Tuesday, February 9, 2016

YANG PENTING KERJASAMA



Assalamualaikm wbt

"Apa yang penting... kerjasama", kata Wonder Pets. Kerjasama memang penting nak menjayakan misi kami di cuti Tahun Baru Cina.



Misi merobohkan pondok simpan barang yang dah uzur dan dimakan anai-anai. Sekarang musim angin kuat. Anytime pondok buruk ni boleh collapse. Yang paling menakutkan atap zinknya tercabut dan kena kat orang sekeliling. Na'uzubillah.

Kereta Datsun 130Y yang lejen tu milik arwah abah. Ke hulu ke hilir kami dibawa arwah abah dengan kereta ni. Ke Port Dickson, ke sekolah, ke hospital, ke taman, mana saja. Tua kereta ni dan dah tak boleh gerak.


Jadi kami decide nak robohkan samping tu boleh gather adik beradik dan makan-makan. Bestkan.



Kebanyakkan isi store ni milik arwah Pak Usu dan arwah Cik Nah. Pinggan mangkuk, mesin jahit Singer, washing machine. Apa yang boleh simpan, kami simpan yang lain buang.



Masa bawa barang-barang keluar, mencicit lari tikus. Banyak, dah jadi sarang diaorang. Boy pulak tak mahu join. Sentimental hatinya sedih bila pondok buruk diroboh.


Nak bukapun kena hati-hati sebab takut terkena pokok pulasan di belakang dan dapur Kak Da di sebelah kanan. Kayu dan papannya banyak yang dah reput. Apapun menjelang Zohor, dah selesai tugas membuka, tinggal kerja membersih pulak.


One.. two... three.. habis roboh semua


Badang-badang kerja di luar, suri-suri masak lunch. Habis dapur Kak Da kami sepahkan. Rewang masak makan tengahari. Masing-masing bawa bahan mentah lauk yang nak dimasak.


Ayam goreng ala KFC, gulai lemak ikan masin dengan nenas, goreng cili ayam. Ada lagi yang takde dalam gambar sayur campur dan ikan stim. 


Makan ramai-ramai kat luar rumah Kak Da bawah pokok rambutan dengan angin sepoi- sepoi memang best.

Selesai solat Zohor, kerja-kerja memilih kayu yang masih elok dan bakar yang dah reput pulak. Boy sampai kesudah tak mahu join sebab tak setuju store kena roboh. Boy... boy..


Semua kerja selesai jam 6.00 petang. Kami duduk pulak minum petang dan rai birthday Februari.

Sanah helwah anak buah Afiq Haidi, sepupu Oloi dan juga Mak Yong. Indahnya suasana. Kalaulah kita kenal saudara-mara makyong dan Oloi sebelah ibu yang berbangsa Cina, mesti meriah. Sama-sama sambut tahun baru cina.


Rasanya hari ini sungguh sempurna. Kerjasama gotong royong walaupun penat, kerjanya kotor tapi kebersamaan sesama ahli keluarga itu yang paling istimewa. Kalaulah arwah abah masih ada, pasti dia tersenyum melihat perpaduan ini.

Dah hampir jam 2.10 pagi. Macam-macam bunyi unggas malam saya dengar. Sampai di sini dulu. Ada rezeki, panjang umur kita bertemu lagi.

Wassalam.

11 comments:

  1. Alhamdulillah, selesai hasil keja sama kan. Bab mkn2 yg paling best;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kalau takde kerjasama memang tak jalan projek roboh store ni.

      Delete
  2. Alhamdulillah, selesai hasil keja sama kan. Bab mkn2 yg paling best;)

    ReplyDelete
  3. AKTIVITI BERSAMA SEDARA MARA DI HARI CUTI ...BAGUS TU AMAT MENYERONOKAN XLUPA DGN HIDANGAN MENJAMU SELERA..

    ReplyDelete
  4. Sesekali berkumpul macam ni mmg best. Mck pun tengah berkira2 nak kumpul badik badik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mck... rindunya... memang precious sangat moment tuuu...

      Delete
  5. wah seronoknya buat aktivit gini kan
    terasa complete bila semua ada
    makanan yang kita tak makan pun jadi sedap bila dinikmati bersama =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana Yani.. memang seronok... tak semua adik beradik ada.. susah nak kumpulkan semua. Yang ada dan yang mahu tu dah syukur alhamdulillah.

      Delete
  6. kaknoor bekenan kat gulai nenas tu lama dh tk buat

    ReplyDelete