Sunday, October 6, 2013

SELAMAT MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA

Salam

Akad dan Janji Sudah Dimetri
Cincin Berlian Tersarung di Jari
Untuk Afiq Zulhaidi dan Syakila Zulkifli
Semoga Ikatan Kekal Abadi



Sirih Junjung Berpinang Muda
Berhias Cantik dengan Buah Pala
Adat Rumahtangga Bakal Diduga
Tabahkan Hati Hadapi Segala


Buah pinang di dalam bakul
Bunga telur beraga-raga
Tanggungjawab suami dan isteri mula dipikul
Selamat melayari bahtera rumahtangga



Janji sudahpun diikat
Amanah juga bertukar tangan
Jagalah isterimu dengan erat
Jangan dia dianggap beban


Cincin disarung dijari manis
Sebagai tanda janji diikat
Jadikan agama sebagai garis
Rumahtangga akan mendapat berkat


Sama cantik sama bergaya
Duduk segak di singgahsana
Berkahwinlah kamu kerana agama
Bukan kerana rupa paras semata


Angin pantai berdesir-desir
Selesai kenduri kita berehat
Janganlah kamu berdua tersalah tafsir
Anggaplah kata-kata ini sebagai nasihat




Afiq dan Syakila, semoga kasih dan sayang kamu membawa kamu ke syurga Allah

Kurniakan dunia ini dengan zuriat khalifah yang menyayangi Tuhanmu dan nabiNya

Berkahwinnya anakbuah lelaki saya iaitu anak my precious sister no 6, merasakan diri saya semakin hampir bertemu dengan pencipta.  

Selamat Melayari Bahtera Rumahtangga.
sekadar coretan buat kenangan





2 comments: