Tuesday, December 8, 2015

CATATAN AKHIR TAHUN


Assalamualaikum.

Seingat saya, kali terakhir saya menulis di blog ini adalah pada Januari 2015.  Sekarang bulan Disember 2015.  Maknanya hampir setahun saya tidak mencoret kenangan dalam blog ini.

Kalau nak dikatakan tiada peristiwa, berbagai peristiwa berlaku dalam keluarga ini.  Terbaru kami kehilangan pakcik paling bongsu. Al-fatihah untuk arwah Pak Cu Hamid bin Kasad, adik kepada arwah abah kami.


Mengambil peluang cuti sekolah akhir tahun, kami berhasrat membawa emak dan along berjalan di negeri Melaka yang penuh nostalgia pada emak, pada along pula memori zaman kanak-kanaknya.

Ditakdirkan pada hari kami hendak bertolak emak tidak sihat, diarrhoea.  Kalau ada rezeki dan izin Allah, kami akan bawa emak ke Port Dickson, satu lagi lokasi yang banyak kenangan emak dan along.



Kami bertolak ke Melaka lebih kurang jam 3:00 petang memberi masa untuk emak pulih.  Walaupun emak beransur sihat,  emak tak confident, takut sakit di tengah jalan.  

Sedihnya orang yang kita nak bawa tak dapat pergi. Dengan izin dan lepas bersalam dengan emak, kami bertolak.



Kami sampai lebih kurang jam 5:30 petang.


Sementara tunggu Uteh dan keluarga Andak sampai, kita main chess dulu.  Uteh dan Andak sampai lambat sebab tunggu Uteh habis kerja jam 6:00 petang.  Laparnya tak boleh nak kata.  Tapi sebab nak jugak makan malam sama-sama, pulunlah apa yang ada dulu.


 Tempat ini sangat popular, kalau google tempat makanan menarik di Melaka, ramai yang rekomen restoran Asam Pedas Claypot Jalan Kota Laksamana ini.

Macam-macam asam pedas ada di sini. Asam pedas daging tetel, asam pedas ikan pari, ikan jenahak dan ikan kembong. Harga pakej untuk asam pedas dan nasi lebih kurang RM10.00 tidak termasuk air.  Sambil makan sambil teringat kat emak dan along... huk!huk!huk!

Nak kata sedap sangat asam pedasnya, kalau ikut tekak saya, saya cuma bagi rating ** 2 star saja.  Mungkin orang lain punya pendapat yang berbeza sebab manusia ni kan unik. Lain orang lain citarasa.


Memang ramai yang makan di sini. Penuh semua meja.  Yang lambat kena berdiri menunggu.

Lepas makan kami terus balik ke bilik dan tidur.. sebab dah hampir 1 pagi. Habis dah malam pertama. Tak sempat jalan-jalan Jonker Street atau tengok lampu di Kg Morten.


Jam 7:00 pagi kami dah bangun.  Pagong and the gang nak breakfast di hotel.  Saya, Uteh dan Andak pilih nak makan di sini.  

Roti Canai Kayu Arang di Bachang. 

Saya pernah tinggal di Bachang selama 3 tahun.  Yang pernah belajar di ITM Melaka sekitar tahun 80an tahu lah dulu ada kampus dan hostel ITM di Bachang ini.  ITM atau sekarang UITM sudah berpindah ke kampus Lendu.  Masa saya belajar di sini, sempatlah didenda tanam rumput di Kampus Lendu yang masa tu baru pecah tanah kerana ponteng ko kurikulum KESATRIA. 

Apapun semuanya dah berubah.  Melaka dah jadi bandaraya.  Sangat membangun. 


Istimewanya di sini roti-rotinya dibakar menggunakan kayu arang.  Erti kata lain ianya dipanggang.  Hasilnya, roti ada bau asap kayu sikit.. garing, lembut dan sedap.


Selain roti ada mee rebus, nasi lemak, kuih muih.. nampak sedap.


Saya makan roti sardin.  Memang kegemaran sejak azali. Esok nak try nasi lemak pulak.

 Ada banyak lagi gerai di sini; yang menjual sate (orang Melaka makan sate pagi-pagi ye), dan gerai ayam goreng Uncle Bob.  Uteh dan Andak siap shopping tudung lagi.  Sambil makan sekali lagi teringat emak dan along.. huk!huk!huk!


Petangnya dari hotel kami berkereta ke Dataran Pahlawan.  Rupanya dekat sangat kalau berjalan kaki dari hotel ke sini. Boy nak visit tinggalan kota lama A-Famosa.  Banyak soalan tak berjawab sebab ibu banyak lupa sejarah Melaka. Alahai :(. 


 Port popular orang ambil gambar..



Masa zaman di ITM Melaka, inilah tempat yang saya dan BFF panjat, lepak sambil chit chat, gelak-gelak melepaskan kepenatan sebab dari Bachang jalan kaki ke Banda Hilir dan jalan kaki balik ke Bachang semula. Muda belia tenaga banyak. 

Makan yong tau fu sup di tepi padang Pahlawan. Cendol sedap di sini, masih ada di tepi jam besar.  First time tengok orang makan nasi lemak waktu malam pun di Melaka juga.  Sekarang kat mana-manapun orang makan nasi lemak waktu malam.


Ini rasanya tangga nak ke loceng gereja.  Tak de penerangan pun, so susahlah nak explain kat budak yang banyak tanya ni.


Jalan-jalanpun boleh merapatkan silaturrahim.  

Semua yg senior takde stamina nak berjalan lagi. Balik bilik lah jawabnya.  Budak-budak nak sambung mandi pool.  Emak-emak boleh tidur.  Malam- malam basuh baju di self laundry room dan boleh bawak balik baju bersih.

Diskus makan malam, ramai yang nak makan seafood jadi google la restoran seafood.  Selalunya makan di Umbai, kali ni nak try tempat lain.  Kami jumpa restoran di bawah.  Review dari orang ramai, bagus.


Kalau nak makan di sini, dinasihatkan call dulu untuk book meja.  Book meja saja sebab restoran tak terima booking makanan sekali.

012-636 2339

Km 4-5, Jalan Padang Temu, Permatang Pasir, 75460 Melaka




Inilah sebabnya kena booking meja.  Ramai dan panjang menunggu meja kosong.  Hakikatnya walaupun GST, semua harga barang naik dan segala-galanya naik, rakyat Malaysia masih mampu berbelanja besar hanya untuk makan.  Alhamdulillah.  Mungkin sama seperti kami juga makan besar sekali sekala.


Pukul 11:00 malam dah habis semuanya.  Langsai.


Kesian anak buah saya yang istimewa bernama Ezzah tu sakit gigi.


Ini je gambar yang sempat diambil. Kami sampai agak lewat jadi semua orang sudah lapar. Sampai je terus ikan, sotong, udang, kepah kena terkam. Tak sempat snap gambar.  Bila makan teringat lagi kat mak dan along.  Huk!huk!huk!

Makanan kat sini boleh tahan sedap dan harganyapun boleh tahan juga. Menu yang ada sama saja seperti di restoran makanan laut yang lain. 

Habis makan plan nak pergi Kg Morten atau naik cruise, tapi semua dah mengantuk. Balik bilik dan tidur.. Habis malam kedua.

Esoknya kami dah nak balik.  Jadi cruise dan Kg Mortem masuk balik dalam envelope untuk visit Melaka lain kali nanti.  

Pagong and the gang masih makan breakfast di hotel.  Kami makan di tempat semalam sebab Uteh dan Andak nak shopping tudung lagi.  Saya nak makan nasi lemak kerang.

Lepas breakfast, kami menyeberang jalan ke Mahkota Parade dan seterusnya ke Dataran Pahlawan sekali lagi.  Angah nak cari souvenir untuk kawan-kawan dia.  Check out time pukul 1:00 tenghari, jadi agak terkejar-kejar.

Destinasi selepas check out ialah Pantai Klebang.  Mak call minta beli asam pedas ikan pari dengan telur ikan, bungkus bawak balik.  Emak paling suka pergi Pantai Klebang dan Tanjung Keling.  

Padang pasir???


Dekat sini, ada tarikan terbaru.  Timbunan pasir yang saya rasa untuk tambak laut.  Kalau pandai snap gambar di sini, seperti kita berada di padang pasir.  Cuaca masa kami di sini, panas tapi disebabkan berangin agak kuat, tak terasa panasnya.


Best friend forever, boy dan pagong.  Pagong diertikan sebagai pakcik yang tahu segala hal seperti Profesor Serba Tahu.  Babah asyik tak de dalam gambar.


Tempatnya jauh ke dalam dan tidak nampak dari jalan besar Pantai Klebang.  Tapi landmarknya senang.  Di tempat yang sama ada Muzium Sub Marine dan Bustel (Bas yang dijadikan hotel).  Ada banyak gerai makanan di situ.


Betapa gembiranya mereka, Angah, Uteh dan Boy.  Kalau sekali tengok Angah macam berlari atas angin.


Bila pergi ke sini, boleh tengok macam-macam style pengunjung bergambar.  Antaranya macam mereka kat atas tu..


Bila datang ke sini tidak dapat tidak mesti kena coconut shake original Klebang. Tapi itulah yang tak dapat kami makan. Masuk envelope untuk visit akan datang, in sha Allah.



Dah sampai kalau tak masuk muzium sub marine ni tak syokla kan. Berdua ni je yang masuk. Dalamnya sempit dan panas.  Tak bernapas masuk dalam tu.

Balik dari Pantai Klebang, kami singgah Pasar Masjid Tanah, cari gula kabung Melaka yang asli, gula melaka piyau kata orang Melaka. Dan belacan untuk Along.  Kalau nak cari gula Melaka original datang lah ke Pasar Basah Masjid Tanah. 


Seketul besar ni cuma RM5.00.  Balik bakar siap-siap dan masuk dalam bekas. Nak guna ambil je.


Inilah dia Pasar Masjid Tanah.  Kedudukannya di tengah-tengah kawasan perumahan.  Kalau ke situ bolehlah guna GPS atau tanya orang tempatan.  Tak susah mencarinya.

Sebelum masuk ke lebuhraya singgah pula di Simpang Ampat utk makan tengahari, makan petang sebenarnya sebab memang dah petang sangat. Kat situ boleh beli dodol cair panas yang lazat. Satu bekas rm12.00. Selalu dulu-dulu mak dan nenek kita kacau dodol masa nak raya, dodol cair ni selalu jadi rebutan. Sedap sangat.

Oklah sampai sini dulu. 

Dalam kehidupan ini cubalah sebaik mungkin menjadi insan yang memberi kebaikan kepada orang lain. Janganlah jadi seperti ulat perosak yang merosakkan yang lain demi kepentingan diri sendiri.

Hukum alam.. yang lemah menjadi mangsa yang kuat.. wallahualam.

Jumpa lagi, in sha Allah.








2 comments:

  1. Zana....lama tak 'ketemu' :). Makcik baru 2x sampai melaka, sempat naik cruise & jln sekejap jonker st...tu saja...

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah McK.. Rindunya saya ngan McK.. Lama tak update sebab lupa password. Dah tua kan... haha.. Nanti bole dtg Melaka lagi.. banyak benda boleh buat kat Melaka Raya tuu..

    ReplyDelete