Salam Jumaat. Pagi ini masa di pejabat agak senggang, jadi tak salah rasanya kalau saya ambil peluang ini untuk update blog.
Ramai yang bertanya kenapa saya susah hendak melayan permintaan last minute. Rasanya ramai baker juga keberatan menerima tempahan-tempahan last minute ni. Mungkin full time baker tidak merasakannya satu masalah, mungkin... tapi untuk partime baker mungkin ya.
Kalau tanya saya kenapa, jawapan saya ialah perkara ini mungkin akan mengharu-birukan diri saya terutamanya bila bahan yang hendak digunakan tidak cukup. Al-maklumlah, saya tidak begitu aktif mengambil order, kebanyakkannya di hujung dan di awal minggu dan ada kalanya di pertengahan minggu. Jadi saya tidak menyimpan stok yang banyak kerana saya ingin mengekalkan prinsip DLO, menyediakan yang segar. Terutama bahan-bahan basah seperti kekacang, krim keju maupun karet mentah untuk kek lobak merah.

Bayangkan saya yang bekerja ini hendak mendapatkan bahan dari kedai menjual bahan kek (kalau di tempat saya tutupnya jam 8:00 malam. Sekiranya hari itu hujan (fahamlah di Kuala Lumpur ini, hujan sikit boleh menyebabkan kesesakan yang maha hebat), mampukah saya sampai ke tempat dituju sebelum kedai tutup. Perjalanan dari pejabat saya di Damansara Utama ke Sg. Buluh lebihkurang 1 jam. Kalau jem, bayangkan! Pasti menyebabkan jantung saya berdegup kencang sepanjang mengharungi kesesakan. Kalau sempat alhamdulillah, kalau tak sempat.... habislah... dengan pelanggan dah kata boleh ambil dan bahan tak de. Macamana ye???
Jadi, seikhlasnya saya mohon maaf sekiranya terpaksa menolak permintaan last minute ini. Kepada pelanggan diharap memahami situasi homebaker seperti saya.
Jadi, seikhlasnya saya mohon maaf sekiranya terpaksa menolak permintaan last minute ini. Kepada pelanggan diharap memahami situasi homebaker seperti saya.
No comments:
Post a Comment