Salam
Subhanallah alhamdulillah walailahailallahh..
Nyaman hati mendengar alunan zikir di radio IKIM. Diikuti pula dengan Takbir Raya... nyaman, sayu, teruja semua ada..
Semalam adalah Aidil Adha yang paling menggembirakan. Seronok tengok precious emak happy. Bukan!.. bukan sebab sepupu sepapat emak yang rapat berkunjung ke rumah, tapi cucu menantu baru dan bakal cucu menantu datang ke rumah.
Syakila, ahli keluarga baru dalam Keluarga Osman. Welcome Syakila.
Credit photo to Mohd Haire Zainal, 019 443 0069. Foto-foto bidikan Angah aka Heri Besi sangat cantik. Saya rekomen kalau ada sesiapa yang nak gambar cantik di hari bersejarah. Nak tengok hasil kerja Angah bolehlah ke https://www.facebook.com/aisya.fotografi.
Precious emak yang tidak sihat sentiasa senyum dikerumuni tetamu. Kami hidangkan nasi beryani berlaukkan ayam masak merah, jelantah timun dan rendang campur. Termasuk juadah biasa hari raya, nasi impit, lemang, kuah lodeh dan kuah kacang. Semuanya dalam periuk yang besar-besar. Alhamdulillah semuanya licin.
Semua hidangan dihasilkan oleh Chef Precious Along, digabung dengan Mak Yong dan saya sendiri.
Makan dulu sebelum rumah diserbu..
Cuma saya terkilan, plan nak bakar kek red velvet, hias cantik-cantik untuk sambut hari lahir precious sister no 5 tak tercapai. Dua-dua oven butterfly saya meragam.
Blueberry tartlet yang saya caturkan pembuatannya dengan membakar di oven yang rosak di pagi raya. Alhamdulillah, elok pulak oven tu. Berkat Aidil Adha.. Lama dah tak buat tartlet..
Kehadiran ahli keluarga baru dalam keluarga kami selepas kematian Tigger beberapa tahun lepas juga menyerikan rumah. Walaupun hidung dan mata saya sentiasa gatal (allergy) bila 'bulu' ini berada di dalam rumah, saya happy. Hopefully, lama-lama nanti oke.
Anak kucing kampong yang diangkat cikgu Azura, Tomtom. Diambil beberapa minggu sebelum Aidil Adha.
Sang Cicak dah kurang semenjak adanya 'bulu' ini..
Selain tartlet blueberi dan makanan-makanan enak lagi menggumukkan di meja makan, ada juga tart nenas cheese nak meriahkan meja..
Alhamdulillah, betul-betul raya..
Sehari sebelum raya, ada Precious Emak minta buat Laksa tapi tak terlaksana. Ada banyak bunga kantan berbunga dekat sempadan rumah. Ada yang saya dah berikan pada sahabat-sahabat di pejabat. Pagi tadi tengok, masih banyak yang menjulur bunganya. Alhamdulillah, rezeki Allah.
Inilah bunga kantan pada yang tak tau..
Yang dekat, marilah ambil bunga-bunga yang cantik ni. Buat asam pedas ke, laksa ke.. Kesian kalau jadi busuk hitam macam yang kat belakang tu..
Okelah, dah pukul 2 petang. Nak kena sambung kerja.
Terimakasih banyak-banyak pada tetamu yang hadir menyerikan Aidil Adha kami, terutama menggembirakan Precious Emak.
Takbir lagi di radio IKIM. Best sangat..
Jumpa lagi sahabat..saya doakan semuanya akan sentiasa berada dalam kesihatan dan keimanan yang baik.
Zana, ciskut tu...gelaran utk cheese cream ngan biskut, hehe.
ReplyDeleteMcm kek batik tu...takyah dibakar..hehe..
Cuma yg ni guna biskut hup seng atau hwa tai 4 segi saiz kecik yg tepi2 ada gerigi2 mcm setem tu. Original tau...bkn biskut sayur tu.
Pastu cheese cream 250gm mix ngan 1/2 tin susu pekat , susu segar utk celup biskut sebelum susun dlm bekas 4 segi (celup aje takyah lama2). dan selang seli ngan cheese cream yg dh mix tadi..atas sekali sapu chesse cream tebal sket dan leh letak topping ikut suka. Simpan dlm peti sejuk. Esok pagi leh makan dh..hehe..senang kan.
Kalo orang pandai masak mcm zana ni mesti laa leh paham apa yg akak taip kat atas tu, kot.
Leh jer zana gugel..resepi cheesekut...jumpa laa..hehe
Alona, terima kasih, siap kasik resepi lagiiii... timakasih laaaa... nanti saya cuba buat ye.. sedap nampaknya..
Delete