Tuesday, May 17, 2016

MARHABAN, AQIQAH, BERENDOI, POTONG JAMBUL DAHLIA

Assalamualaikum wbt

Lagi beberapa minggu Ramadan akan menjengah kita lagi. Semoga kita diberi rezeki untuk mengecapi keindahan bulan mulia ini sekali lagi.

Kamipun tidak ketinggalan juga mengadakan kenduri menyambut bulan keberkatan ini disamping tahlil untuk Osmanian yang telah pergi meninggalkan dunia ini.

Tak ketinggalan juga kenduri aqiqah dan potong jambul cucunda kami, Osmanian paling muda, Dahlia.


Sabtu, 14hb kami berkumpul adik beradik bergotong-royong membersihkan rumah dan membuat persiapan kenduri. 


Dulu kalau arwah uwan masih ada dan emak masih muda, diaoranglah juara memasak untuk kenduri-kendara macam ni. Sekarang takde lagi rewang, gotong royong memasak, makan berdulang, basuh pinggan mangkuk bersama-sama. Tak merasa dah. Sekarang order saja.


Semua tugas sudah dibahagi-bahagi. Ada yang membersihkan halaman, yang bertugas mengemas di dalam rumah dan ada yang bertugas memasak makan tengahari.

 Tengahari Sabtu kami makan hasil airtangan chef-chef Osmanian. Walaupun simple tapi berselera makan ramai-ramai di beranda rumah tua ini.


Hari kenduri, Ahad 15 Mei 2016, Dahlia sudah berusia 43 hari. Sehari lagi habis tempoh berpantang. Pagi Ahad kami adakan majlis marhaban, aqiqah dan berendoi Dahlia.


Dahlia bersama nenda dan mak saudara. Istimewanya baju "pengantin" dijahit sendiri ibu Dahlia menggunakan kain kapas yang tidak panas. Comel.



دَمًا وَأَمِيْطُوْا عَنْهُ اْلأَذَى
 Artinya :
"Setiap anak ada aqiqahnya, sembelihlah aqiqah untuknya dan buang kotoran darinya" (HR. Bukhari : 5471)


Marhaban Ya Nurol 'Aini
Marhaban Marhaban
Marhaban Jaddal Husaini
Marhaban Marhaban



Bila dengar Syair Siti Fatimah, sayu rasa hati. 

"Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tiada terperi
Bapamu pun turun berlari-lari
Memanggil bidan bawa ke mari

Bidanpun datang tiadalah lambat
Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidanpun naik bertempuh rapat

Sakit ibumu tiada terkira
Berhimpunlah sanak saudara
Sangatlah ramai tiada terkira
Sekeliannya itu duduk berjaga

Perutnya sakit bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruh langkah
Dipintanya ampun barang yang salah"


Dengarlah anak yang berbahagia
Sampai umurmu muda belia
Baik tingkah kelakuan kaya
Dipuji orang akannya kita

Kepada ibubapa jangan dilawan
Sangay dimurka olehNya Tuhan
Ke dalam neraka dimasukkan
Azabnya tidak terperikan



Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com



"Barangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) kerana kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan sayu kambing" (HR Abu Dawud, Nasa'i, Ahmad).

Majlis kali ini kami putuskan untuk korban 2 ekor kambing. Seekor untuk jamuan marhaban dan seekor lagi untuk tahlil di sebelah petang. Alhamdulillah.


Kambing golek disupply oleh sahabat saya, semuanya sedap sehinggakan saladnya pun sangat sedap. Terimakasih Tok Empat Kampung Chempedak, Haji Taufik. Kalau teringin boleh email saya, saya beri konteknya.



Abah dan abang Dahlia, segak sangat dengan jubah putih.


Kenduri tahlil kali ini dipimpin imam muda. Masjid Assolahiyyah sekarang bertukar peneraju. Pemimpin muda kini mengambilalih.



Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Makanan pun mencukupi dan sedap-sedap belaka. Paling jadi tumpuan kambing golek la. Perapnya sedap, sos lada hitam dan sos cendawannya lazat, sampaikan saladnyanya pun nyum nyum.


"Anak-anak itu tergadai (tertahan) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nams" [HR Ahmad]

Emak kata rambut yang ada semasa lahir itu kotor, eloklah dibuang. Maka bercukurlah Dahlia oleh atoknya selepas majlis.


Oklah, cukuplah bercerita pasal cucunda Dahlia. Semoga segala nasihat dalan syair Siti Fatimah bukan saja sebagai dodoian kepada sikecil, tetapi pesanan dan panduannya lebih-lebih lagi kepada orang yang dewasa.

Jumpa lagi.

7 comments:

  1. COMELNYA BABY DAHLIA DIBELAI SYAIR SITI FATIMAH DALAM MAJLIS AQIQAH BERMARHABAN MERIAH...

    ReplyDelete
  2. Lena tido baby Dahlia bila diendoi dengan syair Siti Fatimah tu OZ..
    Memang dah tak ada kan kenduri macam dulu-dulu..
    Rewang sama-sama..

    ReplyDelete
  3. Meriah majlisnya. Yang penting sunnah dilakukan dan ukhwah dirapatkan...

    Membesarlah Dahlia sebagai Muslimah yang terpuji akhlaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
  4. Waah... kakak rindu majlis macam ini. Lama dah tak ada peluang
    Dulu kalau di kampung kakak macam inilah dibuat. Meriah, semua senyum seronok.

    Betul sebaiknya cukur rambut, timbang dan dinilai berapa lalu berikan kepada yg berhak.

    ReplyDelete
  5. Comel sangt dahlia....ank sedra pun ada nama dahlia...
    Sekrng mjlis semua pakai order je..dah takde gotong royong cam dulu2

    ReplyDelete
  6. Comel sangt dahlia....ank sedra pun ada nama dahlia...
    Sekrng mjlis semua pakai order je..dah takde gotong royong cam dulu2

    ReplyDelete