Wednesday, March 9, 2016

KEK MENTEGA PELANGI KLASIK

Assalamualaikum wbt

Kali ini saya nak tunaikan janji, resepi kek mentega lama, yang baunya wangi. Kalau zaman dulu jumpa time raya je kek ni. Resepi emak saya tapi sedihnya mak langsung tak ingat resepinya. Alhamdulillah syukur Kak Ngah saya masih ingat. Kalau tidak hilang begitu saja resepi kek ni.

Wangi kek mentega betul-betul bawa kita kembali zaman budak-budak. Zaman meja penuh dengan biskut raya mak buat.


Kek ni saya guna satu mangkuk mentega diputar bersama satu mangkuk gula. Gula boleh kurangkan sukatan. Pukul sampai kembang. Kalau nak betul-betul klasik pukul guna senduk kayu. Tapi jenuhlah.

Bila dah kembang, masukkan satu mangkuk telur satu persatu. Jangan lupa satu sudu kecil esen vanilla.

Dah tu masukkan sedikit demi sedikit satu mangkuk tepung kek. Kalau rasa adunan agak keras, campurkan sedikit susu cair. Kaup balik sampai sebati.

Guna mangkuk yang sama besar untuk mentega, gula, tepung dan telur.

Lepas tu bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan merah dan hijau. Yang original tu biar lebih sikit. Kemudian tuangkan dua sudu besar adunan kuning dalam tin kek, lapiskan pulak dengan satu sudu besar adunan kaler merah dan kemudian satu sudu besar adunan kaler hijau. Buat sampai habis. Ketukkan tin atas meja beberapa kali supaya adunan penuh dalam tin.

Bakarla sampai masak.


Nak tau macamana kek mentega klasik ni berbau wangi? Cuma campurkan sedikit esen rose dalam adunan warna merah. Sedikit saja cukup membangkit nostalgia musim raya kita dulu-dulu. Siapa yang pernah merasa beraya zaman dulu-dulu mesti teringat harumnya bau kek mentega klasik ni.


Apapun tahun ini, takde kek icing untuk birthday boy. Kali ni kita buat pulut kuning. Masa hias-hias pulut kuning tu yang seronoknya. Betul-betul fun. Saya guna telur puyuh, tomato ceri, sayur brokoli dan cili merah untuk hiasan.


Petang tu ada nasi minyak, rendang daging, mihun goreng, bubur kacang durian, kuih serimuka, lengkong gula merah, bread ball dan kuih talam berlauk. Ada yang kakak-kakak dan anak buah yang bawak. Terimakasih Osmanian. 


Mulanya jamuan nak buat di laman belakang, terpaksa lari ke anjung depan sebab awan hitam dan angin yang kuat tanda nak hujan. Lintang pukang alih semua food ke depan. Akhirnya setitis hujanpun tak turun. Belon boy pun tinggal 5 biji yang lain pecah.


Ini pakar rujuk dan best friend forever boy, Pakgong. Semoga Pakgong sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah. Aamin.


Di sungai Buloh dulu susah nak cari party supplier. Now dah ada, senang kalau nak cari party supply especially yang nak buat theme party. Kedai dekat TSB sederet dengan Secret Receipe.

Baiklah, sampai di sini dulu. Semoga kita semua sentiasa dilimpahi kasih sayang Allah swt.

Jumpa lagi, in sha Allah.





12 comments:

  1. Teringat zaman kanak2 dan remaja kakcik dulu, kek pelangi yang wangi ini memang kesukaan kakcik. Sepupu kakcik memang 'pakar' buat kek ini. Sedapnya dapat makan panas-panas. Lebih klasik, kakcik suka makan kek dengan kuah kacang (kuah satay). Malangnya kakcik memang tidak mewarisi bakat buat apa jenis kek, biskut atau kek kerana mungkin minat itu tiada. Yang ada minat makan je... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik.. makan kek dengan kuah kacang? Pelik tu..

      Delete
  2. Betullah... dedulu kek pelangi macam ini senang nak jumpa. Kalau majlis kawen lagi bagaikan satu kemestian ada dalam hidangan. Warna yg biasa pun mesti merah, kuning dan hijau. Kakak dulu siap masuk poket tau hihi...

    Apa pun hidangan sangat menarik mata kakak memandang. Semuanya menggoda belaka. Yg buat pulut kuning tu lagilah kreatif sungguh:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie, kek pelangi zaman sekarang tak wangi.. tu beza dengan yang dulu..

      Delete
  3. Kek ni kegemaran arwah abang sulung saya. Bila baca tentang kek ni, memang mengundang nostalgia lama zaman kanak-kanak. Semua hidangan nampak sedap, tiba-tiba terasa nak sambut ulangtahun kelahiran jugalah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alfatihah untuk arwah abang sulung. Memang sangat bernostalgia bila bau dan makan kek ni.

      Delete
  4. Kalo ikutkan senang dan mudah je bahannya tu, nk membuatnya agak bercinta sikit, he he

    ReplyDelete
  5. Kalo ikutkan senang dan mudah je bahannya tu, nk membuatnya agak bercinta sikit, he he

    ReplyDelete
  6. Oh mesti nsk cuba kek "guli" (marble?) ni, one cup of everything, insyallah

    ReplyDelete
  7. Mck kek guli.. comel bunyinya..

    ReplyDelete
  8. sis ..kalo bt lagi blh ke sis bg dlm sukatan gram...sy suka sangat kek ni...tp belom jumpa rs betul2 zaman kecik dlu..tq sis...

    ReplyDelete