Alhamdulillah, hari ini saya semakin sihat. Harum sungguh bau sup tulang daging kurban yang sedang direbus. Sedap dihirup panas-panas tambah dengan tekak yang tak berapa nak sedap ni.
Saya oke je bila cucu sulung saya telefon suruh ajar Kek Keju Oreo (Disejukkan). Ha! tak percaya saya dah ada cucu? Batrisya anak perempuan anak buah saya. So pangkat Wan (nenek) lah saya kan. Batrisya datang dengan semua bahan yang siap dibeli. Resepi Chef Noraini memang tidak menghampakan. Resepi seperti di bawah :-
Nurul Batrisya tersenyum bangga dengan kek keju oreo sejuk. (Gambar kurang memuaskan)
OREA CHEESE CAKE (CHILLED)
Bahan-bahan
Biskut
230g biskut oreo (dihancurkan)
30g butter (dicairkan)
Cara Mengadun
1. Hancurkan biskut oreo (tinggalkan beberapa keping)
2. Cairkan butter dan gaulkan bersama biskut oreo
3. Tekankan dalam loose tin 7" dan sejukkan dalam petiais selama 30 minit
Kek
250g Philadelphia Cheese (apa-apa jenamapun oke)
180g gula kastor
Isi krim oreo
250g whipping cream
30g gelatin halal
80g air panas
Cara Mengadun
1. Cairkan gelatin dalam air panas, ketepikan
2. Pukul whipping cream sehingga kental, sejukkan dalam petiais
3. Pukul cream cheese, gula dan isi krim oreo sehingga berkrim
4. Masukkan gelatin halal dan gaul sebati
5. Campurkan whipping cream ke dalam adunan dan digaul rata
6. Patah-patahkan beberapa keping coklat oreo dan masukkan dalam adunan cheese
7. Masukkan dalam base biskut yang telah disediakan sebelum ini
8. Sejukkan dalam petiais selama 5 jam, kemudian boleh dihidang.
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment