Wednesday, March 16, 2016

MOMEN BERHARGA

Assalamualaikum wbt

Ingin saya kongsikan momen indah pagi terakhir di Cherating. Sahabat yang berkunjung ke sini juga jika ada kesempatan jangan lepas peluang melihat momen ini. Bagi saya ianya tak ternilai.

Saya menunggu di tepi pantai seawal 6.45 pagi. Mundar-mandir sendirian di pantai yang sepi sambil menghirup udara segar. Sedut nafas dalam-dalam, tahan nafas selama mungkin dan lepaskan. Ulang beberapa kali. Elok untuk paru-paru, petua ni saya dapat masa kursus OSH di pejabat.


Akhirnya penantian berakhir. Matahari naik di pantai Cherating tepat jam 7.05 pagi dan naik sepenuhnya jam 7.10 atau 7.15 pagi kalau saya tak silap. Subhanallah... cukup indah.




Disebabkan terlalu teruja dan mahu merakam momen demi momen saya zoom subjek. Hasilnya gambar terlalu banyak noise. Snap pula guna kamera fon saja. Apapun saya happy sebab dapat melihat momen emas ini.


Damai. Sayang nak tinggalkan.


Dari usia remaja tempat ini memang menambat hati saya. Walaupun pernah ke destinasi pantai yang lain dan pulau sekitar Malaysia, pantai ini tetap dekat di hati. Banyak memori di sini terutama bersama suami.



Ok, cukuplah bercerita pasal pantai. Buat boy ibu harap lepas ni fokus dalam semua perkara. Jangan main-main lagi. 


Sahabat yang datang bercuti ke Cherating boleh singgah kedai ini, keropok lekornya sedap, penuh isi ikan. Sebungkus berisi 10 keping cuma rm5.00. Gerai Keropok Kak Long letaknya di tepi jalan antara Kemaman dan Cherating. Banyak gerai menjual produk yang sama di sini. Promosi percuma saya tak dapat apapun. Cuma berkongsi yang terbaik.


Perjalanan balik diiringi cuaca yang sangat terik. Mencabar memandu cuaca begini kerana mudah rasa mengantuk. Jadi kami singgah di Gohtong Jaya Genting Highland pekena teh tarik, roti canai dan roti cheese nan untu boy. Dah sejuk rasa badan, barulah kami balik.

Saya berhenti dulu di sini. Lepas ini tak tahulah bila pula dapat bercuti. Cuti kali ini sepatutnya seminggupun dah dipotong jadi tiga hari saja. Apapun saya redha. 


Sesuatu yang berharga pada hari ini mungkin tiada pada masa akan datang. Hargailah sementara ianya masih ada.

Jumpa lagi di lain kali, in sha Allah.

15 comments:

  1. SubhanAllah...cantiknya gambar-gambar yang dirakam itu. Suasana yang memang sentiasa memikat pandangan dan hati...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah.. kita masih berpeluang melihatnya idzwa..

      Delete
  3. Masyallahhh.. indah ciptaan ALLAH.. rasa tenang je kan.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah,memang cantek sangat....kalau akak pun tak kan lepaskan peluang nikmati keindahan ini.

    ReplyDelete
  5. Tidak kiralah mengambil gambar menggunakan gadjet apa pun tapi kalau org yg berseni yg mengambil gambar ada nilai estika tersendiri yg menarik utk dipandang mata. Cantik sangat:)

    ReplyDelete
  6. Subahannallah..
    Saya pun suka menunggu sunrise yg cantik ini..
    Seingat saya moment indah tu saya rakam di pantai Air Papan Mersing..

    ReplyDelete
  7. Perghhh..cantik2 semua gambar matahari terbit tu Jana...Cerating dihati yer...byk betul moment indah ko kat sana yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyeneee... banyak sangat.. destinasi popular aku dari remaja, lepas kawin, lepas dapat anak.. haha..

      Delete
  8. Kalau tengok matahari terbit/terbenam memang sgt seronok.. Ketagih & kagum dgn ciptaan Ilahi kan

    ReplyDelete