Assalamualaikum sahabat.
Tak lama lagi kita bakal menyambut bulan mulia, bulan Ramadhan, bulan seribu rahmah. Kita juga baru saja melalui malam Nisfu Sya'aban, malam diangkat segala amalan kita. Namun, bukan pada malam itu sahaja amalan diangkat, tetapi setiap hari iaitu pada waktu Subuh dan Asar juga setiap minggu iaitu Isnin dan Khamis. Menurut ustaz, ada hadis sahih mengenai ini.
Semoga kita semua istiqomah mencari yang terbaik untuk kehidupan kita di dunia ini dan juga di akhirat.
Minggu ini juga minggu terakhir anak-anak bercuti sekolah. Mak abah zaman ini ramai yang prihatin. Mengatur bermacam-macam aktiviti untuk mengisi masa anak sepanjang cuti sekolah. Apapun apa yang diatur emestinya untuk kebaikan anak-anak kita. Berjalan sudah, beraktiviti sudah, balik kampung sudah, sekarang anak-anak perlulah fokus pada pembelajaran bagi setengah tahun lagi ini.
Berjubah di hari terakhir Klinik Hafazan Al-Bahgdadi. Harap lepas ni lebih mudah menghafaz mengikut kaedah yang dah diajar, in sha Allah.
Saya juga ambil kesempatan cuti sekolah untuk buat perjumpaan keluarga. Kan keluarga kami memang suka makan-makan. Kali ni untuk Birthday Bash May kami buat BBQ potluck. Lokasi kami ubah dari beranda depan ke bahagian belakang rumah. Lebih tenang, lebih banyak angin dan lebih luas.
Pagi-pagi precious kakak nombor 5 dah ke Pasar Borong Selayang beli segala seafood yang kami dah bincang. Saya dan sepupu di rumah sudah siap sedia dengan bahan perapan.
Bahan perapan udang mudah saja. Kami tak de resepi tertentu. Semua resepi campak-campak. Cuma letak serbuk kari, halia sikit, serai sikit, gula sikit, serbuk cili sikit, bawang merah dan bawang putih, blend dan perap.
Sotong kami tak letak serbuk kari, lain-lain bahan sama seperti perapan udang.
Ayam kami sudah sediakan awal sebab nak perap lebih lama. Bahan-bahan perapan ayam pun tak de resepi tertentu, cuma bawang merah, bawang putih, serbuk cili, perahan lemon, gula sikit, letak serai banyak-banyak, halia, lepas tu perap semalaman.
Ini pula kambing. Saya suka kambing panggang. Jadi portion ni saya sponsor. Saya cuma blend serai, minyak jagung, bawang merah, bawah putih, gula perang kemudian blend kering lada hitam banyak-banyak, campurkan semua dan kemudian letak rosemarry kering. Campur semua bahan dan sapu atas lamb dan perap. Biar bahan meresap dalam daging kambing dalam satu ke dua jam, dah tu masuk dalam bekas tutup, simpan dalam peti ais.
Sebagai pelengkap kambing, kami sediakan mash potato dan brown sause. Mash potato saya rebus sampai empuk. Lenyek-lenyek kan sampai hancur sepenuhnya, kemudian campurkan sedikit butter, serbuk lada hitam. Campurkan semua, akhir sekali masukkan susu sedikit demi sedikit sampai mash potato jadi smooth.
Untuk brown sause, ni resepi kawan-kawan chef. Panaskan lebih kurang 2 sudu butter, dan masukkan bawang holland yang dicincang. Biarkan layu dan dimasukkan lebihkurang 2 sudu besar tepung gandum. Goreng sampai tepung jadi perang. Dah tu masukkan pulak stok ayam atau 2 cawan air dicampur dengan kiub ayam. Biarkan mendidih dan campurkan lada hitam yang diblend halus. Masukkan sos tiram sikit, kicap sikit untuk jadikan warna dia gelap sikit. Tapi saya tak nak dia hitam sangat, jadi saya tak masukkan kicap. Masak sampai kekepekatan yang kita nak.
Kambing bakar, campur kentang lenyek, campur salad campur udang tercucuk lidi 2 ekor.
