Saturday, June 9, 2012

KITA HANYA MERANCANG

Nota :  Catatan ini telah ditaip pada hari Rabu, 6hb Jun 2012. 

Salam Rabu.  Entry kali ni saya taip di luar daerah kampung halaman saya.  Tenang di sini. Relax orang kata.

Pagi tadi sepatutnya tiga kereta, saya dan anak beranak keluarga Hajah Cik Wok keluar daerah, cari angin baru. Tujuan asalnya kami bak belanja 'Si Ratu Hati' kami berehat. Nak reward kakak sulung kami yang pernah menjadi tunggak ekonomi famili kami menolong arwah abah yang pendapatannya tak seberapa masa tu. Along sanggup korban peluang menjejak kaki ke menara gading semata-mata kerana kami. Dan sekarang Along menghabiskan waktu pencennya dengan sentiasa menjaga dan mencurah segala kasih sayang dan kudratnya kepada mak yang makin hari makin uzur.

Kita merancang, tapi Allah yang menentukan. Dah seminggu kaki mak bengkak dan semalam appointment cek up bulanan, prof yang rawat mak tak benarkan mak pergi ikut kamu bercuti. Takut perjalanan yang agakjauh dan cuaca panas akan buat mak tension.

Alahai! Tak dapatlah mak menghirup udara segar laut. Saya sengaja 'book' bilik di bawah sekali dan hampir dengan laut supaya emak dan along boleh jalan-jalan pagi dan petang. Mak boleh terapi berjalan di pasir pantai yang halus dan putih ini.

Saya doakan di usia emas emak ini, Allah swt kurniakan kesihatan yang baik agar kami dapt lebih lama lagi bermanja dan membahagiakan emak.


Kenapa gambar kaki ye?

No comments:

Post a Comment