Assalamualaikum wbt
Saya disambut dengan pelukan dan kemesraan. Iya memori hanya secebis tapi ingatan selamanya. Ya Allah inilah rahmatMu. Pertalian itu sebentar cuma tapi silaturrahim yang terbina berpanjangan rupanya.
Saya disambut dengan pelukan dan kemesraan. Iya memori hanya secebis tapi ingatan selamanya. Ya Allah inilah rahmatMu. Pertalian itu sebentar cuma tapi silaturrahim yang terbina berpanjangan rupanya.
Bermula dari pertemuan di halaman muka buku, perjumpaan ini pula dirancang. Pagi 26hb Mac 2016 saya kembali mendengar hilai tawa dan kemesraan mereka. 1986 ditinggalkan, 2016 bertemu semula.
Mulanya ragu-ragu, tidak tahu bagaimana hendak beriaksi dan bagaimana riaksi mereka. Berdebar bagai menunggu diijabkabul.
Allah kurniakan saya sahabat-sahabat yang hebat memegang tangan dan mengajar saya bertatih semula menyelusuri kembali jalan-jalan kenangan. Mengisi minda saya dengan cerita-cerita suka duka di sana sepanjang ditinggalkan. Apalah yang ada sekadar 2 bulan bersama tapi kemesraan seolah saya bersama mereka selamanya di Suragate. Terimakasih semua.
Ada antara wajah-wajah ini yang saya masih ingat. Cuma nama sedikit tertiris dari ingatan.
Tengku Jie juga penaja lokasi dan Kak Ina, tenaga kuat di belakang perjumpaan ini. Semoga Allah swt berikan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah pada you berdua. Aamin. Terimakasih Tengku Jie juadah disediakan cukup hebat dan Kak Ina buah tanganmu cantik dan manis.
Manisan sumbangan sahabat-sahabat.
Meriah sangat suasananya penuh dengan hilai ketawa, gurau senda dan aksi manja persis remaja di alam Suragate.
Kepada Ain yang mula berhijab semoga istiqomah menjadi muslimah berhijab yang sejati. Idea menghadiahkan tudung jahitan sendiri oleh Yati memang superb.
Bertukar hadiah. Siapa ambil aku punya? Nombor 17. Masih nakal rupanya. Takpe, yang penting dapat bersama meraikan pertemuan yang manis ini.

Set mi kari. Sedapnya lahai. My always favourite food ni.
Set nasi dagang dan laksa. Pun sedap semuanya. Terimakasih pada yang menyumbang dan cik puan yang sponsor food semoga diberi keberkatan berpanjangan. Aamin.
Meriah sangat suasananya penuh dengan hilai ketawa, gurau senda dan aksi manja persis remaja di alam Suragate.
Kepada Ain yang mula berhijab semoga istiqomah menjadi muslimah berhijab yang sejati. Idea menghadiahkan tudung jahitan sendiri oleh Yati memang superb.
Bertukar hadiah. Siapa ambil aku punya? Nombor 17. Masih nakal rupanya. Takpe, yang penting dapat bersama meraikan pertemuan yang manis ini.
At this age, you all masih nampak gorgeous. Nakalnya tetap sama.
Yang bertudung merah itu membawa saya kepada pertemuan dengan mereka ini semua. Katanya nama dan wajah saya tersemat rapi dalam memorinya. Pasal apa eh? Anyway terimakasih ratu rock, Animah atau nama komersilnya Penyu Lawa.
One great home baker. Ila sanggup datang dari Trengganu untuk meraikan hari persahabatan ini. Juga Maznah dari Johor dan Kak Zu dari Melaka. Terimakasih banyak-banyak. To Kak Zu terimakasih cencalok dan belacan Masjid Tanah yang sedap tu. Syukran.
Nota kaki : Ila kalau baca coretan ini, sorry ai guna gambar ni sebab rare, takde yang snap gambar ni.
Sessi melimau ais asam boy dua butir selepas ramai yang beredar. Seronok dengar cerita seram dan cerita kena bully dengan seniors. Ada la sikit yang saya masih ingat especially sessi bully tu.
Ngam! Masam, manis, lemak.
Harumnya pagi semalam. Manisnya pertemuan. Tapi perpisahan tetap tiba. Semoga kita akan terus berjumpa selepas ini.
Kalau nak makan nasi dagang Trengganu yang asli, sila berkunjung ke Restoran Gamelan, lokasi kami menghabiskan pagi bersama. Saya dah rasa dan suka, mungkin sahabat juga akan suka.
Sampai disini dulu. Wassalam.
Indahnya persahatan bila ia tidak dibataskan dengan darjat dan kedudukan kerana kita semua tetap hamba kepada Yang Maha Kuasa...
ReplyDeleteTerbaik kata-kata Kakcik
DeleteKenangan indah bersama teman2 yg sama membesar mmg awesome, tidak terucap cumanya "seronok kembali kezaman budak skolah"
ReplyDeleteReunion adalah satu-satunya yg mengembalikan moment indah kita saat sama-sama belajar dulu
ReplyDeleteItu yg bila bertemu keluar semula segala karekter lama
Kakak dapat bayangkan semuanya senyum/ketawa tak henti sampai saat nak berpisah.
Best kan:)
Seronoknya dpt berjumpa sahabat lama...Bila berjumpa seakan lupa yg kita ni dah punya anak dan suamikan OZ hihi....terasa masih mcm remaja dulu dulu....
ReplyDeleteItulah indahnya media sosial, dalam pada sejuta keburukan tp masih tetap ada kebaikannya
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteSilahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)