Salam Aidilfitri
Apa yang saya harapkan di Aidilfitri yang penuh dengan kemuliaan ini ialah ikatan ukhuwah sesama kita dapat dipereratkan. Bukan setakat saudara-mara, harapan ini juga harap dapat dipanjangkan dikalangan handai taulan.
Adakalanya, walau macamana kita berusaha untuk terus menghidupkan silaturrahim, ada di kalangan sahabat kita yang seperti berat untuk bersama. Untuk sahabat seperti ini, doa saja dipanjatkan ke hadrat Allah swt agar dia berubah menjadi insan yang lebih peka kepada perasaan orang lain dan menjaga perhubungan sesama insan.
Bak kata blogger Mazidul Akmal Sidik "Anggap mereka yang tidak menghargai kita sebagai satu entiti yang terlalu kecil untuk kita fikirkan. Lebih baik fikirkan mereka dikeliling kita yang lebih menghargai. Tiadanya dia tidak merosakkan kita".

Manusia itu unik, susah untuk memahami apa lagi memuaskan hati semua.
Apapun, kek kat bawah ni sedap...(angkat bakul)..ececece...
Kek orange berkeju dengan sos caramel butterscotch
Mood hari raya memang tak datang tahun ni. Apa sebab roh hariraya tidak datang menjenguk saya? Walau sibuk membuat persiapan, ianya tetap tak bangkit.
gambar google. Mungkin takdenya ketupat, kurangnya mood nak raya
Kek span oren ni saya bakar pada hari raya ke 6. Tersadai dalam petiais sehari dua. Kemudiannya terfikir untuk melapiskannya dengan cheese lebihan red velvet yang saya buat pada Syawal pertama.
Untuk tambah rasanya lebih baik dicurahkan sos caramel butterscotch.
Campuran 1 cawan gula perang, 2 sudu besar butter, lebih kurang 1 cawan susu cair (lebih sedap guna whipping cream) dan dimasak dengan api perlahan sehingga agak pekat.. sangat sedap. Boleh disimpan dan dijadikan inti coklat (alahai bila la nak buat coklat pulak..kan)

ambil gambar tak de nak pakai props cantik-cantik bagai.. capai apa yang dapat je.. Snap je, hak yang slice tu terus disambar orang...
makanlah.. buat pun untuk makan bukan untuk disimpan..
Resepi kek span oren
130g tepung kek
130g gula kastor
5 biji telur
15g pemantap kek
40ml air dicampur dengan 1st orange emulco atau sunquick pun boleh
80ml minyak atau marjerin cair
1 st baking powder
Rasa masam oren, lemak cheese dan manis bersusu caramel ditambah dengan chocolate chip dan hirisan badam, sangat ngam...
Cara mengadun
1. Satukan tepung kek, gula kastor, telur dan pemantap cake dalam mangkuk adunan dan pukul sehingga kembang (lebih kurang 5 minit)
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air yang dicampur dengan orange emulco, pukul lagi sehingga adunan menjadi ringan (5 minit juga)
3. Tuang minyak atau marjerin cair ke dalam adunan dan dikaup balik sehingga sebati
4. Tuang dalam tin pembakar dan bakar sehingga masak
5. Setelah masak telangkupkan kek atas redai selama 5 minit untuk mengelakkan kek tenggelam di bahagian tengah
Lepas tu potong dua kek oren tu dan lapiskan la dengan cheese, tabur chocolate chip dan badam, letakkan sos caramel dan tutup dengan kek dan salutlah dengan cheese dan hiaslah sesuka hati.
Masam, lemak manis rasanya... Sedap..
Semoga berjumpa lagi...!!

No comments:
Post a Comment