Salam Sabtu
Apakhabar sahabat? Saya doakan kita semua masih berada di dalam pegangan Allah swt dan ditetapkan iman, masih berada di atas track Allah swt yang lurus. Amin.
Kek mudah tidak menggunakan alat pembakar, anak dara dan bujang sahabat sekalian pun boleh buat
Kalau nak tau kek apa di atas tu, teruskan membaca ye.
Tak puas makan nasi beryani masa raya hari tu, hari ni masak lagi, kali ni nasi tomato. Guna rempah nasi tomato segera tu je. Mudah dan pantas kan.

Memanfaatkan daging kurban. Kalio daging kali nih.
Nak jadi cerita, sebelum ni memasak tak pernah lah tak masak nasi tu, kali ni diuji Allah swt sebab tadi ada sikit perasaan riak, kata mudah dan pantas guna paste segerakan. Nasi dimasak mentah. Astaghfirullahalazim!!!
Alhamdulillah, Chef Hanieliza cepat membalas whatsapps beri sedikit tips macamana nak masakkan nasi yang mentah tu. Nak tau apa?
Alhamdulillah, Chef Hanieliza cepat membalas whatsapps beri sedikit tips macamana nak masakkan nasi yang mentah tu. Nak tau apa?
Tips mudah saja, transfer nasi yang dimasak ke dalam pengukus dan kukuslah 20 - 30 minit. Alhamdulillah masak. Terimakasih Kak Liza.
Ayam masak merah in the making.
Update blog pada hari Sabtu atau Ahad memang mengambil masa. Maklum kita terpaksa mengimbangi antara kerja-kerja rumah yang kita lakukan seminggu sekali dengan tugas-tugas 'supir' demi memastikan anak-anak kita sampai dan diambil dari sesuatu lokasi dengan selamat.
Kadang kita merungut penat, tapi bila difikirkan bagaimana hidup kita tanpa mereka yang kita uruskan kehidupannya. Bayangkan kita berada berseorangan di dalam sebuah bilik tanpa suami, tanpa anak-anak, tanpa orang yang kita kasihi. Tanpa perlu memasak, tanpa perlu menguruskan rumah dan kehidupan.
Bagaimana?
Pasti rasanya sunyikan. Jadi, bersyukurlah.
Kadang-kadang kita rasa anak-anak bermasalah, malas, tidak bersolat sebagai satu yang menyesakkan dada. Ditambah dengan suami yang tidak mahu menolong kerja rumah. Ujian dan musibah. Kadang datangnya bertimpa-timpa.
Teringat kata-kata Ustazah Norhafizah dalam ruangan Usrati radio IKIM "Allah punya plan terbaik untuk setiap seseorang. Ujian dalam kehidupan adalah asbab Allah mahu menaikkan darjat sesorang. Musibah ialah satu cara Allah swt mahukan kita mengenal siapa Dia. Maka muhasabahlah diri setiap kali musibah dan ujian menjengukkan diri".
Kadang kita lupa, kita tidak sedar betapa berharganya sesuatu itu bila bersama kita. Kita akan rasakan bila sesuatu itu hilang dari pandangan.

Jantung pisang di tepi rumah. Dulu arwah wan selalu rebus jantung pisang untuk dijadikan ulam dimakan bersama sambal belacan.
Saya bersyukur kerana saya masih dikelilingi oleh orang yang saya sayang, saya masih dikelilingi oleh suasana yang saya rasa semasa saya kecil. Saya sayang semua ini.
Tak lama lagi dah boleh potong nenas ni. Paceri nenas?
Minggu lepas, bunga-bunga kantan yang cantik berkembang ni saya agih-agihkan pada sahabat-sahabat di pejabat. Pada yang tak tau, inilah pokok bunga kantan. Nampak tak di tepi-tepi pokok batang bunga mula menjulur.
Rezeki tanaman kampung dapat dirasai oleh sahabat-sahabat yang tinggal di bandar. Alhamdulillah. Anak-anak juga dapat mengenal pokok bunga kantan yang indah ini.
Pokok orkid precious emakpun banyak yang berputik dan mula mengembangkan kembangnya. Mencantik pemandangan di beranda rumah.
Khas untuk precious emak, pinang masak.
Tak mungkin saya meninggalkan kampong saya tercinta ini untuk tinggal di bandar.
Hampir terlupa pasal kek ni. Asyik bercerita pasal tanaman keliling rumah. Okelah, namanya cheesekut. Kalau nak resepi ambil sini ye sayepunyebelog.blogspot.com
Pembuatannya simple dan mudah, rasanya sedap cuma kandungannya boleh menggemukkan. Saya rasa susu pekat boleh diganti dengan dairy whipping cream dan diletak sedikit gula.
Mulanya saya membaca blog Alonacintamanis ada menceritakan kek ini. Alona juga ada mesej saya resepinya. Terimakasih pada Nadt dan Alona.
Cubalah ye, anak-anak pasti suka.
Okelah sampai di sini dulu Sahabat dan marilah kita fikir-fikirkan apakah matlamat hidup kita ini, samada di dunia atau di akhirat.
Booloo ni dah mengakibatkan mata saya bengkak seperti Yoda dalam filem Star Wars tu. Tulah kan, dah tau allergic kucing, boleh dukung-dukung, usap-usap bulunya. Kan dah bengkak.
No comments:
Post a Comment