Saturday, January 2, 2016

MASAK-MASAK TAHUN BARU

Assalamualaikum wbt

Hari kedua di tahun baru 2016. Sebenarnya saya cuba mengabiskan catatan kenangan 1 Januari sebelum jam 12 malam. Nampaknya tak kesampaian. Agak keletihan.

Jujur saya katakan, awal tahun 2016 ini terasa lain aura dan getarannya. Dari malam ambang tahun baru sudah di rasakan kelainannya. Mungkin sebab alunan zikir Habib Syech Assegaff dan Tausiyah dan Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid yang tak putus-putus dari jam 10 pm hingga 12 pm mempengaruhi suasana dan mood.


Pagi semalam rezeki cempedak goreng. Harum sangat baunya. Pokok tua ditanam arwah unyang. Bayangkan kalau emak saya pun dah berusia 80 tahun berapa usia pokok ini agaknya. Buahnya berwarna emas dan ulasnya besar. 

Berbudi pada tanah, pahalanya berpanjangan. Terimakasih hadiahkan kami buah cempedak yang istimewa ini. Al-fatihah untuk arwah unyang, Aminah binti Ismail.

Petang semalam kami adakan jamuan potluck. Tujuannya bukanlah nak sambut new year tapi lebih kepada mengeratkan silaturrahim sesama adik beradik. Lagipun inilah masanya mak dikelilingi pewaris-pewaris generasi kedua dan ketiga.


Menu jamuan kalau boleh semua kenalah homemade. Terjamin kebersihan dan halalan toyyibannya dan jimat. Jadi mixer K-mix saya kena kerja lebih hari ni menguli doh pizza. Kali ni kita buat dua jenis dalam baking tray 11" x 10". Baru puas makan.


Subhanallah cantik sungguh dragonfly ini. Keluar kat garden emak yang dah tak berapa berbela. Ada masa nanti plan nak baikpulih taman orkid emak ini. Semoga diperkenankan Allah swt.


Kak La sampai ke rumah mak awal tapi sausage rollnya belum bergoreng. Sepupu saya sibuk menggulung popia dan saya terpaksa menunggu anakbuah balik untuk siapkan pizza. Sebabnya takde keju mozarella. Jadi suasana di dapur riuh rendah.


Kek butter pelangi yang saya buat semalam ni semua setuju tak mahu letak glaze karamel di atasnya. Nanti hilang rasa tradisinya.


Bersatu menyiapkan juadah potluck. Alhamdulillah homemade semuanya kecuali kek pandan layer.





Kami plan jamuan mula lepas Asar akhirnya membawa ke pukul 6 gara-gara anak buah cari mozarella cheese tak sampai-sampai ke rumah emak.. Sold out kat banyak tempat katanya. Ramainya orang buat pizza ye.

 Walaupun tiada mozarella cheese, dua-dua tray pizza di atas licin. Alhamdulillah.


Roti lasagnia berlapis daging ini sedap.



Gambar candid ramai-ramai banyak yang kena sensor sebab kepala togel.


Sampai di sini dulu. Mata sudah sangat layu. Ya Allah kau ambillah kami disaat Engkau paling redha dengan kami dan kami juga redha kepada Engkau. Dan jadikanlah perjalanan kaki kami, perjalanan yang menuju kepada Mu, ya Allah. 

Semoga emak diberi kesihatan yang baik dan berada dengan kami untuk tempoh yang lama lagi. aamiin.

Wassalam.

4 comments: