Banyak jemputan kenduri kahwin hari ni. Banyak jugaklah peluh yang mengalir makan dalam kemah tengah panas. Tak pe.. demi ikatan ukhuwah, panas pun harung jugak lah.
Pertama-tamanya nak ucap tahniah lah pada sifu saya, Chef Hajah Noraini Zakaria, dah terbit buku masakan baru. Semalam jumpa kat Popular Book Store, terus sambar. Kalau ada rezeki jumpa Kak Ani, saya nak dia sign buku tu macam buku-buku sebelum ini.
Ralat : Gambar blurr.. kamera tak cukup makan. Bateri dah nak "kong"
Buku terbaru Kak Ani
Bersama Kak Ani di kelas beberapa tahun lalu, saya yang tepi belah kiri, Kak Ani tepi sekali kanan
Kalau Kak Ani tak pindah akademi dia ke Kelang, banyak lagi kursus yang saya nak ikut. Tak pelah, semoga berjaya lagi Kak Ani.
Berbalik pada tajuk entry saya, orang kata, kalau tak de masalah tak de kaler lah hidup kita kan.
Saya plan nak siapkan kukis untuk yang order deliver hari Isnin. Nak jadi cerita, rupanya hari ni cuti umum, Hari Keputeraan SPB Yang Dipertuan Agong. Bahan langsung tak de di rumah. Almaklum dah lama cuti meniaga. Dari pagi saya keluar rumah, ke Sungai Buluh, LMC tutup, saya ke Bagus Kota Damansara, tutup jugak..hukhuk.. terus ke Sunway Damansara, alahai tutup jugak.. (dah nangis dah mengenangkan harapan orang ni), terutama si Pengaracara Wanita Hari Ini yang sedang berbadan dua, Azizah Ariffin. Semalam pun dia datang ke meja saya, kot kot saya bawak kukis lagi. Harap-harap esok... bukak lah ko wahai kedai.
Tulah, lain kali SEDIAKAN PAYONG SEBELUM HUJAN, dah hujan baru nak berpayong, alamatnya BASAH laaa..
Dah penat kulu kilir, saya cuma dapat ini je....
Butter dan telur je....
Semoga urusan saya esok hari dipermudahkan Allah swt. Tak sanggup nak memunahkan harapan orang yang menunggu.
Jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment