Tuesday, January 6, 2015

AKHIR 2014 AWALNYA 2015

Assalamualaikum

Saat saya menulis ini, tangan bermain di keyboard tetapi telinga mendengar kuliah Ustazah Norhafizah, tajuknya Sentiasa Untung.

Takde siapa mahukan kerugiankan, semuanya inginkan keuntungan.  Antara ciri orang yang sentiasa untung ialah orang yang menginfakkan hartanya kepada jalan Allah.  

Disaat negara ditimpa bencana banjir besar yang melanda kebanyakkan negeri, inilah masanya, kalau tidak mampu dengan harta, kita bantu dengan kederat, kalau kederat tiada kemampuan, kita bantulah dengan doa.  Mari sahabat infakkan yang mampu, tolong yang boleh dan panjatkan doa sebanyak-banyaknya kepada saudara kita yang ditimpa bencana.

Didalam suasana pilu dan suram menyelubungi negara, rasa berat untuk upload gambar-gambar ini. Tapi di sinilah diari saya, mengabadikan kenangan bersama keluarga.

Akhir Disember, 28hb kami ke sini.  Meraikan emak.  Meraikan harijadi anakbuah. Dah ramai yang bercerita mengenai sedapnya makan di sini dan murahnya makanannya.  So, saya tak mahu bercerita pasal restoren popular ini.  


Keluarga kami sudah mula membesar.  Anak-anak dah mula mendirikan rumahtangga.  Tak lama lagi cucu-cucu kami pula akan berlari ke sana-sini memeriahkan suasana.  Kami juga sudah berensot umur matang, precious emak sudah terlalu lanjut usianya.  Inilah permintaannya, berkumpul makan bersama.


Walaupun keluarga Angah (kakak), dan keluarga Culit (abang) tidak dapat datang, precious emak senyum hingga ke telinga.  Gembira sangat nampaknya.  Alhamdulillah.



Kami tempah lima meja untuk 'cater' 20 orang ahli keluarga. Setiap meja dihidangkan makanan ini dan lauk-pauk yang lain, tomyam, ikan kerapu tiga rasa, ikan stim limau, ikan stim halia.  Alhamdulillah, cukup rasa, cukup sedap dan cukup untuk semua orang makan puas.


Along sangat suka ketam. So ketam sweet and sour, sweetnya berkakakkan Along yang bertungkus lumus menolong arwah Abah membesarkan kami.  Sournya kehidupan along sebab mengorbankan waktu remajanya untuk kami.  Terimakasih along.



Tinggal hampas, tapi memori bersama bersenda gurau, gelak ketawa di sini tetap 'juicy' sehingga bila-bila.



Lihat, senyum precious emak.  Semoga emak terus berbahagia hingga ke akhir hayat, in sha Allah.



Birthday Zulfiqar jatuh pada 31hb Disember.  Genap 17 tahun. 



Kalau nampak dari gambar, macam mengada-ngada.  Biar mengada-ngada asal kemesraan itu kekal menjadi pengikat kasih-sayang kamu berdua.

Sehingga ke lain kali, wassalam.










No comments:

Post a Comment