Thursday, June 2, 2016

CANDAT SOTONG DAN BIRTHDAY PALING BEST

Assalamualaikum wbt

Cuti sekolah sudah bermula. Nampaknya ramai berebut-rebut bawa keluarga bercuti pada minggu pertama cuti sekolah. Minggu kedua pula, Ramadan sudah bermula. Fokus pada ibadah pula.

Rabu  1/6 saya masih bercuti. Cumanya banyak tidur, cover balik tidur dan tenaga sekembali dari percutian keluarga ke Terengganu dan Kelantan. Kami bertolak pada malam 27/5 (Jumaat) dan balik 31/5 (Selasa). Kali ini kami bereksperien mengharung laut dan merasai ribut di lautan sehinggalah ke sempadan Siam kami berjalan.


Osmanian kali ini berpecah dua. Yang berkemampuan dari segi masa, ekonomi dan ingin pengalaman cuaca sejuk bercuti jauh ke luar negara.

Saya dan kakak-kakak memilih satu aktiviti lain dari biasa. Kami pergi mencandat sotong di Laut China Selatan. Kali pertama saya mencadat sotong di Tioman puluhan tahun dulu.Tengok siapa yang tahan dan mabuk dilambung ombak.





Setiba di Losong, Terengganu kami singgah dulu di homestay ini sementara menunggu masa untuk mencandat. Masing-masing nampak excited nak ke laut. Sebelum bertolak ke jeti ada kedengaran guruh di langit menjadikan hati sedikit cuak. Bimbang ribut.

Lepas Asar masing-masing menelan pil tahan muntah dan vertigo. Ada pil yang disediakan boatman. Tapi yang kat bawah ni saya beli di farmasi RM9.00


30 minit hingga 1 jam sebelum naik bot boleh ambil dah pil ni. Tapi kesannya berlainan antara satu sama lain.


Masjid Kristal dari kejauhan. Diambil dari jeti Losong. SubhanAllah. Cantik.



Bot hijau yang baru masuk ke muara tu ialah bot yang  bawa kami untuk mencandat. Bersih dan brother awak-awak yang ikut sama mencandatpun peramah belaka.



Bismillahirrohmanirrohim. Lepas baca doa menaiki kenderaan kami pun bertolak. Kami dibawa lebihkurang 10 hingga 12 kilometer ke tengah laut. Masa ni emak call kata berita tv melapurkan ribut di perairan pantai Kelantan dan Terengganu. Merbahaya pada bot-bot kecil. Cuak juga mendengarnya. 



Masa ni anak-anak buah dan kakak-kakak masih boleh tersenyum. Nyaman disapa angin dan seronok bila bot melambung tinggi bila melanggar ombak yang agak kuat.



Hero-hero Osmanian masih segar. Tunggu sekejap lagi. 


Kasihannya boy yang sangat excited bila tahu hendak mencandat sotong sakit perut tiga hari sebelum perjalanan dan dia masih sakit waktu menaiki bot.  Ubat yang diambil di Klinik Keluarga di Sungai Buluh dah hampir habis, tapi sakit Boy tak hilang. Boy tidur dari mula bertolak sampailah kami kembali semula ke jeti Losong.


Pengalaman solat jamak Maghrib dan Isya atas bot memang tak dapat dilupakan. Mata kena betul-betul fokus ke tempat sujud, kalau tidak, bergoyang pandangan dan pening pun akan sampai.

Lepas Maghrib, boatman yang sangat baik, Encik Rahman brief bagaimana menggunakan peralatan dan cara mencandat yang betul. Hari dah mula gelap dan air berarus deras. Susah sikit mencandat dalam keadaan macam ni. Apapun, kalau ada rezeki tak kemana kata Encik Rahman.



Sotong pertama yang berjaya saya naikkan. Lama juga baru dapat ni. Air deras susah sotong nak lekat. Geram sangat sebab kita boleh nampak sotong-sotong bermain di permukaan air tapi tak mahu makan umpan kita.



Nampak tu.. besar.



Ini yang berikutnya. Penat mencandat ni. 


Masa ni yang masih aktif mencadat cuma 3 orang. Pagong, suami saya dan saya sendiri. Yang lain terbaring flat sebab mabuk. Air laut sememangnya tidak tenang, beralun kuat semasa bot berhenti. 

Sedikit tips macamana saya boleh tahan dari merasa pening dan mual ialah mencari titik pandang yang jauh. Jangan pandang objek yang dekat macam lantai bot atau air laut yang dekat dengan kita. Jangan dekat dengan injin bot sebab asap dari injin tu pun boleh buat kita rasa mual.



Hasil mencandat malam tu kami berjaya menaikkan 12 kg sotong sebelum dinasihatkan balik oleh Encik Rahman kerana ribut semakin kuat, hujan lebat dan kilat sabung menyabung. 

Plan asalnya mencandat sampai pagi dan melihat matahari naik dari tengah laut. Tak kesampaian melihat kecantikan ciptaan Allah swt itu dan tak berpeluang naikkan lebih banyak sotong. Rahsia Ilahi, adalah hikmahnya kan.

Hasil tangkapan sedikit dimasak atas bot untuk makan malam. Sotong tu goreng kunyit je. Sedap dan manis. 

Jam 1.30 pagi kami selamat sampai semula ke Jeti Losong. Alhamdulillah.

Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Cuma kurang puas mencandat kerana terpaksa balik awal. Apapun syukur sebab dengar berita ada grup yang langsung tidak berpeluang mencandat kerana cuaca buruk.


Pagi esoknya 29hb Mei selepas breakfast kami meninggalkan Losong dan terus ke Kuala Terengganu. 

Semua tempat penginapan di Kuala Terengganu fully booked. Cuti sekolah. Alhamdulillah kami berjumpa dengan tempat ini.  Kami bermalam di Dara Inn sebelum ke Kelantan pulak keesokkan harinya.



Dara Inn terletak di Pantai Teluk Ketapang berhampiran airport. Selesa jugaklah berpatutan dengan harganya yang bajet.


Kami dapatkan juga rawatan untuk boy yang semakin kuat sakit perutnya. Doktor kata perut boy memang dah bergelora, naik pula bot dan laut pun bergelora, bertambah geloralah perut kawan.

Terimakasih Dr Azman yang merawat boy. Cajnya murah sahaja RM24 dan ubat berkesan untuk sakit perut boy. Alhamdulillah boy dah boleh enjoy holiday selepas itu.


Di sini sangat popular dengan ICTnya atau ikan celup tepung. 



Malam kami makan di Dara Inn sahaja. Sedap juga masakannya.



Kebetulan 30 Mei adalah harijadi saya. Seorang sahabat masa belajar di Itm Terengganu dan tinggal di KT menghantar brownies. Terimakasih Mek Ila.

Selepas ini kami ke Kelantan. Kakak-kakak nak shopping. Receptionist Dara Inn menyarankan kami ke Wakaf Che Yeh. Disebabkan kami tidak pernah ke Walaf Che Yeh berbanding Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor, kami sebulat suara ingin ke sana.


Kami sampai di Wakaf Che Yeh jam 6 petang. Kedai kebanyakkannya tutup dan banyak kanopi di luar kedai. Rupanya perniagaan hanya bermula selepas Maghrib.

Tidak seperti yang kami sangkakan, perniagaan di wakaf Che Yeh cumalah pasar malam yang besar. Ketawa kami sebab tujuan kakak-kakak ke situ mencari pengukus dan periuk kuali yang satu kedaipun kami tak nampak menjualnya. Yang ada kain baju dan tudung lapis-lapis. 


Akhirnya kami pulang ke Kota Bharu dan menginap di Crytal Lodge Kota Bharu.


Kami yang dah semakin senja

Next destination lepas kecewa dengan Wakaf Che Yeh, kami ke Rantau Panjang. Dah tentu ada periuk belanga dan pengukus yang kakak saya mahukan.


