Monday, February 1, 2016

ITULAH REZEKI NAMANYA

Assalamualaikum wbt

Bertemu itu rezeki, berpisah juga rezeki. Semuanya adalah jodoh dan jodoh itu milik Allah swt.

Khamis 28hb Januari 2016, lunch hour tanpa disangka, tak dirancang dengan izin yang maha berkuasa saya diketemukan dengan kawan-kawan yang sangat saya rindu.



Julai 1986 saya ditawarkan untuk menyambung pengajian di ITM Terengganu terletak di Dungun, Terengganu.  Siapa sangka perkenalan beberapa bulan diperingkat pra diploma telah terjalin ikatan persahabatan yang bukan suam-suam kuku.

Saya kemudiannya bertukar ke ITM Melaka, meninggalkan kenangan indah Kampus Sura Gate. Pantainya, lautnya, desir anginnya, pokok rhunya, rumah lamanya, pakcik guardnya, kelas kayunya dan paling bes, penghuninya, mates yang awesome.  Alahai! memang betul-betul rindukan tempat ini.  Malangnya Kampus Sura Gate sudah tiada.  Sudah dibangunkan untuk tujuan komersil.

Terimakasih pada Penyu Lawa kalau tak disebabkan resepi dia di facebook dan izin Allah hilang terus ukhuwah ini. Terimakasih Nor'Aini yang bertanya resepi di wall Penyu Lawa dan saya pula tergerak untuk mesej dia sebab wajah yang macam kenal. Terimakasih Allah. Semoga ukhuwah ini tetap utuh sampai bila-bila.



Alhamdulillah. Kak La dah selamat sampai ke Malaysia. Selamat dah menunaikan umrah. In sha Allah 2018 haji pulak.


Minum air zam-zam memang rasa macam satu nikmat yang luarbiasa. Kan air zam-zam ada di tanah suci saja. Bila sampai ke tekak memang sesuatu yang.... tak tau nak kata. Kita servelah air ni pada sedara mara yang datang rumah petang semalam.


Jajan istimewa dari tanah suci. Kacang pintar pistachio, brain food kismis, kacang mahal badam, buah kesukaan nabi saw kurma dan buah syurga buah tin.  Selain buah zaitun, buah tin disebut dalam al-quran iaitu Surah At-Tin.  Banyak khasiat buah ni.


Hidangan biasa tapi rasa istimewa dari rumah kami, nasi minyak berlaukkan ayam masak merah dan jelatah timun. Istimewa sebab yang dijamu orang-orang penting dan kita sayang. Tak sempat nak masak variety lauk. Nipun syukur alhamdulillah.



Ramai-ramai berkumpul kerjakan inai mekah. Masing-masing merah kuku di jari.


Paling win gelang mekah yang boy pakai tu. Susah nak dapat sekarang. Orang lelaki mana boleh pakai tu boy.. bukak sekarang jugak.


Minggu yang paling awesome dalam bulan Januari 2016. Semua rezeki Allah. Alhamdulillah. 

Sampai sini dulu. Jumpa lagi in sha Allah. Wassalam.

4 comments:

  1. Hihi... gelang Mekah lilit tu memang masih dijual di sana sebenarnya.
    Tapi sekarang kalau pergi sana balik macam dah tak beli lagi gelang jenis tu - yg bling-bling banyaaaaakkk sangat!
    Masa kakak kecik dulu dpt satu memang lompat bintanglah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kakzakie. Happy sgtkan.. berebut org nak gelang tu dengan celak mekah.

      Delete
  2. kata org dulu2 gelang lilit hitam ni gelang akar bahar la ni jarang dh org ke Mekah bawa balik gelang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PI akak saya kata dah tak jual. Yg ni pun jumpa kat kdai 2 riyal.

      Delete