Catatan Sabtu, 10hb Disember 2011
Sedang mixer berputar laju mengadun telur, tepung dan gula untuk membuat kek span coklat tiba-tiba mixer terhenti. SENDIRI. Saya memutar cembul kelajuan ke kosong dan kemudian memutarnya kembali ke speed tinggi. Bergerak semula. Beberapa minit kemudian ia terhenti semula. SENDIRI! Aduh, kenapa ni? Saya mengulang teknik yang tadi. Bergerak lagi kemudian terhenti semula. SENDIRI! Seram! Lihat di luar, cuaca elok, terang dan sedikit panas. Sepi, sunyi yang ada cuma kicau burung. Buah rambutan kuning bergayut lebat, pokoknya rendah, buahnya boleh dicapai tangan ditanam di belakang dapur. Sekali-sekala berbuai ditiup angin pagi. Mixer Kenwood milik mak yang diperturunkan kepada saya sebenarnya :-
"Dapurku kecil tempat memasak
Letak di penjuru yang redup
Mixerku kini telah rosak
Jasamu ku kenang seumur hidup"Banyak jasanya mixer Kenwood ini kepada saya. Terpaksalah saya mencari penggantinya. Sedihpun ada, seakan kehilangan kekasih. Walau bagaimanapun, sempat saya siapkan kek ini masih dengan bantuan mixer Kenwood ini. Mungkin yang terakhir buatnya.
Kek : Span Coklat
Filling : Blueberri
Frosting : Buttercream
Decoration : Piping Gel Drawing
**note : inilah rupanya gambar tak cukup lighting.. ish..
**note : inilah rupanya gambar tak cukup lighting.. ish..
No comments:
Post a Comment