Esok, insyaAllah, Hajah Cik Wok akan dibedah bahunya. Dah dapat green light dari Prof yang rawat mak, Professor Liew. Lega rasanya. Dah lama sangat mak di PPUM. Semoga Allah meringankan kesakitan dan cepat sembuh.
Sabtu lepas, pagi-pagi lagi anak bujang saya sudah bangun.
Excited!
Grading kenaikan talipinggang taekwondo. Almaklum kawan-kawan seangkatan semua dah naik talipinggang Kuning 1. Muaz gagal melayakkan diri masa grading bulan Mac lalu. Anak manja yang jarang sekali bermain di luar. Mesti ambil masa untuk suaidiri dengan aktiviti lasak. Betul tak? Semua ini untuk menaikkan keyakinan diri dia. Bila boleh buat ia akan jadi satu motivasi dan kalau gagal juga menjadi motivasi untuk terus mencuba.
Alahai! gambar kecil sangat. Muaz di belakang sekali dalam kumpulan sedang buat latihan.
Bagi setengah orang, perkara ini mungkin kecil dan remeh. Tapi bagi saya ianya sangat bermakna. GO! GO! Muaz.
Sessi Grading sedang dilakukan, dipimpin Sir Jack (Tengah cekak pinggang)
Semoga selamat semuanya buat Hjh Cik Wok.
ReplyDeleteSibongsu kakcik berhenti dari kelas taekwondo sebaik dapat talipinggang kuning. ;-)
Terimakasih lah kak cik. Muaz begitu semangat. Harap terus ke hitam lah. ;)
Delete