Assalamualaikum. Minggu ini minggu cuti sekolah, minggu cuti DLO juga. Tempahan ditutup buat sementara... seminggu je.. lepas ni niaga balik. Cuti di pulau memang dirancang dari bulan januari lagi. Mulanya rasa takut lantaran tsunami dan gempa bumi di Jepun baru sehari berlalu. Cepat menghubungi Jabatan Meteorologi yang memberi maklumat mengenai tsunami dan ramalan cuaca meyakinkan kami untuk meneruskan perjalanan. Perjalanan dimulakan dari Sg. Buluh ke Kepong untuk berkumpul dengan famili kakak yang turut sama bercuti ke pulau. Bismillahirahmanirrahim dan doa memulakan perjalanan... kami bertolak ke terengganu jam 11:45 pm.
Bismillahirahmanirrahim... mula perjalanan
Jam 7:15 pagi kami tiba di jeti Merang, Terengganu. Cuaca baik. Laporan Jabatan Meteorologi selepas dihubungi mengatakan ombak setinggi 4-5 meter di perairan Kelantan dan Terengganu dan berbahaya kepada bot-bot kecil. Kecut jugak perut. Tawakkal kami menaiki bot.
Di jeti Kuala Merang, Terengganu, menunggu bot yang membawa kami ke destinasi percutian...
Hah!! Bot berayun ke kiri ke kanan... melambung ke atas dan terhempas semula ke bawah. Ombak memang tinggi. Betul laporan Jabatan kajicuaca. Masing-masing muka pucat, mabuk, pening... muaz muntah. Perjalanan agak menakutkan.
Muaz dan Dzulfiqar mabuk laut
Lebih kurang jam 11:15 am bot selamat berlabuh di jeti Laguna Beach Resort, Redang.. tempat kami menghabiskan cuti 3 hari 2. Alhamdulillah. Tempatnya indah, airnya bersih, makanannya pelbagai dan sedap belaka, snorkeling di marine park cukup menarik dan melihat ikan dan hidupan laut di laut lepas pengalaman yang sukar dilupa.
Free promo... aku dapat apa weh!..
Berehat sebaik turun dari bot
Muaz yang peramah terus dapat kawan baru... dapat main game kat Ipad akak tu lagi...
Terus ke beach yang pasirnya memutih, airnya membiru.. tak penat ke korang?
hampir senja...
main ombak setinggi berdiri... Hawaii Five O laaa..
Dzulfiqar dimakan ombak
Sape paling kuat kuakan tangan
Muaz berani kat sini je...
Meniru akak yang kat sebelah tu...
membina istana pasir kononnya... akhirnya semua dicampak masuk laut..
Antara makanan yang dihidang... free promo lagi.... kambing, sotong bakar, ayam panggang, nasik dagang, nasik lemak, nasik minyak, spaghetti, tu tak termasuk kek, kuih, segala macam roti... aaaaa... macam-macam ada...
Hari terakhir... selamat tinggal Redang Island... nanti kita datang lagi...
Oh ya... atas sebab2 tertentu gambar-gambar snokelling tak dapat disiarkan... harap maaf.. kehkeh..
No comments:
Post a Comment