Malam tadi bila saya membawa keluar acuan kek dam, Hajah Zalifah Khamis, ibu saya tersenyum luas. Mungkin kerana sebelum ini saya tidak pernah mahu mengambil 'order' kek dam, pasti sangkanya kek ini untuknya.
Kali ini kek dam ini bukan untuk mak tetapi untuk seorang anak bernama Saidah dari Kelang. Bila Saidah kata kek ini adalah untuk bapanya yang teringin makan kek dam, tak sampai hati pula nak tolak. Menolak persis menolak permintaan mak, macam tu lah lebih kurang. Terimakasih Saidah dan harap ayahnya suka dengan kek ini. Untuk mak saya janji, insyaAllah, akan saya buat juga hujung minggu ini.
Seperti kek pelangi, kek dam ini juga punya nilai sentimental yang tinggi buat diri saya. Tiap kali membakarnya pasti teringat suasana ketika arwah Wan masih ada. Mak memukul butter dan telur gula pemukul telur bergelung yang besar. Cap cap cap pukul sampai kembang. Kemudian adunan dibagi dua, satu coklat satu vanilla. Masa kek masih panas diletak jem strawberri dan dilapiskan. Belum sempat sejuk kek dah hilang dari pandangan. Seronok zaman itu.
Zaman ini, masa saya membakar kek dam, cuma mak yang menunggu hasilnya. Sekali-sekala dia menolong meletak adunan dalam loyang acuan dam. Kecuali kek coklat yang tidak difrost apa-apa, anak saya tidak langsung meminati kek.
Kepada yang mahu resepinya, boleh menggunakan apa-apa resepi basic buttercake atau lihat resepi kek marble coklat saya. Yang penting perlu ada acuan kek dam. Kalau tak ada, perlulah dipotong kecil memanjang, disusun berselang seli coklat dan vanilla kemudian dilekatkan guna jem atau buttercream. Rasanya gambar kek dipotong dan disusun jadi kek dalm ada di blog Cehf Hanieliza .
Kek Dam atau Checkerboard Cake yang disusun berlapis bila dipotong membentuk corak dam
Salam Zana..
ReplyDeleteyumy..sedih dan ciannyer emak zana..buatkan la..jgn lupa hantar kt akak sepotong..