Sunday, June 17, 2012

SUNYI SEPI KEK KEJU JELI BUAH-BUAHAN KOKTEL (RESEPI)

Assalamualaikum.  Salam Ahad. 

Dah seminggu rumah sunyi. Dah seminggu rumah yang selalu je orang datang sepi.  Dah seminggu  meja makan mar-mar (marble) yang sentiasa penuh dengan pelbagai juadah, kosong dan bersih.  Nak tahu kenapa?

Sebabnya, emak masuk hospital.  Tak de lah suara nyaring mak menyuruh itu dan ini, tak de lah sepah dilantai pinang yang dia tumbuk.  Tak de suara mak bising setiap kali Muaz melangkah kaki ke luar rumah. 

InsyaAllah, kesihatan mak tiada yang membimbangkan.  Cuma keadaanya tidak stabil untuk menjalani pembedahan ketumbuhan di bahu.  Mak warga emas dan pesakit lama di PPUM dapat layanan khas.  Mak dirawat oleh ramai professor PPUM, insyaAllah dengan izin Allah mak sihat.

Bila tengok promo drama untuk hari bapa, tidak dapat tidak saya terkenangkan arwah abah.  Sarjan Mejar Osman bin Kasad atau dikenali dengan panggilan Osman Jambu di kalangan warga tentera 4 Melayu (mak yang bagitau).  Abah berkulit putih merah, berambut lurus dan handsome (sebab tu mak terpikat kat abah).

Kalau tanya siapa idola saya, pastilah jawapan ABAH saya.  Seorang perajurit yang berjuang menentang komunis dan berkesempatan berkhidmat di bawah panji-panji PBB bertugas di Congo.  Abah selalu bercerita Askar Melayu selalu mendapat pujian.  Cekap, perihatin dan terbaik berbanding pasukan dari negara lain. 

RINDU kat abah!

Abah (kanan)  bergambar bersama teman seperjuangan selepas balik dari Congo

Tak ada apa yang dapat saya hadiahkan kepada arwah abah sempena hari bapa ini kecuali Doa dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, semoga roh arwah abah di tempatkan bersama-sama orang-orang yang Soleh.

Untuk abah-abah yang masih ramai dalam keluarga Hajah Cik Wok, saya persembahkan (cewah!) kek keju jeli buah-buahan koktel.  Dah lama sangat tak buat kek.  Ini yang pertama dalam tempoh 6 bulan.  Dasyat ek.. cuti giler. 


Kek Keju Jeli Buah-buahan Koktel
Sedikit penerangan kek, kali ini base untuk kek keju saya tak nak guna kek span, saya guna biskut marrie jenama HwaTai.  Saya campurkan biskut dengan sedikit kacang walnut yang dicincang.  Baru rasa krap krup bila kunyahkan.  Boleh campur dengan oat jugak.  Kalau dengan nestum (tak tau sebab tak pernah cuba.  Mungkin nestum akan lemau sikit kot.. wallahualam.  Boleh cuba malau mahu).

Kepada yang ingin mencuba, resepi seperti di bawah.

RESEPI KEK KEJU JELI BUAH-BAHAN KOKTEL

Bahan-bahan Asas Biskut (Base)

200g biskut marrie (dihancurkan)
100g marjerin (lagi sedap guna butter)(Dicairkan)

Bahan Kek

250g krim keju
200g UHT whipping cream (dipukul hingga kembang)
100g gula kastor
15g Serbuk Gelatine

Bahan Jeli

1 tin buah-buahan koktel (asingkan airnya)
100g gula kastor
5g serbuk agar-agar segera
500g air

Cara Mengadun

1.  Biskut marrie dicampurkan dengan marjerin yang telah dicairkan sehingga boleh dikepal.  Masukkan ke dalam loose tin dan ditekan padat.  Masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit.

2.  Cairkan serbuk gelatine dengan cara double boiler sehingga betul-betul hancur, ketepikan.  Dalam mangkuk, pukul UHT whipping cream sehingga kembang dan simpan di dalam peti ais sebentar.

3.  Campur krim keju dan gula kastor, pukul hingga kembang.  Masukkan gelatine yang telah dicairkan tadi dan UHT whipping cream dan kacau sebati.

4.  Ambil setengah buah-buahan koktel dan campurkan ke dalam adunan kek.  Masukkan adunan ke dalam loose tin yang telah dipadatkan biskut marie dan sejukkan dalam peti ais selama 1 jam.

5.  Masak agar-agar segera dengan gula kastor, tunggu hingga mendidih dan sejukkan.  Bila sudah suam, letakkan setengah lagi buah-buahan koktel dan tuangkan adunan agar-agar segera.  Sejukkan dalam petiais lebihkurang 3 jam.

6.  Boleh potong dan hidang.



Bila mak tak de, semua benda yang dibuat semua rasa tak sedap.  Tak bes.  Orang kata tak de "roh".  Kek yang saya buat ni sampai ke petang tak diusik.  Semua abah-abah dalam keluarga ni tak kelihatan.  Suami saya pun tak de di rumah, kerja.

Jadi, kek ni jadi kek syok sendiri je lah.  Potong ambil gambar lebih kurang dan makan sendiri.  (Kesian..).  Apa-apapun rasanya nyaman sangat ditekak terutama dalam keadaan cuaca panas macam hari ni.

Kepada semua abah, ayah, papa, appa, daddy, babah, walid, father, SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA.

Selingan................


Sedap betul rasa teh ni... tak manis, tak pahit, tak tawar.... sesedap rasa..

2 comments:

  1. sedap nampak...yang cheese tengah tue yang tak tahan tue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Mrs Kayrul... nyaman ditekak gabungan jelly dengan cheese. Memang sedap!

      Delete