Sebagai pelengkap kambing, kami sediakan mash potato dan brown sause. Mash potato saya rebus sampai empuk. Lenyek-lenyek kan sampai hancur sepenuhnya, kemudian campurkan sedikit butter, serbuk lada hitam. Campurkan semua, akhir sekali masukkan susu sedikit demi sedikit sampai mash potato jadi smooth.
Untuk brown sause, ni resepi kawan-kawan chef. Panaskan lebih kurang 2 sudu butter, dan masukkan bawang holland yang dicincang. Biarkan layu dan dimasukkan lebihkurang 2 sudu besar tepung gandum. Goreng sampai tepung jadi perang. Dah tu masukkan pulak stok ayam atau 2 cawan air dicampur dengan kiub ayam. Biarkan mendidih dan campurkan lada hitam yang diblend halus. Masukkan sos tiram sikit, kicap sikit untuk jadikan warna dia gelap sikit. Tapi saya tak nak dia hitam sangat, jadi saya tak masukkan kicap. Masak sampai kekepekatan yang kita nak.
Kambing bakar, campur kentang lenyek, campur salad campur udang tercucuk lidi 2 ekor.
Rumah kami tak de tempat membakar, jenuh la memikir macam mana nak buat tempat membakar ini. Lepas ni nak minta tolong Haris buat tempat BBQ kat belakang ni. Bolehlah bakar ikan atau sate ke lepas ni. Babah dok mikir macamana nak buat tempat bakar.
Alhamdulillah, belakang rumah luas. Orang lain sibuk kat dapur, Makyong ambil kesempatan rehat jap main-main bola ngan Firhan. Seronok bersantai di belakang rumah.
Permintaan Precious Emak, ikan bakar. Kami cuma letak serbuk cili dicampur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Lumur semua atas ikan dan balut dengan daun pisang. Siap.
Saya amat berharap dan berdoa supaya ikatan kami adik-beradik sentiasa rapat dan harmoni bukan setakat masa emak masih ada tetapi sehingga bila-bila. Angah (kakak no 2), seperti biasa tetap tidak dapat menghadirkan diri bila kami buat makan-makan. Teringin nak jumpa cucu-cucu saya Mira, Kila, Adam dan Alisya. Abang no 3 juga tak dapat datang. Tak de lah rezeki nak jumpa dengan anak-anak buah Alif dan isteri, Mirol dan adik bongsunya.
Kalau dulu, masa arwah Wan masih ada, dialah yang akan sibuk setiap kali buat kenduri. Sekarang, rumah ni dah jarang mengadakan kenduri gotong royong. Kalau ada pun semuanya pakai katering. Kadang rindu suasana sibuk kenduri gotong royong ni.
Hari ni, wan dah tak de dan emak pulak dah tak mampu nak buat kerja masak memasak. BBQ ni pun dia takut nak melangkah longkang di belakang rumah. Jadi dia duduk di dapur je sambil mulutnya becok bercakap macam-macam.
Masing-masing sibuk bergadget, sibuk berselfie. Generasi Y memang punya personaliti berbeza dengan Gen X seperti saya. Apa yang penting budaya hormat menghormati, faham memahami patut terus dipraktiskan.
Saya juga berdoa, agar kerjasama seperti ini terus dapat dipupuk di kalangan anak-anak nanti.
Inilah barisan kelahiran bulan May dan June. Kak Hana ibu BFF Muaz juga ada sama menyambut. Happy Birthday Kak Hana.
Famili Kak Hana
Sangat berselera makan di taman belakang rumah Emak. Saya juga berharap segala anugerah Ilahi yang kami kecapi pada hari ini kekal sehingga ke anak cucu nanti.
Si bulu menumpang rezeki di sini. Kekenyangan.
Sampai di sini dulu.
Saya ingin berkongsi kata-kata hikmah dalam ceramah Ustazah Norhafizah, kata-kata yang sangat indah.
"Jika semua yang kita kehendaki terus kita miliki, lalu dari mana kita belajar ikhlas.
Jika semua yang kita impikan segera terujud, lalu dari mana kita belajar sabar.
Jika setiap doa kita terus dikabulkan, lalu bagaimana kita dapat belajar ikhtiar"
Marilah kita bersedia untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba. Penuhkan dada dengan ilmu supaya Ramadhan tidak berlalu sia-sia.
Wassalam dan jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment