Saya terserempak dan berkenalan dengan Yatt semasa membeli barangan bakeri lebih setahun yang lalu. Dia menghulurkan kad perniagaannya. Dalam hati "oooo ini ke Yatt". Bangga dapat berkenalan dengan Yatt. Hasil kerja tangan Yatt memang saya kagumi. Boleh katakan hari-hari saya membuka flickrnye semata-mata mahu melihat lakaran-lakaran lukisan di keknya.
Hampir sembilan bulan saya mempelajari teknik lukisan piping jel ini dengan Yatt di MySugarClass, namun saya tidak menerima tempahan, belum ada konfiden. Pernah melakukannya dua kali sahaja untuk majlis harijadi anak tunggal saya.
Orang kata kalau tidak mencuba, mana nak tau hasilnya. Ya tak? Kepada yang ingin menghadiahkan tersayang kek dengan lukisan piping jel ini, boleh menempahnya sekarang. Saya sudah bersedia dari setiap sudut.. hehe.
Kepada Yatt, terimakasih tak terhingga... semua tips dan nasihat akan saya ingat sampai ke akhir hayat, dan terimakasih masih melayan pertanyaan saya. Terimakasih! terimakasih! terimakasih!.
Yatt amat menyenangi watak SSC ini.
Yatt, "konon"nya malu-malu nak mengajar.
Note:- Cake by Lynn Hassan and Drawings by Yatt. link di sini
No comments:
Post a Comment