Assalamualaikum
Beberapa minggu lagi kita akan melangkah ke tahun baru, tahun 2015, meninggalkan 2014 dengan pelbagai kenangan pahit manis, suka dan duka.
Yang manis kita pahatkan dalam kenangan, dan yang pahit jadikan sempadan semoga menjadi panduan di masa hadapan.
Sepanjang hampir 6 bulan tidak membuat apa-apa update dalam diari Sekadar Coretan Buat Kenangan ini, saya coretkan beberapa kenangan indah dalam keluarga Osman.
MAHLIGAI CINTA IWAN & SUZIE
Bunga pahar yang kami bawa dari Selangor ke Kedah sebagai iringan
Harum sungguh wangian rampai
Perkahwinan Iwan dan Suzie sudahpun sampai
Bulan Oktober termetri satu ikatan yang lama ditunggu keluarga kami. Anak buah lelaki sulong diijabkabul. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Pernikahan di Sungai Petani 24/10/2014 Malam 1 Muharram 1436H. Semoga kekal hingga ke akhirnya
Makcik-makcik (kamii le tuu)..dan adik pengantin, si minah engine
Baju pengantin cantik kan.. kalau minat
GROOM & BRIDE BY ARMA ABD RAHMAN WEDDING COUTURE
Sila hubungi 03-8999 4729 (boutique) , 017-3288893 (syenell)
Gambar cantik dibidik oleh Angah, Heri Besi.. kalau minat nak abadikan gambar cantik di hari bahagia, bolehla kontek angah di facebook beliau. Saya juga pernah berikan nombor talipon semasa update diari ini perkahwinan anak buah yang lepas.
Cantik menawan pengantin perempuan. Abang bambam bawak kamera tu la si pembidik gambar, Mohd Haire Zainal ataupun Heri Besi. Nota :- gambar ini dibidik oleh saya pakai kamera fon je..
Gagah bergaya si pengantin lelaki
Osmanian muda. Pakcik dan anak-anak buah.
7 Nov 2014, Resepsi di sebelah kami pula
7 Nov 2014, Resepsi di sebelah kami pula
Pengapit dua dua masih solo, tapi pengapit perempuan dah ada yang cop.. pengapit pengantin lelaki masih trang tang tang...
Telur tetap menjadi pilihan sebagai simbul kesuburan. Osmanian DIY membuatnya
Siap sedia My Precious jadi 'pengiring pengantin'.
Pelamin cantik tajaan boss Suzie. Terimakasih boss.
Pembidik foto nombor satu, Heri Besi, gambar terbaik!
Inilah kami... The Osmanian...
HADIAH TERINDAH 1ST WEDDING ANIVERSARY
AFIQ & SYAKILA
HADIAH TERINDAH 1ST WEDDING ANIVERSARY
AFIQ & SYAKILA
Kenduri Aqiqah cukur jambul Ariq, Osmanian termuda
Si bunga telur
Bidadari... nenek dan ibu
Kepala Ariq memang dah dicukur awal oleh atok Zulhaidi..
Tunggangan Ariq.. sedapnya laaaa
Famili Ariq belah ibu
Famili Ariq belah abah, the uwannssss... hehe
Baiklah, sampai di sini dulu. Saya ingin mengucapkan Selamat
Menyambut Tahun baru 2015, semoga tahun ini membawa lebih kebahagian kepada kita.
Tetapkan azam, teruskan usaha, istiqomah dan berdoa. Semoga usaha kita menemui kejayaan dunia dan akhirat.
Jumpa lagi pada tahun depan sekiranya masih dikurniakan rezeki kesihatan dan umur oleh Yang Esa.
Fantastico,gambar yg menarik dan kata kata yg mesra alam,congrat semoga kita sentiasa bersatu
ReplyDelete