Pagi Khamis, saya ke pejabat lepas bercuti beberapa hari. Penat sebab tiba di rumah dari Tanah Tinggi Cameron agak lewat. Tidurpun lewat dan bangunnya cepat.
Sebaik membuka pintu laluan belakang tingkat 1, semerbak bau makanan. Ada jamuan.... tak sempat...... tidak bawa apa-apa. Terus saya mendekati Chef-Chef hebat bertanggungjawab mengatur breakfast ini antaranya ada "Chef instant" (tak masak beli je...hehe).. sedang menjamu selera bersarapan pagi. Beginilah kalau bertembungnya mereka di meja makan... ada nasi lemak ("Chef" Noraini Tahir.. beli ye Kak Ani), mee hoon goreng ("Chef" Azizah Ariffin), roti jala ("Chef" Kak Nura, instant gak rasanya ni...), Otak-otak ("Chef" Kak Jun), dan yang paling handal sebab tajaannya datang lambat dan menjadi usikan.... minuman teh tarik (lain betul sedapnya), nescafe, nescafe O dan Teh O... ("Chef" Mazlin Nordin).
Antara makanan yang dihidang
Kek pun ada... Indulgence tajaan Aien
Breakfast kali ini istimewa sebab disertai sicantik jelita Neelofa dan pengacara MHI, Wardina (Wardina tidak lagi mengacarakan MHI selepas ini). Kesian Neelofa sebab tak sempat makan, asyik bergambar.
Kesempatan bergambar dengan Neelofa
Sedap sangat nampaknya Dina
Setiap bulan makan-makan breakfast ini diteruskan. Bulan depan giliran staf yang lebih muda (saya ambil kata-kata Mazlin Nordin aka ChikInn) menganjurkan breakfast. Apa-apapun saya sangat happy hari ni sampai tak lalu makan.
Terimakasih semua..... semua hidangan sedap-sedap belaka. Lagi cerita boleh dibaca di blog Chik Inn
nak join makan2 ni boleh?
ReplyDelete