Di sini semua barangan kebanyakkannya dari Siam dijual dengan harga sedikit murah. Saya rasa disebabkan cuti sekolah, harganya meningkat naik sampaikan buah mempelam 3 kg dijual sehingga RM14.00. Bagi saya  mahal berbanding Sg. Buluh.



Peniaga juga sangat susah nak bagi diskaun. Buang airliur je bargain. Seringgitpun susah dia nak bagi.  

Dengar cerita tiffin ayan ni mahal harganya di Kuala Lumpur.  Nyesal pulak tak beli.



Saya tak beli apapun cuma beras pulut susu dan pulut hitam untuk along.  Boleh buat bubur pulut hitam nanti. Dan aiskrim warna-warni sebab cuacanya panas berdenting.



Alhamdulillah, boy tak sakit perut makan aiskrim ni walaupun masih under medication.



Tak larat jalan mengikut ibu andak dan uteh yang macam lipas kudung singgah dari satu kedai ke satu kedai mencari barang idaman. Ibupun tak lalu jalan. Tunggu di tepi kedai je.



Belanja satu gambar black and white street photography lah konon. Pakai kamera fon je.



Dah petang dan vanpun dah penuh dengan segala macam barang, kami kembali ke Kota Bharu dan singgah makan di restoran popular ini. Semua lauk dan ulam di Restoran Ulam Cikgu memang superb.  Terbaik.  



Bagi saya, percutian famili kali ini paling menyeronokkan dan harijadi saya yang paling best. Video atas tu ucap selamat hari lahir dari anak-anak buah dan sepupu di New Zealand.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terimakasih atas ucap selamat yang tidak putus-putus di wa, facebook dan sms.  Terimakasih sangat-sangat.

Sampai di sini dulu. Wassalam.

10 comments:

  1. Betul-betul cuti penuh pengisian ni. 12kg sotong bayangkan kalau beli dah berapa RM?
    Syok kalau tak mabuk. Kalau mcm boy tu kesian betul...

    Betullah kalau tak kita boleh jumpa sebab kakak pergi juga pantai Telok Ketapang malam 27hb tu. Sebab kakak ke Gong Badak ambik anak di UNISZA 26hb selepas asar. Mlm tu sebelum keluar makan malam kakak ke Teluk Ketapang. Entah-entah kita sebenarnya dah jumpa kot hihi...

    27hb kakak di pameran dekat dgn Masjid kristal sebab ada wedding anak kawan kakak nikah di situ.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Lahir, bestnya mencadat sotong....pengalaman yang lama diimpikan tapi entah bila nak pergi.

    ReplyDelete
  3. Kenangan mencadat sotong semasa tinggal di KT sudah lama ditinggalkan.

    ReplyDelete
  4. Wahhh seronok. Nani tak pernah ada pengalaman mencandat sotong :)

    ReplyDelete
  5. Akak teringin juga nak mencadat sotong..
    Lagi teruja bila tengok dpt cadat smpi 12kg sotong tu..

    Selamat berpuasa buat Othman sekeluarga..

    ReplyDelete
  6. sakan berjalan nampaknya kak
    seronok nye ada pengalaman mencadat sotong
    besar dan segar...banyak pulak tu
    puas lah makan ye kak

    hehe, wakaf che' yeh tu memang jual pakaian dgn tudung je kak

    ReplyDelete
  7. Wah seronoknya percutian kali ni.agak rare la mencandat sotong atas bot.memang pengalaman yg mengujakan.mabuk laut tu tak dpt lari la kan.sedap betul nmpk sotong goreng kunyit tu..fresh kan..mestilah manis

    Musim cuti ni mana tempat pun susah la nak bargain kan.jual nk mahal je.huhu

    ReplyDelete
  8. Wah seronoknya percutian kali ni.agak rare la mencandat sotong atas bot.memang pengalaman yg mengujakan.mabuk laut tu tak dpt lari la kan.sedap betul nmpk sotong goreng kunyit tu..fresh kan..mestilah manis

    Musim cuti ni mana tempat pun susah la nak bargain kan.jual nk mahal je.huhu

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya......rasa mcm naak pergi jugak...inshaAllah satu hari nanti

    ReplyDelete