz yang peramah terus dapat kawan baru... dapat main game kat Ipad akak tu lagi...
Terus ke beach yang pasirnya memutih, airnya membiru.. tak penat ke korang?
hampir senja...
main ombak setinggi berdiri... Hawaii Five O laaa..
Dzulfiqar dimakan ombak
Sape paling kuat kuakan tangan
Muaz berani kat sini je...
Meniru akak yang kat sebelah tu...
membina istana pasir kononnya... akhirnya semua dicampak masuk laut..
Antara makanan yang dihidang... free promo lagi.... kambing, sotong bakar, ayam panggang, nasik dagang, nasik lemak, nasik minyak, spaghetti, tu tak termasuk kek, kuih, segala macam roti... aaaaa... macam-macam ada...
Hari terakhir... selamat tinggal Redang Island... nanti kita datang lagi...
Oh ya... atas sebab2 tertentu gambar-gambar snokelling tak dapat disiarkan... harap maaf.. kehkeh..
Thursday, March 17, 2011
Tuesday, March 8, 2011
CHCOLATE MUFFIN
Kalau pergi ke bakery, kita selalu nampak muffin yang merekah kat atasnyakan. Dulu jenuh saya mencari resepi muffin macam yang ada kat bakery sampai lah saya berjumpa dengan resepi Chef kesayangan, Kak Hanielieza... Sedap, mudah dan merekah.. saya suka. Muffin ini saya buat sebagai kudapan untuk kawan-kawan Muaz di sekolah bersempena dengan harijadi ke 6 baru-baru ini. Sesiapa nak mencuba, resepinya di bawah :-
CHOCOLATE MUFFIN
Sumber : Chef Hanielieza
BAHAN A
1 cawan butter (dicairkan)
2 cawan susu segar
2 biji telur (dipukul sedikit)
1 st essen vanilla
BAHAN B
3 cawan tepung
1/2 cawan serbuk koko
2 st baking powder
1/2 st baking soda
2 cawan gula perang
Coklat cip secukupnya
CARA MENGADUN
1. Masukkan BAHAN A kedalam mangkuk dan kacau sebati
2. Campurkan BAHAN A kedalam BAHAN B dan kacau sebati
3. Tabur coklat cip
4. Tuangkan ke dalam mangkuk mafin dan bakar sehingga masak
mudahkan... selamat mencuba
MUAZ 6 TAHUN
Selamat hari lahir anakku. Kepada yang maha Esa, ibu panjatkan doa-doa yang terbaik untukmu.
Muaz potong kek Pooh Bear... "this is not my cake.. this one is Kak Ezzah's"... kata Muaz
Monday, March 7, 2011
KELAHIRAN DINANTI
Tepat jam 4:36 pm, Ahad seiringan laungan azan Asar di surau Pusat Perubatan Universiti Malaya, lahir seorang bayi lelaki yang kulitnya putih mulus dengan pipi yang merah. Wajahnya mirip bayi berbangsa korea ataupun Jepun. "Peluklah anak awak" bisik doktor penyambut kelahiran yang namanya sama dengan nama saya. Anak itu saya namakan Abdul Muaz bersempena nama sahabat nabi junjungan kita, Muhammad. Hari ini, Ahad, 6hb Mac 2011 Muaz berganjak ke usia 6 tahun.
Tahun ini tahun terakhir meraikan birthday di tadika, jadi nak buat "extra" sikitlah. Dari hari Jumaat, sudah sibuk menyediakan goodies untuk party harijadi Muaz di rumah dan di sekolah. Semua disediakan sendiri, bag, chocolate lollipops dan muffin hinggalah ke birthday cake. Walau tak secantik mana, tapi puas.
Tekun
Proses terakhir
Hasil, Goodies for schoolmates
Tahun ini tahun terakhir meraikan birthday di tadika, jadi nak buat "extra" sikitlah. Dari hari Jumaat, sudah sibuk menyediakan goodies untuk party harijadi Muaz di rumah dan di sekolah. Semua disediakan sendiri, bag, chocolate lollipops dan muffin hinggalah ke birthday cake. Walau tak secantik mana, tapi puas.
Tekun
Proses terakhir
Hasil, Goodies for schoolmates
Subscribe to:
Posts (Atom)