Thursday, December 29, 2011

SEDAP JUGAK BURGER MALAYSIA NI - RESEPI

Catatan 27hb Disember 2011

Dari minggu lepas saya menghabiskan cuti tahunan.  Tak banyak aktiviti baking, banyak aktiviti luar.  Menghabiskan masa kualiti bersama anak tunggal saya.  Menonton wayang, membeli barangan keperluan sekolah, berjalan-jalan di shopping mall.  Dah lama sangat rasanya tak bawa anak ke shopping mall.

Disebabkan sibuk dan suami tidak dapat bercuti panjang, saya berjanji dengan Muaz untuk membawanya ke Cameron Highland sahaja untuk cuti sekolah kali ini.  Jadilah daripada tidak membawanya ke mana-mana.  Saya berhajat untuk membuat roti, bekalan perjalanan pergi nanti.  Saya ke LMC, Sg. Buluh mencari tepung high protein.  Malangnya kedai tutup.  Shortening pun dah habis.  Dengan resepi donut anak buah saya, jadilah burger Malaysia yang lembut ini.  Resepi paling senang.  Pejam mata pun boleh buat.. hehe (nak gambarkan punyalah senangnya)...Boleh juga guna resepi donut Mak Long Homemade yang saya pos sebelum ini.  Nak resepi... baca entry hingga habis...


 Manis, lembut dan ringan

 **Gambar sedikit kelam, tak cukup cahaya, snap selepas waktu subuh

INDAH DAN NYAMANNYA... Lama dah tak ke sini...

Disember memang waktu tepat ke tanah tinggi Cameron ini.  Sejuk dan nyaman.

 Bermain di ladang strawberry... malangnya buah masih muda


 Semuanya strawberry dan sedap...

 Hidangan di Taman Agro 
 Salad segar

Rangup


 Bharat Tea Plantation

RESEPI BURGER MALAYSIA

Bahan-bahan

200g tepung gandum
2 st yis 
1 1/2 sb marjerin
2 sb gula
secubit garam

Inti
Hirisan timun
Sambal tumis

Cara mengadun

1.  Campurkan semua bahan di dalam sebuah mangkuk besar dan uli hingga tidak melekat.  
2.  Perapkan adunan tadi hingga naik dua kali ganda
3.  Bila adunan sudah mengembang, uli sekali lagi 
4.  Bahagikan adunan dan bentukkan bulat-bulat
5.  Perapkan sekali lagi hingga adunan mengembang dua kali ganda
6.  Goreng didalam minyak sederhana panas sehingga kekuningan
7.  Setelah sejuk, belah dua dan masukkan sambal tumis dan timun

Siap untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment