Assalamualaikum wbt
Wah! Pagi ini saya update blog di tepi pantai ditemani deruan ombak dan angin yang nyaman.
Minggu yang cukup sibuk sebelum bercuti. Bermacam-macam isu dan masalah timbul. Semoga team Dunia Tersembunyi selamat sampai ke destinasi tugasan mereka dan isu-isu memutarkan kepala sebelum berangkat tidak timbul di sana nanti, in sha Allah.
Saya tiba di sini lagi. Nyaman udaranya dengan angin yang sepoi dan deru ombaknya yang kuat menghentam pantai. Memang ini yang saya cari, ketenangan.
Santai sangat rasanya bersama boy menghabiskan petang di pantai, bermain ombak.
Perjalanan ke Cherating ini, kami terpaksa mengharung sesak dari Karak sehingga ke Genting. Alhamdulillah perjalanan lancar selepas itu sehinggalah kami check in di hotel. Selepas empat tahun, kali terakhir berkunjung di sini pada tahun 2012, tak banyak yang berubah. Kecuali bandar Kemaman yang saya lihat bertambah maju.
Santai sangat rasanya bersama boy menghabiskan petang di pantai, bermain ombak.
Perjalanan ke Cherating ini, kami terpaksa mengharung sesak dari Karak sehingga ke Genting. Alhamdulillah perjalanan lancar selepas itu sehinggalah kami check in di hotel. Selepas empat tahun, kali terakhir berkunjung di sini pada tahun 2012, tak banyak yang berubah. Kecuali bandar Kemaman yang saya lihat bertambah maju.
Di penghujung pantai yang landai ini saya pernah diberi rezeki Allah swt berjumpa dengan sang penyu yang naik untuk bertelur. Susah payah dia menggali pasir pantai. Insaf pulak melihatnya.
Kalau ikut fakta pegawai di Santuari Penyu kali terakhir penyu belimbing di rekodkan bertelur di pantai Cherating pada tahun 2008. Saya rasa yang saya lihat itu adalah penyu belimbing berdasarkan kepada garisan di cengkerang belakangnya. Wallahualam.
Ini adalah antara yang saya cari. Duduk bersendirian di tepi pantai seawal pagi melihat kecantikan alam kurniaan Allah swt dan melihat kembali diri kita. Teringat surah Al-Rahman.
"Maka yang mana satukah diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan".
Allahuakbar!
Saat keemasan, selepas subuh, pantai kosong, yang ada cuma keindahan warna warni alam dari emas kekuningan hingga merah jingga yang cukup indah.
Boy saya minta menulis jurnal percutian kali ini. Nak lihat sejauh mana dia observe suasana sekeliling sepanjang percutian.
Saya bawa dia ke Turtle Conservation and Information Centre ini. Kita lihat hasil jurnal bergambar dia nanti.
Ini adalah anak-anak penyu di santuari penyu. Tak banyak yang boleh dilihat di sini tapi bolehlah untuk mengenal anak-anak dengan haiwan ini.
Rindunya saya dengan makanan tempatan Terengganu ini, makanan campuran ikan segar, kelapa dan cili padi yang dinamakan Satar. Sedap sungguh. Saya tetap memilih warung Aziz Satar yang popular terletak di Geliga Kemaman, Terengganu. Kalau bercuti ke sini jangan lupa singgah ke warung Aziz Satar. Sedap-sedap makanannya.
Nak lagi best dari makan di warung yang penuh sesak dengan pelanggan dan panas, saya bungkus, takeaway.
Dan makan di Pantai Mak Nik atau Monica Bay. Cantik sangat tempat ni cuma kebersihan kurang terjaga.
Pada malamnya, saya juga kembali di sini. Masakan makanan laut di Warung Awang Ikan Bakar atau WAIB singkatannya.
Cuma saya kira harganya saja yang jauh berbeza. Mungkin seiring dengan kenaikan harga barang. Apapun alhamdulillah. Masakannya tetap sedap seperti dulu, berbaloi menunggu lama.
Lepas 3 hari di sini, nampaknya saya terpaksa menamatkan percutian lebih awal selepas terima wassap dari pejabat mengatakan cuti saya dipendekkan atas alasan bebanan tugas yang banyak. Esok terpaksalah berkemas balik.
Bagaimanapun, hari ini saya sempat menjengah Kg Cerating Lama, terletaknya rumah-rumah rehat kecil yang diusahakan oleh orang Melayu. Berpuluh tahun dulu di usia remaja saya selalu ke sini.
Dulu tempat ini penuh dengan pelancong asing. Anak-anak muda tempatan juga bergaya ala-ala beach boy berkepit dengan minah-minah saleh. Ramai juga kelihatan kanak-kanak kacukan, berkulit putih merah, bermata hazel atau biru tapi bercakap loghat Pahang. Paling happening masa malam Krismas. Pantai ini seakan berpesta.
Hari ini kampung ini sunyi, tidak kelihatan langsung kelibat pelancong asing. Mungkin bukan musim.
Esok hari terakhir saya dapat melihat warna emas dan suasana warna warni yang sangat indah selepas subuh. Saya pasti rindu dengan ombak dan deruannya.
In sha Allah, saya akan kembali.
Sampai di sini dulu. Jumpa lagi.
Wassalam.
Saya suka satar, tapi baru2 ini berkunjung ke terengganu tak sempat nak merasa satar..
ReplyDeleteOZ kat sana breakfast lunch dinner ngan satar.. hihi..
DeletePantai cherating amat indah kan...duduk bersunyi memandang laut mendamaikan jiwa.
ReplyDeleteKak PI boleh jatuh airmata melihat kebesaran Allah swt
DeleteSubhanAllah MashaAllah cantiknya gambar-gambar yang dirakam... Tenang dan indah...
ReplyDeleteKakcik.. tenang.. indah.. damai dan waktu keemasan matahari naik memang cantik
Delete