Tuesday, August 13, 2013

SELAMAT BERTUNANG IWAN & SUZIE

Salam Aidilfitri

Allah! Allah! Allah!... dekat sebulan dah tak bukak rumah ni.  Masih bersih nampaknya.. hahaha..

Ke Sungai Petani, anak buah bertunang.  Bertolak pada pagi Aidilfitri ke 4, segalanya lancar.  Balik ke rumah pada tengahari Aidilfitri ke 5, masyaAllah... jem... syukur kampong hanya sepelaung dari Kuala Lumpur.  Patutlah negeri tumpah darahku ni penuh, berbondong-bondong warga kampong berhijrah ke Kuala Lumpur.. hish!..

Tak de kampong pun tak pe lah kalau 10 jam di lebuh raya.  Sekian..


Kelopak mawar ditabur-tabur
Sirih junjung berhias pinang
Tadahkan tangan tanda bersyukur
Iwan dan Suzie selamat bertunang

cewah!

Sebahagian sedara mara bertemu di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, lokasi penginapan.  

DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pun ada.  Patut ada red carpet.

 Kalau gabra boleh kunyah itu sireh..

Pesta mi segera sebelum ke lokasi majlis.  Lapo!!!.. Keriuk keriuk perut..kehkeh..

 Beratur... senyum... snap!

Hantaran orang Kedah, hanya manisan.  Hat yang ni dari Iwan untuk Suzie

Yang ni hat Suzie untuk Iwan

 Majlis rundingan berlangsung.  "Mahainya hantaran anak dagha Kedah no.." Dah suka angguk jek laaa..haha..

Bakal mak mertua sarung cincin kat bakal anak menantu.  Relax sis..

Selamat bertunang la hampa berdua noo..


Macam biasa.. lepas tu gambar-gambar.  Gambar I tak de..


 Pengalaman mengharung jem 10 jam perjalanan balik ke negeri tercinta Selangor Darul Ehsan.  Anak-anak buah, cucunda-cucunda,  sila cari orang Selangor jati ye. 

Dari Siang... hingga ke.... 


Malam... tak sampai-sampai lagi.. Kemungkinan boleh nampak meteor shower malam neh.  Kawasan lapang dan cerah.

Lepas ni tunggu yang ni pulak... bila gak ah?

Cikgu Azura yang comel lagi baik hati.  Lahir dari hasil kasih sayang insan dari bangsa Melayu dan Cina...hehehe... jangan marah...

3 comments:

  1. dlm byk2 gambar.. pic yg part makan mee segera tu yg menggugat keimanan.. hewhewhew :)

    ReplyDelete
  2. membe2 yg tgk blog ni pic makan megi paling rare....

    ReplyDelete