Sunday, February 21, 2016

CERITA SAJA-SAJA

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya tiada yang menarik minggu ni. Minggu stress dan minggu berperang dengan boy, banyak kena buat revision untuk sekolah kebangsaan dan juga KAFA.


Apapun, syukur alhamdulillah krew Jejak Rasul ke Papua New Guinea selamat menjejakkan kaki ke Port Moresby selepas mengharungi pelbagai ujian. In sha Allah mereka memberi yang terbaik untuk siaran Jejak Rasul 2016 di bulan Ramadhan nanti. Belum ada krew penerbitan mendokumentasikan kisah umat Islam di bumi bangsa kulit hitam ini.


Gema azan di Oceana di hari pertama mereka di sana. Gambar-gambar saya ambil dari FB milik penerbit JR 2016. Walaupun sumbangan saya tidak besar  untuk program ini, saya berbangga kerana mereka berani menerokai kisah kehidupan umat Islam di sana yang jumlahnya cuma sedikit. Untuk ke sana bukanlah usaha yang mudah. Banyak ujian dan cabarannya.

Jadi jangan lupa saksikan JR nanti.


Dalam sibuk buat revision sempat juga boy ikut ke pejabat dan cuba apps game baru Ejen Ali.


Apps ini nanti dilancar bersama-sama program terbaru dalam slot Banana menggantikan Boboboi. Kalau ikut sedutan cerita Ejen Ali ni nampak menarik. Gamenya pun menarik. Boy kata agak susah nak complete assignment.


Kalau dah launch bolehlah cuba download dan try sendiri. 


Seronoknya zaman budak- budak. Masa zaman kita budak-budak tak stress, yang kita tahu main dan main dan main. Tapi budak zaman sekarang stressnya sama dengan kita yang bekerja. Stress yang sepatutnya belum tiba masa.

Sampai sini dulu. Jumpa lagi.

10 comments:

  1. beruah dapat join kru JR. Kalau free, jemput join GA saya:

    http://www.stanzaku.com/2016/02/ga-header-blog-logo-atau-cover-photo-fb.html

    ReplyDelete
  2. Seronok jadi budak-budak, tak tahu apa yang menyenakkan hati makbapak...hehehe...

    Seronok juga para krew dapat menyertai kembara JR walaupun sedikit sebanyak mereka pasti merasa letih demi tugas dan rindu kepada yang ditinggalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik.. macam2 aktiviti sekolah dan luar sekolah. Penat.

      Betul Kakcik. Krew JR keluar lebih sebulan setengah. Mesti rindu keluarga.

      Delete
  3. Mesti amat menarik slot JR di PNG negara Islam minoriti banyak cabarannya tu...akan tonton nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PI PNG belum pernah krew TV pergi utk kembara Islam. Lain dari yg sebelumnya.

      Delete
  4. Replies
    1. CikLily Putih, banyak lagi gambar menarik, tapi saya pilih yang itu.. hehe

      Delete
  5. Mereka yg terlibat dgn JR bukan calang-calang
    Mental dan fizikal kena kuat. Tahniah buat semua.

    Percayalah anak-anak kalau bab game sekejap aje boleh adapt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie... tak disangkal..

      Betul budak-budak tu tak sampai 5 minit dah pandai dah main game tu..

      Delete