Assalamualaikum wbt
Sedar tak sedar dah pertengahan Januari 2016. Dah masuk minggu ke tiga. Cepat betul masa berlalu.
Alhamdulillah. Jari kaki boy yang pecah, luka, kering dan mengelupas disebabkan ekzema, terutama di bahagian tapak dah mula nampak perubahannya.
Batang pokok patawali diketuk dan direbus. Airnya dibiar suam dan kaki boy yang terkena ekzema tu direndam sebelum tidur lebih kurang 10 minit. Lepas tu jangan lap, biarkan kering sendiri.
Bahagian badan terutama diatas ketiak juga dah nampak nak sembuh. Untuk yang dekat badan, air rebusan dibuat bilasan terakhir selepas mandi. Syukurlah sangat-sangat.
Sebelum ni selain ubat dermatologist beli juga ubat titislah, sabun serailah, segala losyen mahal murah, pendekata ikhtiar sampai jumpa penawarnya.
Rupanya ubat ada dalam kampung je. Tak berbayar satu sen pun. Cuma kena minta izin pada tuanpunya pokok.
Ini ubat yang Dr. Tarita, Dermathologist Hospital UiTM bekalkan untuk 3 bulan. Ada steroid, ada non-steroid, sabun, losyen dan macam-macam. Boleh mengawal tapi tidak menyembuhkan.
Batang patawali ni pun saya dah cucuk kat pangkal pokok cempedak di sempadan tanah. Harap bertunaslah dia dan menjalar naik ke pokok cempedak macam pokok sireh. Kepada yang ada sakit kulit boleh cuba air rebusan pokok patawali.
Ada banyak lagi kebaikan batang patawali cuma saya tak berani nak komen lebih sebab tak tahu macamana cara pengambilan dan kuantiti yang boleh diconsume, tapi kalau untuk sakit kulit, mujarab untuk my boy, in sha Allah berkesan juga untuk orang lain.
Rabu lepas boy ada ujian diagnostic. Macam-macam kata-kata perangsang boy suruh saya ucap sampai dia tertidur supaya bila bangun tidur cas positif banyak dalam otak, katanya. Ada betul juga sebab kita adalah apa yang kita fikirkan, kata Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah (DMFK).
Lepas kelas ngaji boy, Jumaat malam, kami ke Lifetime Vapour, boy makan Smoke Egg Chicken Burger. Saya mampu tengok je, dah tengah malam makan burger?
Ekzema dah hampir nak sembuh, makan kena jaga. Dr Tarita pernah sebut penyakit ni ada kaitan juga dengan makanan. Food macam ni patut tak payah ambil. Tapi budak, manalah nak tahan tengok semua tu.
Akhir sekali nak ucap sannah helwah pada wartawan Majalah 3 ni. Bulan depan dah nak berangkat ke Fiji dan Papua New Guinea untuk rakaman Jejak Rasul siaran Ramadan 2016. Sebulan team akan berada di sana. Semoga selamat semuanya, in sha Allah.
Sampai di sini dulu, selamat beristirehat. Wassalam.
Assalam..syukur alhamdulillah petawali menyembuhkan eczema anak cuma guna air rebusannya...kalau dikisar blend minum airnya pahit sgt tu..
ReplyDeleteWalaikumsalam kak PI. Alhamdulillah. Air rebusan pahit.. kalau minum nyamuk pun takmo hinggap kak..
DeleteAssalamualaikum Zana...Alhamdulillah dah ada penawarnya, kalau akak pn mahu xrisau anak kena ekzima...
ReplyDeleteWalaikumsalam Kak Saridah. Lagi risau bila ekzema dah berjangkit ke badan dan muka. Kaki tu sakit sbb luka macam kena hiris pisau. Satu aktiviti lasak tak boleh join.
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteTq utk info ni.
Ank sy pn eczema.
nk cuba lah cara ni.
Walaikumsalam. Cubalah Cinta. In sha Allah..
DeleteBaru kakak tau batang patawali boleh ubat sakit kulit...
ReplyDeleteDulu kakak ada tanam tapi tak tahu kegunaan nya kecuali pd yg darah tinggi.
Kak Saniah, memang bagus untuk sakit kulit. Arwah uwan saya dulupun selalu bilas rebusan air pokok ni bila mandi.
Deletebaru saya tahu petawali ni boleh guna utk rawat ekzema :)
ReplyDeleteYe Farah. Sayapun baru cuba dekat my son dan nampak kesan positif.
DeleteMuhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
ReplyDelete..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring