Thursday, December 29, 2011

COOL SUNGGUH DIA NI.....

Catatan Khamis, 22hb Disember 2011

Bulan Disember kali ini operasi DLO dihentikan gara-gara mixer turun temurun saya rosak.  Belum tergerak hati untuk menghantar mesin Kenwood yang memang banyak jasanya ini untuk dibaiki atau untuk 'rest'kan sahaja.  Gerak hati lebih kepada membeli mixer industrial supaya mudah membuat kerja-kerja 'pukal'.  Dapatlah luang lebih masa untuk sediakan peralatan anak ke sekolah dan ada lah masa menonton tv.  Ye tak? 

Saya jarang sangat menonton tv, tapi semenjak program realiti Master Chef Malaysia, walau ada episod tertinggal, saya masih pasti luangkan masa dan mengikuti perkembangan chef-chef amatur ini.  Antara ramai saya meminati Brian dan Felix.  Tenang dan kreatif menangani tekanan demi tekanan dan cabaran menyediakan menu yang dipertandingkan.  Pendekata memang admirelah dua orang jejaka bukan Melayu ini beraksi.  Paling istimewa berpeluang bertemu ketika makan di Restoran Santai Tesco.  Kalau nak tahu siapa, scroll di bawah.......


Bukan setakat 'cool' di dapur, di luar juga Felix punya personaliti yang cool juga.

Hehe... Felix ni personalitinya memang cool, peramah dan boleh tahan kacak.  Untung teman istimewa Felix ni, hebat di dapur, kreatif dalam masakan, mesti fun berdamping dengan Felix.  Apa pun, semoga berjaya Felix!

No comments:

Post a Comment