Assalamualaikum wbt
Balik dari kerja, sayu hati tengok emak tidur. Emak dah lama tak sihat, macam-macam sakit. Terbaru lidahnya terbelah kecil tapi banyak. Bukan ulser. Susah emak nak makan. Semoga Allah swt mengurniakan belas kasihannya dan memberi kesembuhan kepada emak. Amin.
Saya mungkin terlebih imaginasi sampai terfikir benda yang bukan-bukan.
Di kawasan pejabat sekarang ni, sedang giat kerja-kerja pembinaan. Di sebelah jalan besar, pembinaan stesen MRT sudah berlangsung hampir satu tahun lebih. Di sebelah jalan dalam, di Persiaran Bandar Utama pembinaan bangunan parking bertingkat baru bermula.
Dekat sangat jentera-jentera berat dengan pejabat. Kadang-kadang rasa tak selamat bila kren mengangkat batu atau membawa cerucuk besi betul-betul di tepi dinding kaca office.
Gambar kren ini saya ambil dari tingkat 3, laluan tengah hendak ke surau wanita. Nampak macam tangan transformer. Agam, memang hampir sangat.
Di bahagian kiri jalan masuk penuh dengan jentera berat. Jalan masuk pun dah jadi kecil. Masa saya lalu ni sebuah jentera berat sedang mengangkat bongkahan batu. Seriau betul. Berhenti dulu, bagi laluan batu jalan dulu. Banyak betul kawan-kawan Bob The Builder tengah buat kerja.
Yang ni betul-betul di depan pagar utama pejabat. Tempat kami lalu lalang nak ke parking di bangunan IBM, ke bank atau ke One Utama. Kawasan pembinaan terlalu hampir dengan orang awam. Kedudukan polis bantuan cuma beberapa meter dari kawasan ini.
Saya pasti syarikat pembinaan mengambil langkah keselamatan yang tinggi. Harap pembinaan ini segera selesai dan segala benda-benda berat dan merbahaya ini dialih secepat mungkin.
Mungkin tiada apa, cuma saya yang ngeri bila lalu berhampiran tangan dan kaki transformer ni. Bayangkan bongkahan batu yang berayun dipegang tangan transformer ni.
Apapun, rezeki nasi beringin berlaukkan sotong tengahari semalam. Tau-tau ada atas meja. Alhamdulillah. Terimakasih Azlan. Semoga perjalanan menjejaki tinggalan Islam di bumi Fiji dan Papua New Guinea dipermudahkan Allah swt. Aamin.
Photo kredit Lokman Baharudin. Berminat untuk lihat hasil bidikan Lok boleh ke facebook/lokman.baharudin, contact 012-238-4996
Momen keemasan. Sekali pergi takkan kembali.
Wassalam.
Menagih pengorbanan bila mahukan pembangunan inilah salah satunya
ReplyDeleteSiapa tak seriau, kalau kakak pun sama tapi kena lalui jugalah - tutup mata takut terlanggar pulak haha..
Sebab itu tiba masa makan ada nasi beringin nikmati betul-betul - sedap tu hihi...
Kakzakie.. hari ini bertambah lagi deretan amigos grande (kren2) kat jalan masuk. Nasi beringin tu dah tak sesedap masa office di Bangsar. Tapi, alhamdulillah.. rezeki Allah.
DeleteRISAU JUGA TENGOK JENTERA2 BERAT BERKREN TINGGI BUAT KERJA PEMBINAAN TU KAN...SBB MALANG XBERBAU..HATI2LAH MELINTASI KWSN TU..MOGA MAK OZ SEGERA SEMBUH N DIBERI ALLAH KSHTAN YG BAIK.
ReplyDeleteKak PI.. memang risau. Terimakasih doakan emak saya.
Deletekesian membaca kisah emak..
ReplyDeletesemoga beliau sembuh seperti sediakala..
Terimakasih atas doa.
DeleteOZ harapnya jangan ada ributlah hihi.... Kalau ada ribut balik rumah cepat!!
ReplyDeleteNak buat macamana OZ, dah kerja kat situ, layan ajelah tangan transformer tu. Jangan lupa baca doa banyak banyak ek
Moga maknya juga cepat sembuh yer
DeleteHainom Okje.. terimakasih doakan emak saya. Belum ribut kami dah cabut.. haha..
Deleteseronok baca catatan pagi yang santai ini. mau tidak mau, kita terpaksa terima kepayahan suasana demi kebaikan masa depan rakyat terbanyak...
ReplyDeleteTerimakasih sudi membaca. Kesusahan takpe bole diterima, keselamatan tu...
Delete