Rumah sebelah nampaknya sibuk membuat persiapan terakhir majlis perkahwinan anak perempuan mereka. Nampak khemah bertema putih emas. Mereka sibuk memasak saya sibuk membakar kek coklat untuk kawan Cikgu Azura. Semasa kek dibakar dalam oven dan selesai menyiapkan coklat ganache, saya terus menjemput anak lelaki tunggal saya dari Sekolah Mengaji Al-Quran. Kek Coklat Lembab dengan hiasannya simple saja.
Lama sungguh saya tidak berjumpa dengan Chef yang mengajar saya membuat tartlet blueberry, Chef Fauziah. Teringat tips Chef Fauziah, lebihan kek coklat jangan dibuang, (selalunya kita akan memotong bahagian atas kek untuk menjadikan ia sama). Tak perlu membazir kerana kita boleh buat truffle coklat. Caranya mudah sahaja, hancurkan lebihan kek coklat tersebut dan gaulkannya dengan coklat ganache. Kepal-kepalkan dan golekkan atas beras coklat (chocolate rice) dan kemudiannya dimasukkan dalam paper cup. Maka terjadilah kudapan di bawah :-
Bebola kek coklat (truffle)
No comments:
Post a Comment