Semalam, 13hb November 2011, tarikh lahirnya Saudara Mohd Raziff Zulkifli atau nama manjanya Ajieb. Ajieb teman sepejabat saya, seorang Penerbit yang lembut tuturkatanya. Ajieb pernah menyuarakan untuk menempah kek lewat harijadinya kerana tiada siapa pernah menghadiahkannya kek, katanya. Terlintas terus difikiran saya untuk 'surprise'kan Ajieb kek yang simple tapi sedap.
Pagi-pagi saya cukup excited, penuh harapan membawa kek ke pejabat. Cuba merancang sesuatu dengan staff Malaysia Hari Ini, si cantik manis, Zahan tapi malangnya, Zahan dengan senyum lebar mengatakan si birthday boy tiada dalam negeri. Ke Filipina. Alaaaa.... tak menjadilah surprise kek aku... Apa lagi, kek pun dikorbankanlah bersama-sama Zahan, Ally Iskandar, Helmi, Nazrul, Liyana, Kak Ani, Alfian, staff 360 dan 999.
Apa-apapun, Selamat Hari Lahir Ajieb, semoga menjadi insan yang lebih berjaya dunia dan akhirat.
Kek : Sponge Cake Vanilla
Filling : Peach canned fruit
Frosting : Fresh Cream
No comments:
Post a Comment